"Mak... Mak masak apa hari ni?"
Si ibu diam. Mengacau-ngacau kuali yang separa kosong.
"Mak... Mak...." Bibir mungil si kecil memanggil.
Si ibu diam. Masih diam. Mutiara jernih mengalir di sudut mata. Jatuh.
Dalam kuali cuma ada ikan bilis ditumis lada.
Cepat-cepat dia mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Tak mahu dilihat anak kecilnya.
"Maaaakk... Mak nangis ke? Jangan nangis. Aman sayang mak." Si kecil Aman menarik-narik baju ibunya. Dipeluknya kaki si ibu.
"Nak.... Tak. Mak tak nangis. Mata pedih. Kan mak masak ni. Sayang anak ibu." Senyum si ibu.
Remuk redam hati ibu. Senyum berbohong.
Si ibu cuma mampu menangis dalam hati sambil memandang ke luar rumah. memandang melalui lubang-lubang dinding rumah tua itu.
"Maaaak! Aman lapar.. Nak makan mak masak. Mak masak sedap!" Jerit si kecil girang.
Si ibu menangis lagi. Hati kecilnya sakit.
"Makanlah sayang. Makan." Si ibu senyum.
Senyum. Walaupun perut kosongnya juga memerlukan untuk diisi.
------------------------------
Mencintai seorang bernama ibu tidak memerlukan hari atau tarikh yang khusus. Sebagaimana kita mendambakan kasih sayangnya setiap waktu. Selayak itu juga untuk kita menyayangi mereka setiap waktu.
Kasih ibu dibawa mati. Kasih anak tidak berbahagi.
Sayangkah kita kepada ibu?
Friday, May 29, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
8:28 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment