Ada orang bertanya. Kahwin awal. Suatu trend atau ikutan masa kini?
Kahwin merupakan suatu keperluan. Tak kira bagaimana. Cepat atau lambat, itu persoalan lain.
Kahwin awal tak kahwin awal bukan dikira dari sudut;
"Kalau dah jodoh kahwin awal lah"
Ataupun,
"Trend semasa. Dah member aku kahwin awal ramai. Aku pun nak kahwin lah."
Persepsi mengenai Qada' dan Qadar perlu diperbetulkan. Jodoh bukan datang tergolek. Tapi perlu diiringi dengan usaha.
Bukanlah kita dalam hal nikah-menikah, celik mata di pagi hari dapat alamat dari mimpi, atau tiba-tiba datang perasaan, "Aku kena kahwin hari ini", maka kita pun pergi menikah. Ataupun, "Aku rasa aku kena bercerai hari ini". maka kita pun bercerai.
Dalam hal menikah-kahwin, kalau kita berusaha mencari. Maka akan datang dan dibukakan pintu tersebut. Begitu juga cerai-berai. Persepsi manusia bila melihat orang bercerai. Akan ada cakap-cakap, "Itu dah jodoh depa.."
Padahal dalam hal ini ada pilihan untuk dibuat. Tapi manusia bilamana belum membuat pilihan, atau selepas membuat pilihan yang membawa akibat yang buruk. Mula menyalahkan takdir. "Itu dah takdir. Itu jodoh depa. Sampai takat tu ja jodoh depa. Bla bla bla.."
Dan tidak perlu sibuk-sibuk hendak mempertikaikan yang selepas berkahwin tanggungjawab besar.
"Larat ke nak pikul. Dah kahwin tanggungjawab besar. Banyak benda nak kena fikir."
Fi'il manusia memang pelik. Hidup ni pun tanggungjawab beb. Samada kau seorang atau berdua. Hidup yang kau lalui adalah tanggungjawab. Hidup adalah risiko. Berkahwin adalah risiko. Cepat ke, lambat ke. Risiko tetap sama. Kalau tak berani ambil risiko. Rosak lah hidup.
Pelik melihat orang mempertikaikan agama dan bertanya samada nikah awal itu trend semasa.
Sedangkan datang dari Nabi sendiri yang menyuruh mempercepatkan perkahwinan bagi lelaki yang sudah layak menikah. Kenapa hendak dipanjangkan persoalan ini? Samada ini trend semasa atau tidak. Saya akan kata (dan berani kata) ini trend agama. agama yang jadi trendsetter dalam hal ini.
"Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Kerana dengan berkahwin lebih dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa; kerana puasa dapat mengekang syahwatnya." [al-Bukhari]
Dan kemungkaran paling besar adalah meninggalkan sesuatu yang dianjurkan agama.
Dan Umar al-Khattab diberitakan pernah berkata kepada Abu Zawaid yang usianya sudah tua namun masih belum berkahwin untuk memberi semangat kepadanya;
"Tidak ada yang menghalangmu untuk berkahwin kecuali kelemahan atau banyak dosa."
Melihat sesuatu dari jendela agama lebih baik dari menyorot persoalan mengikut tingkap dunia.
Monday, June 15, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:40 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
As-salam.
Jangan lupe jemput ana majlis walimah enta.
Betul3x =D
mustafa, mana mungkin ana tak jemput. insya Allah akan disampaikan bila ada berita dan cerita.
usen, arghhhh!! (hahahaha)
Post a Comment