Aku cuba meletakkan diriku dalam keadaanmu/Menangisi setiap ruang waktu/Memikirkan masa depan yang baru/Apakah sempurna atau kaku?/Ini kisah sedihku/Tiada kedengaran lagi sedih dan sendu/Mata yang ada dibutakan/Telinga yang ada dipekakkan/Hati yang ada tidak mahu difahamkan/Ini bukan sekadar permainan perasaan/Atau ucapan lontaran perkataan/Apakah manusia dibutakan perasaan?/Siapa yang mendengar raungan/Rintihan dan jeritan/Siapa yang faham erti penderitaan?
Raut wajah girang kami sudah lama menghilang/Digantikan dengan suram wajah yang berbalam-balam/Kelam dan suram/Penuh duka dan hiba/Kami melangkah dan rebah/Berapa ramai yang meragut/nyawa-nyawa kami masih tabah/Tanpa kami rela/Dipaksa dengan suka ketawa mereka/Mata-mata dunia yang melihat hanya ketawa/Bersama mereka kerana takutkan apa?
Apa yang mereka takutkan ada?/Apa ada hanya tiada/Kami dibiar mati tapi kami suka/Kami cari Syurga moga kami jumpa/Kami jumpa kamu di sana/Di saat kami kesedihan tanpa belas/Kami digelar pengganas/Siapa yang ganas?/Siapa yang belas?/Siapa yang jadi anjing/Siapa pula si kucing/Siapa gila?/Siapa pembunuh utama?/Siapa siapa siapa?
Menyerang orang kata diserang/Siapa diserang kamu menyerang/Kami mati kamu masih bernyawa/ Ketawa dengan rasa gembira/Namun ingatlah bahawa ada yang Maha Kuasa/Menentukan segala-gala/Engkau siapa?/Tunggulah azab yang Maha Murka/Tunggu saja azab seksaNya/Siapa diseret ke Neraka/Aku atau engkau?/Ana atau anta?/Tunggu sahaja bangsa yang hina/Pembunuh jiwa-jiwa/Hanya akan tumbuhkan benih-benih bernyawa/Cerialah anak bangsa/Kami pastikan hari esok itu ada/Tunggu saja Bumi Palestin akan merdeka/Di saat Israel tertimpakan batu-batu sengsara/Ribut-ribut yang kuat melanda/Azab-azab maha berat bakal menimpa/Akhirnya bangsa Yahudi dina/Akan hancur jua
Ini bukan hanya permainan kata/Ini bukti aku prihatin dan tidak gembira/Menyaksilan jiwa-jiwa sengsara/ Kita tidak buta/Kita tahu mereka derita/Tapi kita leka/Kenapa kita lalai?
Ariff.A
Wednesday, January 7, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
11:01 PM
Categories:
Labels:
islah kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment