|

Saturday, November 21, 2009

Adab

Adab bukan bermakna bila kita ditindas. Kita tidak buat apa.

Itu bukan adab. Itu adalah kebongokan sesetengah manusia.

Bila kita membalas, kita dikatakan tidak beradab dan kurang ajar. Bila kita tidak membalas, kita dikatakan penakut.

Adab adalah interaksi dari kedua-dua belah pihak. Kalau satu pihak dikatakan tidak boleh kurang ajar. Pihak yang satu lagi juga tidak boleh jadi TERLEBIH ajar.

Jadi, keperluan untuk beradab bila berbeza pendapat. Kedua-dua pihak perlu jadi relevan.

Janganlah buat pandir dan tuduh orang tidak cerdik.

*****

Kita akan rasa tidak cerdik kalau ada orang buat perkara-perkara yang tidak relevan pada minda.

Soalan seperti, "Siapa mula dulu?" tidak perlu diajukan. Kerana itu soalan pandir.

Siapa mula dulu apa? Mula berkhilaf?

Memetik kata si Sai; Zaman sahabat pun sudah ada khilaf. Jadi siapa mula dulu?

Ulasannya. Kalau benar satu pihak yang mula dulu. Adakah pihak yang pertama itu bersalah? Ini bukan main lastik getah.

Jadi, apa barang kalau kau hendak tegakkan benang yang basah?

Jadi, beradablah!

*****

Penguatkuasa agama jadi ulul amri?

Apakah mungkin ada orang salah faham berkenaan konsep ulul amri.

Kritik ulul amri kena buat seperti apa yang Imam Ahmad buat. Beradab. Jumpa secara peribadi, pegang tangannya, dan berikan nasihat.

Jadi kenapa ada orang tidak cerdik yang kritik-kritik kerajaan di hujung Malaysia, di utara di dalam blog satira agama mereka tidak pula dilabel tidak hormat ulul amri?

Aku salah faham. Atau kau tidak faham?

*****

Baru aku tahu, di Malaysia, sudah ada pakar fiqh dan usulnya.

Rupanya ada orang sudah diberi label pakar. Maka mungkin sahaja tarafnya semacam Dr Abdul Karim Zaidan, atau Wahbah Zuhaili.

*****

Ada lawan tiada. Tiada lawan ada. Pastu, takde apa-apa. Pening-pening. Sape suruh main ilmu kalam?

Aku pernah dengar ada orang tergelincir dari aqidah hanya kerana membaca buku berkenaan ilmu kalam. Sampai menangis-nangis, melafazkan kembali syahadah. Ini kisah benar. Bukan reka-reka.

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara tersebut.

Tuesday, November 17, 2009

Susah

Aku rasa, dah banyak kali aku cakap pasal orang yang suka menyusahkan orang lain dalam blog ini.

Kerana aku rasa sifat orang yang suka menyusahkan orang adalah sangat-sangat menjengkelkan.

Aku tak suka menyusahkan orang. Sekurang-kurangnya, aku cuba untuk tidak menyusahkan orang.

Sebab itu kalau ada temujanji aku cuba bersiap awal-awal. Sebab mak aku selalu pesan. "Biar kita tunggu orang, tapi jangan biarkan orang tunggu kita."

Itu satu plot dari zaman persekolahan yang mana aku menumpang orang untuk ke sekolah. Jadi sebab tak mahu menyusahkan orang untuk tunggu aku gosok gigi, mandi dan juga buang air. Maka aku kena bersiap awal pagi. Dan tentunya, tiada subuh gajah, atau dinosour, atau apa sahaja yang berkaitan subuh yang lewat.

Dan bila aku melalui sendiri perasaan terpaksa menunggu orang berjam lamanya. Maka aku faham perasaan menunggu. Benci menunggu satu hal. Benci kepada orang yang ditunggu adalah satu perihal lain.

Jadi, mungkin orang yang suka menyusahkan orang ini ada satu penyakit. Iaitu, tak fikirkan pasal orang lain, ataupun pentingkan diri sendiri.

*****

Ada polemik dengan kawan-kawan pasal KAHWIN.

Jangan risau. Ini tidak ada kena mengena dengan perihal aku bakal bernikah tak lama lagi. Ya. Para pembaca Tinta Kata juga dijemput hadir memeriahkan walimah aku dan bakal isteri.

Boleh layari web ringkas itu di SINI.

*****

Cuba bayangkan satu buah yang mekar dan masak ranum, yang anda susah payah baja dan siram. Susah payah jaga.

Tapi bila gugur, jatuh ke ladang orang lain.

Itu cuma metafora.

Untuk orang yang faham.

*****

Adalah sangat-sangat dan amat-amat menyusahkan kalau ada orang menyuruh kita bertanyakan samada seseorang gadis itu sudah berpunya atau tak. Walhal bukan kita pun yang hendak.

Tapi disebabkan amanah, kadangkala kita terpaksa redah dan bertanya. Walaupun kebarangkalian hendak dimaki hamun atau paling tidak, dicemuh, bukanlah terkena kepada batang hidung empunya hati.

Dan buat si gadis. Usah perasan sebab bukan aku yang berkehendakkan.

*****

Ada orang terlalu sibuk menyibuk mengenai hal orang lain. Sehingga dia terlupa untuk sibuk dengan urusan sendiri.

Dia ada masalah mental.

Saturday, November 14, 2009

Terer

Kita sepatutnya tidak rasa pelik kalau orang yang tidak solat ditangkap. Atau mungkin yang tidak solat itu dibakar sahaja rumah mereka. Kerana Nabi SAW apabila bercerita mengenai orang yang tidak solat berjemaah di masjid, baginda katakan bahawa lebih suka jika dibakar rumah mereka dengan kayu api.

Oh. Tapi ada satu jenis penguatkuasa di Malaysia yang suka tangkap orang buat ceramah-ceramah agama.

Tauliah? Buat apa bercakap pasal tauliah kalau anda memang tidak mahu bagi??

*****

Orang tidak akan nampak atau jadi jahil kalau dia tidak bercakap. Walaupun pada hakikat, dia mungkin jahil murakkab.

Tapi dia akan nampak jahil dan tembelangnya akan pecah jika dia terlalu banyak bercakap benda yang dia langsung tidak tahu menahu.

Jadi kurangkan bercakap.

Dan ya, tambahkan ilmu.

*****

"Kaki kau isbal. Naikkan sedikit lagi."

"Tapi aku rasa tak. Sebab itu berada sama paras dengan buku lali."

"Aku kata isbal. Naikkan lagi."

[Tarik seluar gaya Masri]
"Nah! Puas hati???!"

Antara ciri-ciri orang yang suka mencari-cari kesalahan orang lain adalah apabila dia suka tunjuk terer dan rasa diri dia adalah terer.

Tunjuk terer dan bersikap dengan sifat berhati-hati adalah dua perkara berbeza.

Dakwah perlu ada hikmah. Perlu bijak. Bukan buat-buat bijak.

Lupa hendak cakap. Banyakkan baca pasal isbal. Dan cari maksud tidak isbal. Dan apakah jika sama paras dengan buku lali itu isbal?

Bukanlah kau dah tempah tiket ke syurga wahai kawan.

*****

Antara sifat-sifat orang yang bodoh lagi sombong adalah bila dia mula 'menyembah' manusia dan ideologi yang didokongnya.

Anda mungkin boleh mendokong dan membela ideologi. Tapi jangan menyembahnya.

Antara ciri-ciri penyembahnya adalah membelanya walaupun terang-terangan ianya salah.

Hai kawan. Kalau pasal baiah jahiliah itu sampai mahu menyerang-nyerang orang yang mengkritik. Jangan jadi tolol dan bongok!

Sebab bukan orang yang bermulut celupar. Tapi mungkin engkau jadi orang yang akan makan selipar.

*****

Anda gay. Dan anda ada darah rendah, darah tinggi, sakit otak, dan.. dann.. dan... penipu, dan gay.. Dan penipu?

Anda mungkin ada penyakit Münchausen syndrome (Sindrom Münchasen).

Penyakit orang yang gilakan perhatian.

Wednesday, November 11, 2009

Syukur

Wahai jiwa-jiwa yang menyembah Yang Maha Kuasa, sudah berapa banyakkah kau meminta kepadaNya, kemudian dikabulkan?

Dan berapa banyak pula kau bersyukur atas kurniaan itu?

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya dan dia dimuliakan oleh-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakan daku". Adapun apabila Tuhan mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah menghinakanku" [al-Fajr: 15-16]

Tanpa rahmat dan kasih tuhan, siapalah kita ini?

Barangkali jadi sampan yang hanyut di kali.

Atau mungkin najis yang lekat di kaki.

Tapi Dia dengan sifat-Nya yang Maha Adil memberikan kita kemuliaan denga memberikan kita akal. Namun sedikit sungguh kita cuba berfikir dengannya.

Amat sikit sekali kita menggunakannya.

Maka, akhirnya jadilah kita satu bangsa yang hina lagi dihinakan.

*****

Usah jadikan sifat taksub kita menjadi hijab daripada menjadi adil.

Adil dan insaf dalam menilai akan membuahkan satu paradigma baru. Maka usah terburu-buru untuk membela si polan dan si polan. Walhal mungkin sahaja dia itu berada dalam arus yang berlawanan.

Bukan mahu berbalah berdebat. Tapi jadilah adil.

*****

Penilaian yang kita buat kepada seseorang, adakalanya wajar didasarkan kepada siapa dia bersahabat. Kerana sahabat membawa impak besar dalam kehidupan.

Orang bersahabat dengan pencacai najis, mana mungkin akan bawa haruman kasturi di badannya.

Dari Abu Musa RA: dia berkata: Dari Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberi kamu atau kamu akan membeli daripadanya, atau kamu akan mendapatkan aroma harum daripadanya. Akan tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak harum. (Muslim)

Jadinya, kalau seseorang itu kita ketahui bahawa duduk dalam satu majlis, membuat aktiviti yang sama dengan orang-orang yang jahat-jahat belaka, suka membuat fitnah di sana sini. Maka, apa penilaian kita? Kita memberi nilai awal daripada apa yang tampak.

"Dia belum mengkritik kita syeikh!"

Jadi mahu tunggu dia kritik baru kita sibuk hendak menangkis?

*****

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Jadi apakah wajar untuk duduk tergila benda yang sama untuk jangka masa yang lama?