Fatimah membentak. "Saya tidak mahu berkahwin dengan dia. Dia bukan jemaah kita. Nanti kerja dakwah saya dihalang. Dia baik. Memang baik. Itu saya akui. Tapi dakwah ini lebih penting."
Ustazah Sakinah diam seribu bahasa. Payah hendak menyelesaikan ribut yang melanda jiwa Fatimah waktu ini.
"Tapi Mah. Ustazah kenal dia. Dia baik. Kenapa tidak dia Mah? Kenapa tidak? Bertaqwalah kepada Allah." Ustazah Sakinah bersuara.
"Ustazah. Beban dakwah atas pundak saya yang Allah berikan ini lebih utama saya dahulukan. Saya takut bila bernikah. Saya dihalang oleh dia. Saya tidak mahu. Dia tidak akan faham ustazah. Dakwah di atas bahu saya ini amanah dari Allah!"
Ustazah bingkas memotong, "Fatimah. Ustazah akan cuba bincang dengan yang lain. Mungkin boleh diaturkan ta'aruf dengan para ikhwah dari jemaah kita yang masih bujang."
Ustazah Sakinah cuma mampu diam. Semangat membuak-buak Fatimah dalam menebar dakwah tidak mampu dihentikan. Tapi untuk menolak seorang lelaki yang baik, hanya beralasankan takut dakwah dihalang. Ini satu kerancuan.
"Fikrah yang baik sepatutnya selari dengan suruhan Nabi. Walhal Nabi menyuruh menerima lamaran dari lelaki yang baik. Tapi Fatimah? Ah... Fatimah jelas sekali melanggar fitrah agama." Bicara Ustazah Sakinah sendiri.
Dia kebingungan. Apa patut dilakukannya?
Fatimah terlalu degil. Tersangat degil.
"Berilah hidayah kepadanya ya Allah. Berikanlah."
Ustazah Sakinah terus termenung dan terkedu. Nampak pada kelopak matanya perasaan kesal. Jerih. Bila orang dalam dakwah semakin hanyut dan meminggirkan syariat, hanya kerana berperisaikan dakwah.
--------------------
Monolog 1:
Beban dakwah yang dipikul apakah sehebat beban dakwah Nabi kita SAW?
Apa berat benar beban itu sehingga lebih hebat dari beban kepunyaan Nabi?
Nabi juga bernikah. Nabi juga bernikah. Nabi juga bernikah.
Imam Muslim yang meriwayatkan begitu. “Demi Allah! Aku lebih takut kepada Allah dan lebih bertaqwa daripada kamu. Namun aku berpuasa dan berbuka. Aku menghidupkan malam dan tidur. Aku juga berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang membenci sunnah, maka dia bukan daripada umatku.”
Apa Nabi SAW tidak berdakwah?
Binasalah orang yang berdusta. Binasalah. Binasalah.
Monolog 2:
Kenapa beralasan bahawa dakwah itu amanah yang mesti didahulukan, dan meminggirkan pernikahan?
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah; "Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?"
Jika mampu beriman dengan wahyu Allah dalam hal bersangkutan dakwah. kenapa ingkar dalam hal perkahwinan? Celakalah orang yang ingkar.
Monolog 3:
Para isteri Nabi SAW juga berdakwah. Siapa ingin menidakkan bahawa mereka penebar dakwah? Mereka berdakwah dan berkahwin. Tiada halangan dalam dakwah selepas bernikah. Cuma pada kadaran yang ditetapkan.
Kenapa mesti menolak jodoh yang baik disebabkan takut dihalang usaha dakwah? Dakwah mesti diiringi dengan ketaatan. Taatlah kepada Allah.
Taatlah. Taatlah. Taatlah.
Saturday, May 30, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:49 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Aku tak tahu kenapa aku menulis hal ini. Payah.. Payah..
askm.. arip, kamo memang minat menulis genre camnie eh? nulis novel la.. :)
wslm wrm wbt.
tidak. baru mencuba-cuba. tak minat menulis.
tapi kadangkala, kalau menulis secara langsung. orang akan kecil hati.
pendekatan cerita ringkas dan tidak berat kadangkala berkesan juga.
semacam ini: http://ashraflatif.wordpress.com
o0o.. paham den.. paham.. tq 4 da link..
sejak bila jad orang n9? berkawan dengan masri kah?
n9? masri? xdala.. mmg camnie, tibe2 je kuar loghat pelik.. kdg2 loghat utara kuar gak.. haha
Hahaha..ada juga orang lain suruh nta tulis novel, apakah anta masih tidak mengerti Arif?Jom ke bengkel PTS! :p
Kahwinkan saja si Fatimah tu dengan ana, taula ana mengajar dia erti dakwah dengan rumahtangga apa bezanya...hahahaha
arghhh... taknak ana digula-gulakan dengan propaganda PTS.
tak nak. tak nak. tak nak.
nak ke? nanti ana usahakan. apapun. ini kesah bonar.
Kalau penulis mengatakan ini kisah benar, ana orang pertama yang percaya (tulus, inshaAllah).
Alangkah baiknya kalau orang bisa mengerti mesej yang cuba diselitkan oleh penulis....alangkah bagusnya kalau kasus yang terjadi ke atas Fatimah (watak dalam cerita ringkas tadi) tidak lagi terjadi atau mungkin beransur-ansur hilang seiring dengan peningkatan kefahaman bagi mereka yang telah terjun ke medan dakwah....alangkah...alangkah...(banyak betul alangkah...huhuh).
Above all, jazakumullahu khayran katsiran untuk lontaran pandangan di blog antum....semoga sentiasa dalam peliharaan Allah. Amin
~Queenslander yang bakal pulang ke tanahair, inshaAllah~
terima kasih cik yusrina kerana sudi membaca.
selamat pulang ke malaysia juga.
Post a Comment