tag:blogger.com,1999:blog-65493793924336587292024-03-13T22:38:07.189-07:00Tinta Kata!Unknownnoreply@blogger.comBlogger166125tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-48305167609324156912010-02-07T07:20:00.001-08:002010-02-07T07:20:53.376-08:00BerpindahSecara rasminya, http://ariff-arifin.blogspot.com sudah dipindahkan ke http://blog.tintakata.com.

Dan setiap kali anda cuba mengakses blog ini melalui alamat lama, anda akan dihubungkan terus ke alamat baru. Anda mungkin perlu menunggu sebentar sebelum dihubungkan.

Jadi amatlah saya berbesar hati jikalau anda semua dapat menukarkan alamat laman sesawang saya kepada yang baharu.

Terima kasih.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-30283521862432985572010-02-06T02:15:00.000-08:002010-02-06T02:18:59.588-08:00BerpindahSecara rasminya, http://ariff-arifin.blogspot.com sudah dipindahkan ke http://blog.tintakata.com.

Dan setiap kali anda cuba mengakses blog ini melalui alamat lama, anda akan dihubungkan terus ke alamat baru. Anda mungkin perlu menunggu sebentar sebelum dihubungkan.

Jadi amatlah saya berbesar hati jikalau anda semua dapat menukarkan alamat laman sesawang saya kepada yang baharu.

Terima kasih.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-2369725129477341572010-02-05T10:55:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.602-08:00PengumumanSecara analoginya; hari-hari dalam hidup ini bagaikan pintu-pintu, dan bilik-bilik yang kita diami. Bilik ini dengan watak yang tersendiri, dan di sebalik pintu itu pula ada orang yang berlainan karakternya.

Itulah rencah kehidupan. Kita tidak mengetahui apa, dan siapa yang akan kita jumpa esok hari.

Najis yang lekat di kaki boleh dicuci. Najis di hati?

Memang tiada entri terbaru buat sementara ini. Ini kerana Tinta Kata sedang mengalami proses 'penjenamaan semula' konon-kononnya.

Jadi, untuk dua tiga hari yang mendatang, mungkin esok atau mungkin lusa. Bilamana anda cuba untuk mengakses ke blog ini, anda akan dapati anda telah dihubungkan ke satu laman lain.

Doakan saja semuanya lancar.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-47316024657356124372010-01-17T05:03:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.612-08:00KejarIbnu al-Qayyim dalam kitabnya al-Fawaaid ada menyebut mengenai 4 perkara mengenai kekayaan dan harta yang diperoleh.

1) Harta yang diperoleh dengan mentaati Allah dan dibelanjakan di jalan Allah, maka itulah yang terbaik.
2) Harta yang diperoleh dengan menderhakai Allah dan dibelanjakan di jalan yang menyelisihi Allah, maka itulah yang paling buruk.
3) Harta yang diperoleh dengan mencederakan Muslim yang lain. dan dibelanjakan dengan mencederakan orang Muslim, maka itu juga paling buruk.
4) Harta yang diperoleh dengan cara yang wajar, dan dibelanjakan pada perkara yang halal, maka ia bukanlah untuknya mahupun menyelisihinya.

Jadi, berebutlah mengejar harta yang akan diperoleh KERANA Allah. Dan usahlah lokek untuk membelanjakannya ke jalan Allah.

Mungkin kita akan alami sesuatu yang sukar dalam hidup kita. Mungkin sahaja kita diuji dengan pelbagai perkara, dari pelbagai sudut.

Namun satu benda yang harus kita pegang dan tampan di dalam jiwa kita. Untuk SABAR dan menyerahkan segala urusan kepada Allah Azza wa Jalla.

Setiap kebaikan yang datang. Hendaklah kita letakkan rasa syukur.

Dan bagi setiap keburukan yang menimpa. Mestilah kita hadapkan rasa sabar.

Banyak perkara, banyak benda yang kita kejari dalam kehidupan di dunia ini.

Namun bukan untuk semua perkara tersebut akan kita dapati.

Barangkali, untuk perkara yang kita tidak perolehi, kita akan rasa kecewa, sedih dan berbagai-bagai rasa yang datang menikam.

Tapi ingat pesan ini; "Berpuas hati dengan apa yang kita ada. Dan untuk apa yang kita tidak peroleh. Cuba dan usaha untuk mendapatkannya."

Masih, kuncinya adalah sabar.

رب إني لما أنزلت إلي من خير فقيرUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-86460514711909347492010-01-15T11:46:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.622-08:00BahasaKata orang. Pengalaman banyak mematangkan manusia.

Kerana itu lah kita ada menyimpan rasa hormat kepada orang yang lebih tua umurnya. Bukan sahaja kerana jumlah nombor yang lebih besar. Tapi juga kerana pengalaman yang dikutipnya.

Namun apa yang mungkin menyesakkan dada kita adalah orang yang dari hari ke hari umurnya semakin bertambah, tapi perangainya tidak pula bertambah menjadi matang.

Mungkin kerana terlalu asyik dengan kerjaya mereka sebagai 'kanak-kanak', menyebabkan mereka lupa untuk jadi matang.

Matang dalam berfikir, dan matang dalam membuat tindakan.

Mereka mungkin sekadar dewasa pada fizikal. Tapi pada hakikat akal, masih lagi kurang matang.

"Harapkan janggut saja panjang. Tapi akai pendek."

Menghormati manusia yang lebih dewasa adalah fitrah bagi manusia.

Hormat mereka kerana pengalaman dan umur mereka.

Ataupun sekadar hormat kerana mereka adalah lebih dewasa.

Sebab itu, bila kita menghadap orang yang lebih dewasa. Kita jadi lebih beradab cara, bertapis bahasa.

Dan, kerana itu juga lah, kita tidak sewenang-wenang berkata sesuatu tanpa budi bahasa.

Kawan boleh tikam kawan.

Kawan boleh makan kawan.

Kawan boleh buat segala-gala bertiketkan 'kawan'.

Maka itu bukan kawan.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-83031376482302338272010-01-10T02:39:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.632-08:00KenalApabila bercakap akan orang yang baru kita jumpa semalam.

Kita tidak akan kata, "Ohhhhhhhhh... Itu kawan aku..."

Tapi kita akan sekadar sebut..

"Ohhh (yang lebih pendek)... Aku semalam baru jumpa dia..."

Kerana kita kenal, akan tetapi kita tidak kenal dia.

Orang yang kita sekadar tahu mukanya, namanya, di mana dia tinggal, belajar dan bla bla bla... Dan kita pula tidak rapat langsung dengan dia. Sekadar dua tiga kali bersua muka bertegur sapa. Itu tidak termasuk dalam lingkungan kawan, apatah lagi sahabat.

Jadi jangan over-mesra. Takut dikatakan gay. Atau paling tidak, para manusia mungkin jadi menyampah kerana anda buat macam-macam seolah anda rakan baik mereka.

Kerana itu, aku cukup tidak suka kalau ada orang yang aku KURANG kenal, KURANG rapat, dan KURANG mesra boleh mengarah aku buat itu ini..

"Arep.. Buat benda tu jap.."

"Arep, ambik gambaq aku dengan dia sat.."

"Arep, nanti ko bla bla bla.."

Ada jurang di antara kenalan (acquaintance), kawan (friends) dan juga sahabat (aku tak tahu apa terjemahan tepatnya).

Jadi jangan panggil dan buat orang macam adik kita. Apatah lagi kalau dia lebih dewasa berbanding kita.

Boleh baca di SINI

Ada orang memberikan komen dan kritikan.

Nampaknya, akhir-akhir ini, ramai orang yang suka memberikan kritikan.

Namun apa yang sayang, dia sendiri tak mampu buat kerja.

Adalah sangat malang kalau ada orang boleh menuduh itu bukan salafi. Ini bukan sunnah. Itu khawarij. Ini muktazilah.

Akan tetapi, padanya tiada satu pun yang menggambarkan ciri Nabi SAW.

Pesanan khidmat masyarakat; "Kita bersama-sama dalam apa yang kita boleh persetujui. Dan kita tidaklah berpecah dalam masalah yang kita berselisih, MELAINKAN itu adalah hal aqidah!"

1 aqidah yang sejahtera.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-76292421209064609452010-01-05T08:06:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.689-08:00PeduliAgak lama tidak mengemaskini blog.

Ada benda yang difikirkan. Terlalu banyak benda yang difikirkan.

Kadang-kadang letih dengan sikap orang.

Sepanjang 2 minggu aku menghadap dan cuba menghadam sikap orang ramai disekeliling aku.

Sangat letih kalau ada orang yang tidak begitu kisah dengan kita. Tapi mahu kita kisah akan dia.

Kawan, bukan kau seorang saja ada hati perut yang perlu dibela dijaga. Orang lain juga perlu dipedulikan.
Mana pedulisme kamu?

Ada orang kata aku sensitif dan mudah marah.

Ya. Aku mudah marah, kerana orang lain kurang sensitif terhadap persekitaran mereka serta orang lain.

Aku sangat meluat jika ada orang sanggup menyusahkan orang atas tiket berkawan, ataupun persahabatan.

Bukan sebab aku ini kawan paling baik. Tapi aku tidaklah akan cuba menyusahkan kawan-kawanku.

Kalau aku mahu untuk tidak peduli juga boleh.

Tapi kawan, aku bukan begitu orangnya. Apatah lagi dengan sahabat-sahabatku.

Kawan, hidup ini ada putarannya.

Hari ini, mungkin kau menyusahkan aku. Esok, mungkin ada yang lain menyusahkan kau.

Persahabatan bukanlah tempat kau peluk sewaktu senang, ludah sewaktu susah.

Hendak kenal orang, maka bermusafirlah dengan mereka.

Nescaya akan tertelanjanglah segala karenah mereka depan kamu.

Kadang-kadang, kebaikan yang kita buat boleh ditenggelamkan dengan dosa 5 minit kita.

Ampunkan aku ya Tuhan. Ampunkan aku...Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-78302160817136011282009-12-21T22:20:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.700-08:00SignifikanAnda boleh menjadi baik dan berbuat baik.

Anda juga boleh menghalang kemungkaran dan mencegah kejahatan. Kerana itulah yang agama anjurkan.

Namun jangan sesekali kita mengaibkan sesama Muslim dan bersangka buruk.

"Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling intip-mengintip manusia yang lain, janganlah saling mencari-cari aib manusia yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling berdengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan, tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara." [Muslim]

Kalaulah hendak kencing pun ada adab. Mana mungkin Nabi Allah yang ma'sum itu tidak ada mengajarkan fiqh dalam berdakwah.

Adalah suatu yang sangat memualkan jikalau seorang mengaku sebagai da'ie, namun bertegas untuk menyembunyikan identiti.

Samada jahil tentang uslub dakwah, ataupun sengaja mengundang kebencian.

Berdakwah mestilah telus. Kerana ketelusan adalah simbolik kepada keikhlasan.

Sebab itu Nabi Allah Musa AS, memperkenalkan dirinya kepada Firaun.

"Dan Musa berkata: "Hai Fir'aun, sesungguhnya aku ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta alam." [al-A'raf: 104]

Juga Nabi Sulaiman AS.

"Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." [al-Naml:30]

Bahkan Rasulullah juga buat benda yang sama, ketika menghantar surat kepada Hercules, Raja Byzantines.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, kepada Hercules, Raja Byzantines." [Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Raheeq al-Makhtum]

Kawan, dakwah bukan main pukul curi dan lari!

Alhamdulillah.

Lebih dua minggu usia perkahwinan. Aku rasa lega. TERAMAT lega.

Walaupun ada orang katakan dengan berkahwin, aku menempah bebanan.

Sekurang-kurangnya, satu bebanan yang amat berat untuk dipikul telah aku lepaskan.

Beban maksiat dan juga dosa...

Ini bagaikan sebuah kisah klasik untuk masa depan.

Kerana bila umur dah tua. Kita pasti merenung ke belakang. Apa yang kita lakukan. Apa yang kita kerjakan.

Semoga Allah menyelamatkan aku, dan ahliku dari neraka jahannam,

Berjuta manusia boleh ketawa. Namun bukan semua yang ketawa itu sedang bergembira. Ada manusia besedih, namun bukan semua mereka menanggung hati yang pedih. Jikalau Tuhan jadi tempat bergantung, maka kita adalah orang yang beruntung. Kalau Tuhan kita sisih, maka nantikanlah azab yang pedih.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-4891733979628597132009-12-01T09:35:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.710-08:00AcuanBulan 12. Musim Tengkujuh di negeri Pantai Timur.

Pandanglah ke mana sahaja. Nescaya akan ada air bertakung, akan ada banjir, akan ada orang menggeletik kesejukan, akan ada itu dan ini yang sewajarnya dilihat pada musim-musim hujan.

Namun aku pelik. Sangat-sangat pelik, kalau melihat ada perempuan memakai seluar fit (ala-ala pakaian gimnastik) dan memakai baju yang lehernya luas sampai ke bahu.

Tak sejukkah? Atau otak sudah beku diperangkap kedunguan?

Ada orang suka mengeji diri yang lain.

Aku pernah dengar orang kata pada suatu malam tak lama dahulu; "Pergi mengaji sunnah. Tapi asap berkepul hisap rokok.."

Aku katakan kepadanya; "Bersangka baiklah sedikit. Sekurang-kurangnya dia kenal manhaj dan berada di atas manhaj. Lagi haru kalau dia hisap rokok tapi tak kenal manhaj. Mungkin dia kenal rokok lebih lama dari dia kenal manhaj!"

Tak salah meletakkan sangka baik walaupun anda sendiri rasa meluat dengan perlakuan sebegitu.

Kerana tak semua manusia acuannya sama. Dan tak semua acuan, menjadi.

Apa kita boleh buat kalau ada orang rasa dirinya baik dan mulia.

Tidak mengapa. Teruskanlah berperasaan sedemikian. Akan tetapi jangan menyusahkan orang, atau menyakitkan hati orang yang lain. Kerana itu bukanlah sifat yang baik dan mulia.

Tapi, adalah satu perkara yang sangat menyampahkan kalau anda perasan anda baik. Dan orang yang tidak baik macam anda semua jahat.

Ada orang kata aku suka mengungkit.

Aku jawab YA. Kerana ada kawan-kawan aku yang perangainya tak keruan dan suka menganggap bahawa orang lain tidak sepenting dirinya, masanya dan apa-apa yang bersangkut paut dengan dia.

Jadi sangat susah kalau ada orang yang perasan dirinya baik, tapi masih suka menyusahkan orang. Jadi ke mana pergi 'baik'nya itu?

Tajuknya mungkin sama. Tapi konteksnya berlainan.

Namun halatujunya cuma satu. Memberikan kefahaman kepada manusia.

Itulah namanya dakwah. Sebab itu metodologinya berbeza. Caranya berbeza. Melihat kepada acuan mad'u, juga da'ie.

Jadi usah sombong dan menganggap diri kau semuanya tahu!Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-18403323133384293592009-11-25T06:48:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.721-08:00BinasaSebab mulut badan binasa.

Aku bukan orang baik-baik. Kalau orang kenal, orang akan kata aku kasar. Mungkin sebab bahasa yang aku guna.

Usah jadi macam aku.

Jadi. Pedulilah orang hendak kata apa.

Orang yang kuat mengeluarkan fatwa tanpa ilmu adalah seumpama orang yang tiada menjaga maruah agama yang akhirnya akan membinasakan agama mereka sendiri.

Dan orang semacam ini pantang melihat soalan berteraskan agama, kerana dia akan terusan menjawabnya walaupun dia tidaklah punya autoriti untuk menjawab soalan tersebut.

Ini kerana dia telah terkena penyakit syok sendiri dan perasan bahawa dia mampu dan berkebolehan menjawabnya, tak kira masa, tak kira ketika.

وروى مالك بن مغول عن أبي حصين عن مجاهد عن عائشة أنه لما نزل عذرها قبل أبو بكر رأسها ، قالت : فقلت : ألا عذرتني عند النبي صلى الله عليه وسلم ، فقال : أي سماء تظلني وأي أرض تقلني إذا قلت ما لا أعلم ، ؟

وروى أيوب عن ابن أبي مليكه قال : سئل أبو بكر الصديق رضي الله عنه عن آية ، فقال : أي أرض تقلني وأي سماء تظلني ؟ وأين أذهب ؟ وكيف أصنع إذا أنا قلت في كتاب الله بغير ما أراد الله بها ؟

Malik bin Maghul meriwayatkan daripada Abi Husoin, dari Mujahid, dari 'Aisyah, yang mana ketika 'Aisyah sakit, Abu Bakr mencium keningnya. Aku ('Aisyah) berkata; "Beritakanlah aku akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW." Abu Bakr menjawab; "Langit mana yang akan menaungiku dan bumi mana yang dapat aku pijak jika aku mengatakan sesuatu yang tidak aku ketahui?"

Abu Ayyub pula meriwatakan daripada Ibnu Abi Mulaikah bahawa dia berkata; Abu Bakr ditanya akan suatu ayat. Kemudian dia menjawab, "Di bumi mana akan aku berpijak, dan di langit mana akan aku bernaung serta ke mana aku akan pergi? Bagaimana akan aku lakukakn jika aku berkata mengenai Kitab Allah dengan suatu yang DIA tidak kehendaki?" [I'lam al-Muwaqi'in, al-Imam Ibn al-Qayyim]

Maka, binasalah kamu yang berfatwa tanpa ilmu!

Ada orang, yang kononnya mempromosikan sifat adil dan insaf, secara tiba-tiba melenting bila dikatakan yang (kononnya) gurunya itu bercampur dengan orang-orang yang promosikan program dan agama yang gitu-gitu. Dia marahkan yang berkata. Katanya, "Apa perlu katakan begitu? Dia bukan pernah membantai kita semacam orang yang gitu-gitu membantai kita!!"

1. Tak pernah dikata dia membantai kita.

2. Cuma katakan dia bercampur dengan golongan yang gitu-gitu.

Jadi, mana hilang sikap adil engkau bila terkena atas batang hidung sendiri? Mentang-mentanglah kau menganggap dia sebagai guru. Adakah sampai kau pijak sikap adil sampai binasa?

Seekor lembu putih yang duduk dalam kawanan lembu yang penuh kotor, manakan mungkin tak tercalit kotor itu?

Ada orang bercakap pasal label sunnah dan tidak sunnah. Apa penakrifan geng/budak/orang/bla bla bla sunnah?

Aku tak ada takrifan.

Tapi kalau setakat mahu kata orang lain kononnya separuh-separuh. Maka jangan sampai terludah ke dahi sendiri. Sebab sendiri pun banyak belakangkan dan membinasakan sunnah. Syadid tidak bertempat, taisir tidak bermasa.

Ada orang bercakap pasal sunnah. Tahu hukum-hakam agama. Galak memberi fatwa. Giat membuat dakwah.

Akan tetapi, bila sampai satu tahap mereka sendiri yang membelakangkan agama. Belakangkan sunnah. Mungkin sebab sudah terlebih ilmu. Menyebabkan diri lemas.

Maka apa yang kau hendak bawa?

Akhirnya jadi lebih teruk dari Bani Israel. Mahukah jadi binasa semacam mereka?

Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? [al-Baqarah: 85]

Hidayah itu mahal harganya. Jadi jangan biarkan hidayah itu binasa dan karam di lautan dosa.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-53231400706812670102009-11-21T07:42:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.733-08:00AdabAdab bukan bermakna bila kita ditindas. Kita tidak buat apa.

Itu bukan adab. Itu adalah kebongokan sesetengah manusia.

Bila kita membalas, kita dikatakan tidak beradab dan kurang ajar. Bila kita tidak membalas, kita dikatakan penakut.

Adab adalah interaksi dari kedua-dua belah pihak. Kalau satu pihak dikatakan tidak boleh kurang ajar. Pihak yang satu lagi juga tidak boleh jadi TERLEBIH ajar.

Jadi, keperluan untuk beradab bila berbeza pendapat. Kedua-dua pihak perlu jadi relevan.

Janganlah buat pandir dan tuduh orang tidak cerdik.

Kita akan rasa tidak cerdik kalau ada orang buat perkara-perkara yang tidak relevan pada minda.

Soalan seperti, "Siapa mula dulu?" tidak perlu diajukan. Kerana itu soalan pandir.

Siapa mula dulu apa? Mula berkhilaf?

Memetik kata si Sai; Zaman sahabat pun sudah ada khilaf. Jadi siapa mula dulu?

Ulasannya. Kalau benar satu pihak yang mula dulu. Adakah pihak yang pertama itu bersalah? Ini bukan main lastik getah.

Jadi, apa barang kalau kau hendak tegakkan benang yang basah?

Jadi, beradablah!

Penguatkuasa agama jadi ulul amri?

Apakah mungkin ada orang salah faham berkenaan konsep ulul amri.

Kritik ulul amri kena buat seperti apa yang Imam Ahmad buat. Beradab. Jumpa secara peribadi, pegang tangannya, dan berikan nasihat.

Jadi kenapa ada orang tidak cerdik yang kritik-kritik kerajaan di hujung Malaysia, di utara di dalam blog satira agama mereka tidak pula dilabel tidak hormat ulul amri?

Aku salah faham. Atau kau tidak faham?

Baru aku tahu, di Malaysia, sudah ada pakar fiqh dan usulnya.

Rupanya ada orang sudah diberi label pakar. Maka mungkin sahaja tarafnya semacam Dr Abdul Karim Zaidan, atau Wahbah Zuhaili.

Ada lawan tiada. Tiada lawan ada. Pastu, takde apa-apa. Pening-pening. Sape suruh main ilmu kalam?

Aku pernah dengar ada orang tergelincir dari aqidah hanya kerana membaca buku berkenaan ilmu kalam. Sampai menangis-nangis, melafazkan kembali syahadah. Ini kisah benar. Bukan reka-reka.

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara tersebut.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-63724605157539491122009-11-17T03:27:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.742-08:00SusahAku rasa, dah banyak kali aku cakap pasal orang yang suka menyusahkan orang lain dalam blog ini.

Kerana aku rasa sifat orang yang suka menyusahkan orang adalah sangat-sangat menjengkelkan.

Aku tak suka menyusahkan orang. Sekurang-kurangnya, aku cuba untuk tidak menyusahkan orang.

Sebab itu kalau ada temujanji aku cuba bersiap awal-awal. Sebab mak aku selalu pesan. "Biar kita tunggu orang, tapi jangan biarkan orang tunggu kita."

Itu satu plot dari zaman persekolahan yang mana aku menumpang orang untuk ke sekolah. Jadi sebab tak mahu menyusahkan orang untuk tunggu aku gosok gigi, mandi dan juga buang air. Maka aku kena bersiap awal pagi. Dan tentunya, tiada subuh gajah, atau dinosour, atau apa sahaja yang berkaitan subuh yang lewat.

Dan bila aku melalui sendiri perasaan terpaksa menunggu orang berjam lamanya. Maka aku faham perasaan menunggu. Benci menunggu satu hal. Benci kepada orang yang ditunggu adalah satu perihal lain.

Jadi, mungkin orang yang suka menyusahkan orang ini ada satu penyakit. Iaitu, tak fikirkan pasal orang lain, ataupun pentingkan diri sendiri.

Ada polemik dengan kawan-kawan pasal KAHWIN.

Jangan risau. Ini tidak ada kena mengena dengan perihal aku bakal bernikah tak lama lagi. Ya. Para pembaca Tinta Kata juga dijemput hadir memeriahkan walimah aku dan bakal isteri.

Boleh layari web ringkas itu di SINI.

Cuba bayangkan satu buah yang mekar dan masak ranum, yang anda susah payah baja dan siram. Susah payah jaga.

Tapi bila gugur, jatuh ke ladang orang lain.

Itu cuma metafora.

Untuk orang yang faham.

Adalah sangat-sangat dan amat-amat menyusahkan kalau ada orang menyuruh kita bertanyakan samada seseorang gadis itu sudah berpunya atau tak. Walhal bukan kita pun yang hendak.

Tapi disebabkan amanah, kadangkala kita terpaksa redah dan bertanya. Walaupun kebarangkalian hendak dimaki hamun atau paling tidak, dicemuh, bukanlah terkena kepada batang hidung empunya hati.

Dan buat si gadis. Usah perasan sebab bukan aku yang berkehendakkan.

Ada orang terlalu sibuk menyibuk mengenai hal orang lain. Sehingga dia terlupa untuk sibuk dengan urusan sendiri.

Dia ada masalah mental.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-56579587083091072962009-11-14T04:17:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.751-08:00TererKita sepatutnya tidak rasa pelik kalau orang yang tidak solat ditangkap. Atau mungkin yang tidak solat itu dibakar sahaja rumah mereka. Kerana Nabi SAW apabila bercerita mengenai orang yang tidak solat berjemaah di masjid, baginda katakan bahawa lebih suka jika dibakar rumah mereka dengan kayu api.

Oh. Tapi ada satu jenis penguatkuasa di Malaysia yang suka tangkap orang buat ceramah-ceramah agama.

Tauliah? Buat apa bercakap pasal tauliah kalau anda memang tidak mahu bagi??

Orang tidak akan nampak atau jadi jahil kalau dia tidak bercakap. Walaupun pada hakikat, dia mungkin jahil murakkab.

Tapi dia akan nampak jahil dan tembelangnya akan pecah jika dia terlalu banyak bercakap benda yang dia langsung tidak tahu menahu.

Jadi kurangkan bercakap.

Dan ya, tambahkan ilmu.

"Kaki kau isbal. Naikkan sedikit lagi."

"Tapi aku rasa tak. Sebab itu berada sama paras dengan buku lali."

"Aku kata isbal. Naikkan lagi."

[Tarik seluar gaya Masri]
"Nah! Puas hati???!"

Antara ciri-ciri orang yang suka mencari-cari kesalahan orang lain adalah apabila dia suka tunjuk terer dan rasa diri dia adalah terer.

Tunjuk terer dan bersikap dengan sifat berhati-hati adalah dua perkara berbeza.

Dakwah perlu ada hikmah. Perlu bijak. Bukan buat-buat bijak.

Lupa hendak cakap. Banyakkan baca pasal isbal. Dan cari maksud tidak isbal. Dan apakah jika sama paras dengan buku lali itu isbal?

Bukanlah kau dah tempah tiket ke syurga wahai kawan.

Antara sifat-sifat orang yang bodoh lagi sombong adalah bila dia mula 'menyembah' manusia dan ideologi yang didokongnya.

Anda mungkin boleh mendokong dan membela ideologi. Tapi jangan menyembahnya.

Antara ciri-ciri penyembahnya adalah membelanya walaupun terang-terangan ianya salah.

Hai kawan. Kalau pasal baiah jahiliah itu sampai mahu menyerang-nyerang orang yang mengkritik. Jangan jadi tolol dan bongok!

Sebab bukan orang yang bermulut celupar. Tapi mungkin engkau jadi orang yang akan makan selipar.

Anda gay. Dan anda ada darah rendah, darah tinggi, sakit otak, dan.. dann.. dan... penipu, dan gay.. Dan penipu?

Anda mungkin ada penyakit Münchausen syndrome (Sindrom Münchasen).

Penyakit orang yang gilakan perhatian.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-26617729632704218282009-11-10T10:01:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.762-08:00SyukurWahai jiwa-jiwa yang menyembah Yang Maha Kuasa, sudah berapa banyakkah kau meminta kepadaNya, kemudian dikabulkan?

Dan berapa banyak pula kau bersyukur atas kurniaan itu?

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya dan dia dimuliakan oleh-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakan daku". Adapun apabila Tuhan mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah menghinakanku" [al-Fajr: 15-16]

Tanpa rahmat dan kasih tuhan, siapalah kita ini?

Barangkali jadi sampan yang hanyut di kali.

Atau mungkin najis yang lekat di kaki.

Tapi Dia dengan sifat-Nya yang Maha Adil memberikan kita kemuliaan denga memberikan kita akal. Namun sedikit sungguh kita cuba berfikir dengannya.

Amat sikit sekali kita menggunakannya.

Maka, akhirnya jadilah kita satu bangsa yang hina lagi dihinakan.

Usah jadikan sifat taksub kita menjadi hijab daripada menjadi adil.

Adil dan insaf dalam menilai akan membuahkan satu paradigma baru. Maka usah terburu-buru untuk membela si polan dan si polan. Walhal mungkin sahaja dia itu berada dalam arus yang berlawanan.

Bukan mahu berbalah berdebat. Tapi jadilah adil.

Penilaian yang kita buat kepada seseorang, adakalanya wajar didasarkan kepada siapa dia bersahabat. Kerana sahabat membawa impak besar dalam kehidupan.

Orang bersahabat dengan pencacai najis, mana mungkin akan bawa haruman kasturi di badannya.

Dari Abu Musa RA: dia berkata: Dari Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberi kamu atau kamu akan membeli daripadanya, atau kamu akan mendapatkan aroma harum daripadanya. Akan tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak harum. (Muslim)

Jadinya, kalau seseorang itu kita ketahui bahawa duduk dalam satu majlis, membuat aktiviti yang sama dengan orang-orang yang jahat-jahat belaka, suka membuat fitnah di sana sini. Maka, apa penilaian kita? Kita memberi nilai awal daripada apa yang tampak.

"Dia belum mengkritik kita syeikh!"

Jadi mahu tunggu dia kritik baru kita sibuk hendak menangkis?

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Jadi apakah wajar untuk duduk tergila benda yang sama untuk jangka masa yang lama?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-70294498117603369702009-11-02T18:03:00.000-08:002010-02-06T01:26:54.774-08:00Jumudkita biar orang pandai dalam ilmu kena tangkap
kita tidak reti buat apa kita senyap tak berkata apa
kita lihat mereka datang dengan kasar, merentap
kita lihat mereka tiada adab, mereka biadap
kita layu dengan tuntutan dunia
mana-mana kita ada kepentingan, kita cabul semua
kita tak merasa gentar dengan neraka
akhirnya kita dapat lihat siapa yang ketawa
dan nanti siapa pula yang kecewa
kita tak reti berkata apa
kita cuma tahu duduk bersahaja

aku lihat kita rosak
kita tak nampak apa yang tampak
kita tak suka bergerak, jauh kehadapan
kita cuma tahu toleh ke belakang
kita cuba tolak pembaharuan
kita cuba nafi langkah melangkah zaman
kita suka duduk setempat tak keruan
kitaran zaman sudah tunjukkan
untuk setiap bangsa ada pembaharuannya
untuk agama pula, ada pendokongnya

kita lihat mereka dangkal
seluruh maruah dan agama mereka calar
mereka masuk dijemput elok
mereka keluar buat serabut
mereka datang hendak mengangkut
kesarjanaan ilmu mereka ragut
di mana ada keluasan fikir mereka takut
mereka rela duduk dalam jumud

ulama ditahan
maksiat dia buat tidak perasan
patutnya mereka perlu ada rasa segan
bukan suruh malu
paling kurang.. biarlah ada rasa segan dan silu
busuk di situ, wangi di sini
dia tidak nampak yang di kanan, mata tertoleh ke arah kiri
sampai bila hendak menyendiri?
masuk nerakalah engkau sendiriUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-30217246340321249112009-10-25T04:38:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.784-08:00KenalSudah jadi lumrah. Bahawa, tidak dapat tidak. Manusia pasti akan menimbulkan rasa kurang senang kepada orang selain mereka.

Orang yang kamu singgung perasaannya boleh jadi sesiapa sahaja. Boleh jadi ibu bapak kamu. Boleh jadi juga rakan taulan kamu. Atau mungkin sekadar kenal-kenalan yang biasa-biasa.

Akan tetap, kamu boleh saja jadi orang yang teramat-amat biadab, andaikata kalau orang yang kamu singgung itu adalah orang yang kamu tidak kenal. Dan dia juga tidak kenal kamu.

Jadi, belajarlah memberi gambaran yang molek mengenai diri sendiri terhadap orang yang kita tidak kenali.

Pakai songkok tinggi, atau kopiah putih berkilat. Punya janggut yang panjang. Bertanda hitam lekang di dahi. Tapi kalau tidak reti hormat orang. Maka tiada nilainya, kawan.

Cantik itu benda subjektif.

Tapi ramai yang kurang sedar. Atau tidak sedar. Hodoh di mata orang pertama. Tak bermakna orang kedua akan memberi tanggapan yang sama. Kerana pandangan manusia pastinya berbeza.

Dan orang yang mengetahui bahawa betapa berharga diri mereka sebagai pemberian tuhan. Mereka akan tidak pandang enteng akannya. Dan mereka adalah orang yang kenal akan tuhan mereka.

Maka berbaik sangka lah pada Tuhanmu.

لا يموت أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله

"Tidak mati salah seorang dari kamu melainkan dia berbaik sangka dengan Allah Azza wa Jalla." (Sunan Abi Dawud, Sahih Sunan Abi Dawud oleh al-Albani)

Namun, kita akan rasa sangat-sangat pelik melihat betapa ramai orang (terutamanya wanita) membuatkan diri mereka jadi hodoh dengan perangai dan akhlak yang buruk.

Dan ini bertentangan dengan sifat wanita. Kerana wanita itu berSIFAT cantik. Sifat wanita adalah cantik pada fitrahnya.

Perumpamaan orang yang mengambil ilmu, pendapat atau apa-apa sahaja tanpa mengira basis adalah seperti haatib al-lail atau pencari kayu api di tengah malam yang gelap gelita.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-70481760721212192772009-10-14T21:59:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.794-08:00GilaAku tak akan marah kalau orang pakai gam untuk tampal kertas. Atau mungkin kawan-kawan aku pelajar jurusan seni bina gunakan untuk buat mock-up board.

Tapi aku sangat-sangat hangat (dan hangit) kalau tengok anak bangsa aku terbaring di atas jalan raya sambil kepala tengah 'weng' (baca: khayal) kerana menghidu gam.

Dan yang lebih sedih lagi adalah, anak bangsa itu umurnya 10 tahun. Dan masih menunggu giliran berkhatan. Tapi sudah duduk bergelimpangan di atas jalan, dengan mata juling kesedapan.

Cerita lanjut, sila baca blog Sabja.

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Jadinya, orang yang hanya tahu merungut dan mengkritik hasil kerja orang lain adalah orang yang sangat buruk akhlak dan budi bahasanya. Apatah lagi mereka saling tidak mengenali.

Cakap siang pandang, cakap malam dengar.

Ada dua zon dalam persahabatan. Pertama, sahabat. Kedua, kenalan. Dan kau kawan, tidak termasuk dalam mana-mana zon tersebut.

"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah" (Riwayat al-Tirmidzi)

Kalau mereka yang bermain-main dengan tilikan itu merasakan bahawa dosa mereka akan diangkat oleh Allah Azza wa Jalla dan diselamatkan dari neraka. Mereka itu pastinya orang yang gila.

Kerana hanya yang gila antara yang diangkat dosa-dosa mereka.

Diangkat pena dari tiga golongan; Orang yang tidur sehingga mereka jaga, anak kecil hingga mereka baligh, dan orang gila sehingga mereka kembali berakal. (Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud, disahihkan oleh al-Albani dalam Misykat al-Masabih)

Maka aku tidak akan marah-marah lagi selepas ini. Kerana kamu, kamu dan kamu adalah orang yang gila.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-52782431088847719722009-10-08T10:56:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.803-08:00KemuncakKemuncak pada aqidah adalah apabila manusia itu mula menerima konsep al-Wala' dan al-Bara' tanpa menafikannya.

Apa itu al-Wala' dan al-Bara'? Sila tanya pada lobai Google (atau pada Lobai Tampin). Atau anda boleh rujuk di sini.

Bagaimana dan mengapa ia dikatakan sebagai kemuncak aqidah?

Ianya kerana, apabila manusia mula mencernakan prinsip al-Wala', maka mereka akan menjadi manusia yang benar-benar setia dan taat kepada Islam dan segala isinya.
Manakala al-Bara' pula mendidik mereka untuk lari jauh, serta membenci segala apa yang bertentangan dan dibenci oleh Islam.

Al-Wala' menjadikan Muslim itu mencintai Islam serta orang-orang Islam, manakala al-Bara' itu membuatkan Muslim itu berlepas diri dari segala benda yang tidak berada pada satu jalan dengan Islam.

Ini deklarasi keimanan anda kepada Tuhan. Deklarasi cinta kepada Islam.

Maka, adakah orang yang bermain kuiz-kuiz KURANG CERDIK di dalam FB, walau hanya sekadar suka-suka, sudah (atau akan) mencapai maksud sebenar al-Wala' dan al-Bara'?

Kawan. Walau hanya sekadar suka, jangan sampai cedera.

Jadilah orang yang melutut kepada agama. Dari jadi orang yang melutut kepada syaitan durjana.

Kerana orang yang tunduk dan patuh adalah orang-orang yang berjaya.

(al-Hajj: 54)

Usah jadi manusia yang jadi hamba kepada harta. Sekadar pesan kepada diri sendiri.

Ada manusia, terlalu sayangkan harta. Hingga digadai agama buat cagaran.

Ada manusia, terlalu dahagakan manisnya harta yang banyak, hingga lupa kepada Tuhan Yang Esa.

Ada manusia yang asyik bergelumang dengan harta, berendam dan bermandi dengan kemewahan, jadi orang yang leka.

Maka berdoalah kita dari jadi orang yang CELAKA.

Semoga jauh dari fitnah harta.

(al-Fajr: 20)

Selagimana kita tidak hilang sesuatu benda. Kita rasa kurang endah. Bila kita sudah kehilangannya. Maka susah payah kita cari semula.

Apa perasaan anda kalau anda kehilangan suatu benda. Dan bila anda mencari, baru saja anda sedar, bahawa anda tidak mampu ambil ia kembali.

Bagaimana kalau yang hilang itu sahabat, dan nilai persahabatan.

Semoga Allah menjaga sahabatku walau di mana mereka berada.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-18633302119616153012009-10-02T11:09:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.815-08:00RamalanLagi berita dan cerita pasal kuiz dalam FB.

Ohh.. Bosan sungguh mendengar hujah-hujah mempertahankan kuiz-kuiz yang bersifat ramalan dalam FB. Ada orang bersungguh-sungguh mempertahankannya sampai nampak ada dua tiga orang kawan dibantai dengan jayanya oleh mereka-mereka yang mempertahankan kuiz tersebut.

Kata mereka; tak mengapa sebab ini cumalah permainan. Selagi tak percaya tak mengapa. Bahkan ada yang bersifat lebih ego (baca: bahlol) dengan berkata; "Terpulanglah kepada yang bermain, kalau dia rasa berdosa, dia boleh berhenti.."

Pooodah!

Kawan, main-main ada batasnya. Ini bersangkutan dengan aqidah. Bukan main masak-masak atau polis sentri.

Ada orang yang tak pernah belajar hadith. Tidak reti baca hadith dalam matan asal. Tidak tahu ilmu mustolah hadith. Tidak hafal nama imam-imam dalam bidang hadith (mungkin melainkan al-Bukhari dan Muslim). Tiba-tiba dengan sekelip mata, boleh jadi pakar hadith, tiba-tiba reti untuk interpretasi maksud hadith (yang baru dia jumpa dan baca) dalam Bahasa Melayu baku totok itu.

Ini cerita lawak tahun ini tuan puan sekalian.

"Korang jangan buat lawak bai. Ini bukan cerita kartun."

Padahal sudah ada beberapa banyak ulama membahaskan haramnya hukum membaca horoskop (antara benda lain yang bersifat ramalan) walau sekadar suka-suka.

Maka tidak cukup lagi kah untuk memberi kesedaran bahawa benda yang anda rasa main-main itu boleh membawa bahaya kepada aqidah?

Ada orang kata, kuiz dalam FB ni dioperasikan oleh komputer dan keputusan diperoleh secara rawak. Maka tak boleh dikiaskan dengan menemui peramal dan tidak boleh kata ini merosakkan aqidah.

Habis tu engkau ingat ramalan horoskop dalam akhbar tu dia pergi tanya bomoh ke pasal ramalan terhadap orang berbintang Leo, Libra etc. Tapi itu tak menghalang ulama untuk meletakkan keharaman membaca benda-benda itu.

Analoginya, kuiz berbentuk ramalan dalam FB ni (tak kisah lah tajuk apa sekalipun) macam najis. Macam taik. Sebab kalau percaya padanya menyebabkan orang jatuh jadi musyrik. Dan orang-orang musyrik itu najis.

Sebab kalau engkau orang kata orang sakit mental dan orang jahil saja yang akan mempercayai kuiz ni. Maka dalam hal najis tu pun sama. Hanya orang sakit mental saja yang makan najis. Sebab orang waras tak akan makan najis. Dan orang yang waras nak dekat dengan najis pun tak mahu.

Tapi kau hendak pulak dekat dengan benda-benda mengarut merapik ni. Engkau mungkin belum termakan (baca: percaya) lagi najis dalam FB. Tapi kau dah sanggup duduk dekat dengan najis. Maka kau boleh dikira sakit mental lah?

P.S: Yang aku hairan dan pelik. Ramai pulak yang marah dan pertikaikan. Jatuh hati sangat ke dengan ramalan "korang akan kencing malam" bla.. bla.. bla.. tu?Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-31386063713239394682009-09-29T22:42:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.826-08:00HidayahTidak perlu untuk jadi orang yang hebat-hebat atau pun punya nama yang gah untuk beri nasihat.

Kerana nilaian pada nasihat itu adalah pada apa yang diberi, bukan siapa yang memberi.

Nilaiannya adalah pada ilmu yang boleh dicerna para pendengar. Dan pada diri sendiri. Kerana pada ilmu itulah yang akan menyebabkan sesebuah nasihat menjadi berharga.

Namun jangan salah faham pula, bahawa boleh jadi jerk atau moron dan kemudian memberi-beri nasihat. Kerana jika itu keadaannya, nilaian pada nasihat itu boleh saja jadi sebaliknya.

Sudah lumrah orang akan suka benda yang cantik-cantik.

Tidak kira dia agama apa, bangsa apa, atau bagaimana keadaan hidupnya. Jika dia ditanya, pasti dia akan kata bahawa dia mahukan satu-satu benda yang cantik.

Dan jarang sekali kita jumpa orang yang hidupnya mahu dan suka pada benda yang hodoh dan buruk. Kerana walaupun benda itu hodoh pada mata kita, mungkin cantik pada dirinya.

Maka, kita yang beragama Islam ini patut ada rasa syukur, kerana pada agama kita menyuruh kita mencari benda yang cantik dan elok-elok. Dan mungkin saja kita diganjari pahala disebabkan itu.

إن الله جميل يحب الجمال

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan." (Muslim)

Bukan tangan-tangan manusia yang memberikan hidayah kepada orang yang dimahukannya. Tapi Allah yang memberikan hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.

Seorang yang saya anggap guru, serta sahabat sering mengingatkan saya bahawa;

إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء

"Sesungguhnya bukanlah engkau yang memberikan petunjuk kepada orang yang kasihi, akan tetapi Allah yang memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki." (al-Qasas:56)

Maka berpada-padalah bila kecewa dalam berdakwah. Kerana bukan semua yang kita hajati, akan kita dapat. Melainkan jika Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-59953387481797403672009-09-28T09:06:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.836-08:00Pandang AgamaKartika sudah memilih untuk bertudung.

Mungkin ada orang akan pertikaikan keputusannya bertudung.

Manusia memang suka pertikaikan orang. Manusia memang suka menyalahkan manusia yang lain. Maka tidak perlu hairan kalau ada orang menuduhnya macam-macam. Sebab sifat dan sikap manusia mutakhir ini memang pelik.

Cuma tanyakan dalam diri.

"Hangpa semua boleh korek dada dia? Boleh tahu isi hatinya ke?"

Maka, wajarlah kita bersangka baik padanya.

Sebab manusia zaman ini suka memilih untuk berburuk sangka dan menuduh orang lain yang berbuat demikian.

Yang dah pakai tudung, biarlah dia pakai. Bubarkanlah rasa buruk sangka dan suka mencebik kepada usaha orang lain yang hendak berubah.

Yang tak pakai tudung (termasuk juga orang yang pakai tudung ala-ala kadar), bila lagi hendak berubah?

Tanya iman. Pandang agama.

Sesetengah manusia suka memilih sikap provokasi. Mungkin kerana sesetengah manusia tersebut rasa bahawa dirinya lebih bagus dan terbaik. Sebab itu mereka lebih suka memperlekehkan orang.

Dan sudah jadi adat buat orang ini, bila dimarahi, mereka akan pusing cerita dan memburuk-burukkan nama orang. Kononnya, sebab dia bagus benar. Dan kemudian memilih nama agama untuk dibuat perisai setelah mengaibkan orang.

Sikap melecehkan orang ini tak lain tak bukan adalah amalan orang-orang jahil. Sebab orang yang berakal (dan menggunakannya sebaik mungkin) pasti tidak akan sebodoh itu. Dan orang yang istiqamah di atas jalan agama mana mungkin nak mengaibkan orang lain.

Ahh.. Apalah sangat..

Jadi usahlah kita memperlihatkan kejahilan kita dengan memperolokkan agama, dan orang ramai kononnya bahawa kita ini orang yang baik-baik akhlaqnya walhal boleh saja jadi busuk dan buruk. Wallahu al-Musta'an.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-52546804321686587282009-09-25T09:10:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.851-08:00Siapa Jahil?Dalam Facebook ada bermacam-macam jenis kuiz. Teramat banyak, sehingga mungkin, ada orang boleh muntah kerana menjawab kuiz-kuiz tersebut. Muntah kerana terlalu banyak yang perlu dijawab dan diselesaikan. Atau muntah kerana geli dengan bentuk-bentuk soalannya.

Terlalu banyak, dan bermacam jenis. Daripada kuiz mengenai fantasi seks seseorang, sehinggalah kuiz berkenaan aqidah.

"Kah.. Kah.. Kah.."

Tak sangka kuiz pasal aqidah pun boleh ada dalam FB. Dan lebih melucukan lagi, bagaimana benda semacam ini boleh terjadi. Dan lebih lucu lagi, orang yang mencipta kuiz tersebut seolah-olah faham (dan sangat alim) mengenai siapa Ahlu al-Sunnah, dan siapa yang tidak.

Dan lebih melucukan lagi, apabila dijawab salah, maka keluarlah jawapan; ANDA JAHIL TENTANG SUNNAH bla.. bla.. bla.. bukakan minda anda.. nanti anda terikut ajaran sesat.. bla.. dengan buka web berikut..bla.. bla..!

Wah! Ini sangat mengejutkan. Kalau jawab salah, maka orang itu jahil lah? Apa yang buat kuiz itu rasa diri sudah terlalu pandai dan boleh beza siapa yang jahil, siapa yang tidak.

Apa yang menghairankan, soalan yang ditanya tiada kaitan sangat dengan persoalan aqidah dan sebagainya. Sebaliknya hanya persoalan fiqh dan soalan enteng-enteng yang belum tentu cukup kuat untuk dijadikan asas untuk menentukan samada orang itu Ahlu al-Sunnah atau tidak, terer pasal Sunnah, mahupun jahil murokkab.

Oh. Aku sudah jawab kuiz tersebut. Dan sebab jawapan aku banyak salah, maka aku dapat jawapan yang semacam di atas. Katanya aku jahil.

Jadi di mana nilai dakwah kalau-kalau yang menjawab itu dapat jawapan seperti di atas. Walhal, mungkin pereka kuiz tersebut berniat baik untuk menyebarkan persoalan-persoalan berkaitan al-Sunnah. Tapi kalau dijawab salah, dan akhirnya mendapat output yang sebegitu, maka orang pun akan berpaling dari untuk mengenali sesuatu yang benar dan haq.

Dan di mana beza kuiz tersebut dengan kuiz-kuiz picisan lain?

Sedangkan Salaf tidak menghukum sebegitu. Jadi di mana kedudukan kita sebagai pengikut mereka?

Yang pelik-pelik, banyak atas dunia ni....

Ada orang kata FB itu proxy Yahudi..

"Kah.. Kah.. Kah.."

Ohh.. Aku bukan ketawakan teori itu. Aku ketawakan orang yang mendakwanya.

Sebab yang kata FB itu proxy Yahudi pun asyik mengadap FB.

"Kah.. Kah.. Kah.."

Kawan aku dah jadi hensem. Aku tumpang gembira.

Sedang menunggu jemputan-jemputan (yang mungkin banyak) ke rumah terbuka di sekitar Gombak..

Jadi perlu dirangka, bagaimana hendak menghasilkan puasa Syawal sebaik mungkin dan pada masa yang sama menyelesaikan jemputan tersebut.Unknownnoreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-60810925113994378912009-09-19T19:42:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.866-08:00Eid Mubarak

Eid Mubarak buat penyinggah di Tinta Kata. Terima kasih kerana sudi melawat.

Hidupkan al-Sunnah. Hapuskan al-Bida'ah.
Kerana hidayah-Nya hanya pada orang yang menjulang agama.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-73382311871267668802009-09-18T03:18:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.879-08:00Engganعن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى. قالوا يا رسول الله ومن يأبى ؟ قال: من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى

Dari Abu Hurairah; bahawa Rasul Allah SAW bersabda: "Kesemua ummatku akan masuk ke dalam syurga, melainkan mereka yang enggan." Baginda ditanya: Siapakah yang enggan wahai Rasul Allah? Baginda menjawab; "Mereka yang mentaatiku masuk ke dalam syurga, dan mereka yang menyelisihiku, merekalah orang yang enggan."

Maka, adakah kita hendak termasuk di dalam kalangan mereka yang enggan?

Ramadhan adalah bulan hidayah, kerna padanya al-Quran diturunkan. Tanpa al-Quran yang menjadi penyuluh jalan. Mana mungkin kita hidup seperti sekarang.

Ramadhan adalah bulan kenikmatan, yang dianugerahkan oleh Tuhan. Bulan padanya keberkatan. Bulan padanya manusia diberikan ganjaran. Bulan yang mana padanya malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Bulan yang mana, mula melangkah pergi hari ini. Pada hari yang berbaki. Kita manfaatkannya agar tidak menjadi orang yang rugi. Kita gunakan setiap genap kesempatan agar mendapat ganjaran yang pasti.

Kadang-kadang bila melalui sesebuah jalan, akan kita jumpa banyak dugaan. Kehidupan adalah seumpama jalan yang penuh dugaan, yang tidak dapat kita jangkakan. Dan Ramadhan pula adalah seumpama bahagian jalan tersebut yang dipenuhi dengan nikmat dan keseronokan bagi mereka yang punya iman. Di mana dipermudahkan padanya. Dan diberikan kesenangan bagi orang yang melaluinya.

Hanya berbaki sehari lagi Ramadhan. Maka marilah kita memetik buah-buah nikmat yang memenuhi jalan. Marilah kita mencari sebanyak mungkin keadaan yang baik untuk dijadikan bekal.

Lailatul Qadr. Apakah sudah ada yang menemuinya? Apakah kita dapat mendakapnya?

Biarpun sebanyak mana manusia mengatakan mereka sudah menemui malam al-Qadr itu. Dalam sehari yang masih berbaki ini, malam yang ganjil ini. Marilah sama-sama kita mencarinya lagi. Kerana pada aku, aku tidak dapat pastikan samada aku sudah menemuinya atau belum. Namun padaku, aku akan tetap cuba menggagahkan diri mencarinya. Biar sakit, biar jerih.

Usahlah kita menjadi orang yang enggan di malam akhir ini. Usahlah. Usah...Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6549379392433658729.post-27900880837616766412009-09-15T09:45:00.000-07:002010-02-06T01:26:54.889-08:00PeringatanTelinga mendengar, mata melihat.

Gunakan deria melihat sekeliling, melihat alam indah ciptaan Tuhan.

Ramai yang mengaku Islam, tapi terlupa menghayati kebesaran nikmat Tuhan melalui ciptaannya.

Kerana manusia boleh sahaja mati esok lusa. Maka tidak salah untuk kita melihat persekitaran, dan meletakkan dalam hati, agar kita, manusia, selalu terasa bahawa kita ini kerdil dan tidak layak untuk dibandingkan dengan apa-apa nikmat yang diberikanNya.

Bubuh dalam hati rasa insaf dan taat. Agar mudah untuk kita kembali kepada Tuhan Yang Esa.

Dan gunakan kudrat dalam mengejar apa sahaja yang anda ketinggalan dalam hari-hari terakhir bersama Ramadhan.

Antara soalan yang kerap ditanyakan, sebagai peringatan, adalah adakah ini akan menjadi Ramadhan terakhir buat kita.. Adakah ia akan jadi yang paling akhir pada kita..

Namun berapa ramai terkesan..

Berapa ramai, yang menyambut Ramadhan waktu tahun yang sudah, hari ini pergi meninggalkan kita dengan jasad sudah bersemadi di dalam tanah yang Allah ciptakan?

Berapa ramai pula, yang hanya sempat melangkah sebelah kaki ke dalam Ramadhan, kemudian pergi buat selama-lamanya.

Kita sebagai manusia hanya mampu mengambil iktibar.

Kita sebagai insan, cuma mampu meneliti, dan memerhati, bahawa nyawa manusia itu adalah sesuatu yang amat.. Amat rapuh.

Dan ingatlah, bahawa sesuatu yang dimahukan oleh Allah, maka adalah mudah buatNya.

Mudah...

Agama bukan didasarkan pada logik akal. Bukan didasarkan pada fikiran manusia.

Akan tetapi, agama itu preskripsinya adalah pada al-Quran dan al-Sunnah.

Agama itu adalah ubat. Penawar buat jiwa-jiwa gila.

Kerana tanpa agama. Orang tidak mampu mengharung kehidupan dengan sempurna.

Kerana itulah Islam merakamkan kisah Musa, seorang Rasul Allah, dan kisah baginda mencari Tuhan.

Jadi jagalah agama yang ada pada diri anda. Kerana anda bertuah kerana dimahukan Allah termasuk sebagai seorang Islam.

Tukar persepsi dan cara melihat bagaimana kita sepatutnya hidup.

Kerana ramai orang bertanya bagaimana dia harus hidup. Walhal, sudah ditunjukkan oleh Tuhan satu manual terbaik akan menguruskan kehidupan.

Satu manual yang mampu menghasilkan taqwa dalam diri manusia.

اللَّهُمَّ إنِّي أَسألُكَ الهُدَى ، وَالتُّقَى ، وَالعَفَافَ ، وَالغِنَى

"Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati." (Riwayat Muslim)Unknownnoreply@blogger.com0