Kadang-kadang memualkan bila fikir pasal orang yang tidak kenal erti terima kasih atau tidak mengenang budi.
Ada orang boleh melutut merayu-rayu semasa hendak meminta tolong. Tapi bila ditolong dia lari begitu saja. Kosong.
Ini belum dicampur dan dicongak, perihal ada orang yang dipijak oleh kawan sendiri. Bagai melepas anjing tersepit.
Bukanlah kita ini jenis orang yang meminta untuk dibalas pertolongan dengan harta. Cukuplah terima kasih. Islam mengajarkan budi bahasa dan kesusilaan. Budi yang dicurah, dibalas dengan doa. Bukan dibalas dengan budi.
Apa kita tidak malu? Orang yang tak ada agama pun tahu berbudi bahasa!
Saya cukup benci apabila privasi saya diganggu. Apabila orang ceroboh zon peribadi saya dengan suka-suka hati. Ini bukan masalah saya sensitif atau tidak kawan! Kerana semua orang memang tidak suka ruang privat diganggu.
Kita bukan monyet di hutan yang tidak tahu malu serta berkongsi ruang di atas pokok dan tiada privasi langsung, berbogel hanya berbajukan bulu.
Kita ini manusia berakal dan punya tatasusila.
"Alah. Kalau kau tidak bagi aku tengok, maknanya ada aib la kau simpan.."
Bukan masalah menyimpan aib atau tidak. Apa anda hendak buka dan korek aib orang?
"Apa kena mengena dengan engkau?"
Jika ada aib, maka apa yang hendak dibuktikan dengan menobros ruang peribadi tanpa izin? Ini sekadar mengundang celaka wahai kawan. Itu yang di dalam al-Quran disebut sebagai tajassus.
Entahlah. Payah juga kalau ada orang tidak faham Bahasa Melayu dan suka buat ikut suka sendiri sahaja.
3 comments:
ada orang terasakah? saya tidak letak nama siapa-siapa.
kalau rasa diri benar. jangan terasa. kan natijahnya lain.
salam..
org yg paling kurang belajar bila pinjam handphone org sibuk dok check sms org, yg suka buat ni org yg hebat jawatan, hebat pergaulan rakan-rakan.
saya pernah terkena dulu. sgt tak best, dikira mencabuli hak peribadi.
nasihatkan kawan saya dan kawan kita tu!!!
wassalam..
kan betul.. perbuatan mencabul hak peribadi semua orang tidak suka.
kalau boleh dikongsi-kongsi. baik print semua kandungan dalam handset sendiri dan tampal dekat tempat awam.
tak gitu teman-teman?
Post a Comment