Duduk berkampung di Felda Palong 7, di ceruk Gemas selama 3 hari, bukan perkara asing bagi saya. Saya pernah sampai ke situ tahun lepas. Tahun ini saya sampai lagi, setelah Masri mengadu yang dia kekurangan fasi hampir setiap kali jumpa.
Modul kem tahun ini berbeza dengan tahun yang sudah. Kalau dulu banyak berbicara pasal wuduk dan solat. Tahun ini katanya lebih kepada pembinaan shakhsiyyah.
Namun masih ada satu modul yang bercakap pasal wuduk dan solat. Tapi bila sampai ke slot ini, saya rasa kecewa. Atau lebih tepatnya sangat-sangat kecewa.
Jika satu jam setengah pada asalnya diberikan untuk menerangkan mengenai wuduk dan solat. Membetulkan kesalahan mereka buat pada dua benda itu. Saya pula habiskan hampir satu jam bercakap apa pentingnya solat.
Bukan saya seorang sempurna. Tapi apa yang hendak saya ajarkan kalau ada yang masih terpaksa berfikir lama solat apa yang 3 rakaat dan solat apa yang 4?
Apa yang hendak diajar bila ditanya solat subuh ada berapa rakaat, ada yang menjawab 4?
Saya bukan memperlekehkan adik-adik tersebut. Jauh di suduh hati saya, saya merasa kesian sungguh melihat orang yang kulitnya macam saya, bahasanya bahasa saya, namanya macam nama kawan-kawan saya, rupanya masih keliru solat zohor itu 4 atau 3 rakaat.
Macam mana saya hendak mengajar adik-adik itu untuk solat, untuk wuduk, kalau dia sendiri tak berani untuk jamin dia akan mengamalkan 2 benda itu selepas ini.
Kalau ada yang bagi teori; "Ajarlah dulu, lepas ni mereka buat lah...."
Saya cuma mampu tersenyum.
Adik-adik itu saya tanya, berapa kali kamu bersolat sehari? Ada yang jawab 3. Ada yang jawab 2. Alhamdulillah, tidak ada yang menjawab tidak langsung.
Saya tekankan kepada mereka yang solat itu satu kemestian, bukan pilihan.. Bukan pilihan! Yang mereka tidak boleh solat ikut suka. Kalau mahu buat 3, mereka buat 3. Kalau tak mahu sembahyang asar, boleh suka hati tinggal sebab hendak pergi berlatih main bola lisut.
Bukan, bukan dan bukan! Islam bukan ajar begitu rupa..
Saya selalu sebut kepada mereka;
"Jangan berani mengaku orang Islam kalau sembahyang boleh lagi ditinggal-tinggal. Kamu semua patut rasa malu kalau meninggalkan solat.."
Saya tidak boleh kata lebih dari itu. Peruntukan satu jam setengah untuk cerita bab solat sahaja memang tidak cukup. Tapi saya mahu mereka sedar bahawa solat itu kemestian.
Saya ajarkan mereka doa istiftah yang betul, yang lebih ringkas, kerana ada yang masih salah bacaan istiftahnya..
"Wa ana minal musyrikin..."
"Wa maa ana minal muslimin...."
Nak terpengsan pun ada saya dengar...
Saya cuba betulkan bacaan tasyahhud dalam masa yang singkat.
"Attahiyya tubarakatuh..."
"Salah.. Baca macam ni bla.. bla.. bla.."
"Ok bang... Attahiyya tulmarakatulillah.."
Saya hanya mampu berdoa agar Bong, Apis, Syidan, Saiful, Zam, Zaim, Paan dan lain-lain itu boleh berubah.
Cuma apa yang saya rasa boleh saya catit sebagai kenangan adalah, mereka masih lagi mampu diacu jadi manusia! Kerana mereka menangis bila bercerita pasal ibu mereka!
Monday, May 11, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
6:32 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
maaf, entry kali ini masih lagi bercerita pasa saya!
salam..
sesekali bercerita ttg diri dalam blog takde masalahnya, yg bermasalah adalah mereka yg bercerita kenapa tak mcm saya, mcm isteri saya, mcm ayah saya, mcm mak saya.
sgt2 membazir membaca posting yg begitu, uzar juga pernah tulis dlm blog dia, org kurang cerdik sering begitu, selalu menulis ttg diri.
berbanding dgn posting ini ana sgt insaf di atas kerja dakwah yg telah dilakukan setidak-tidaknya ia telah bermula dgn langkah pertama.
walaupun kita selalu di sindir, anggaplah ia kekuatan semangat kerana selalunya org yg beranggapan demikian bagi kita tak kemana.
"kita selalu kutuk org yg do something, sdgkan kita do nothing, and kita kata kita dah buat everything, but actually kita dah buat not a single thing".
anak2 muda yg mau belajar itulah harapan..itulah harta mak bapak mereka. spt buya hamka menyebut " yg ada pada kita itulah harapan....."!
kita mahu lihat anak bangsa kita terbebas dari kesengsaraan. dan kita tahu sebenarnya, agama Islam yang menyebabkan manusia jadi mulia.
Post a Comment