KAMPUNG GAJAH – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman mendedahkan ramai penerima dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gemar menghabiskan wang pinjaman itu sebagai ‘modal bercinta’.
Menurutnya, berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan sebuah institusi pengajian tinggi sebelum ini, trend bercinta sesama rakan semasa menuntut semakin menjadi-jadi dan pelajaran bukan lagi keutamaan.
“Lebih malang, wang PTPTN dijadikan ‘modal bercinta’, sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi menampung kos sara hidup semasa menuntut di universiti.
“Malah, ramai juga yang berani meminta ibu bapa masing-masing mengahwinkan mereka segera sedangkan tempoh pengajian masih panjang,” katanya.
-------------------------
Ohh.. Nampaknya berkahwin ketika masih belajar (serta menggunakan duit PTPTN) juga satu dosa sekarang ini.
Mungkin MP Pasir Salak lebih gemar kalau-kalau berita pelajar IPT terpampang di muka depan kerana ditangkap khalwat dan bersekedudukan.
Menghabiskan duit PTPTN (atau mana-mana biasiswa) kerana cinta. Ya. Itu satu kesalahan. Akan tetapi untuk berkahwin? Itu satu peringkat yang berlainan.
Mungkin manusia hari ini semakin benak dalam berfikir.
Kesian dengan generasi Islam yang semakin mundur dan hanyut dalam keduniaan. Semuanya kerana ada segelintir orang yang berfikiran jumud dan tidak bijak.
Sakit kepala. Sakit kepala. Sakit kepala dengan PHP dan joomla.
Sunday, June 14, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:35 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
modal cinta mungkin bermaksud duit top up.. tgk wayang.. dll..
p/s- ramai ke kawan arip yg kawen gune duit pt?
hahaha~ tepat2..
entahlah. tapi kalau takde orang buat. biar aku je lah buat. kahwin tu kan satu keperluan jugak. dari duduk bersidai dua orang tanpa ikatan.
kesiannn~
cik kiambang.
kesian kat sapa? diri sendiri kah?
kalo cenggitu, kompem hang dah ade calon.. konpiden sungguh!
hahaaa
ajim.
itu perkataan secara umum. kalau perkara yang dapat mencegah kemudaratan, tapi tidak ada orang yang mahu buat. apa salahnya kita merintis jalan.
p.s: budak oversea yang dah kawen sara hidup pakai apa? biasiswa jugak kan? tapi kat malaysia orang taknak praktis. dari beli handset pakai PT. baik beli orang. haha~
betul2..
kawan kpd kwn aku ade gak yg dah kwn, tapi pakai duit mak bapak la.. haha.. orait la, dari dok wat maksiat..
p/s-biasiswa dan pt menghasilkan bunyi dan kefahaman yg lain.. pt ade cam unsur2 bunga2 cinta.. tapi biasiswa cam 100% very islamik.. haha.. sebab 2 diorg segan nak gune kot.. hahaahaa..
alang-alang dah berbunga. baik belanjakan kepada jalan yang Allah redha.
aku rasa (mungkin benar, mungkin tidak) 80% orang yang mendapat PT pada tahun pertama berakhir dengan membeli handphone baru yang mahal, dan canggih.
p.s: PT atau biasiswa. dua2 tidak boleh dibelanjakan melainkan keperluan. PT sebab ada bunga. biasiswa sebab itu amanah. :p
Kalau pompuan dok beli make-up.
Ni akak aku cerita, sebab ada kawan dia bila nak buat assignment pinjam laptop akak aku, bukan tak ada duit, dapat je PT pergi beli komestik itu ini.
jadi macam masri gak senang. duit pt ke. duit gaji ke. makan. makan. makan. makan. tu yang gemok sikit sekarang ni.
sikit je pun. kan?~
Post a Comment