Monday, June 1, 2009


Pekerjaan paling susah mungkin adalah jadi mak cik cleaner di UIA.

Banyak benda yang perlu diuruskan.

Ada kawan berkata.

"Jadi mak cik cleaner adalah paling susah. Kesian. Bukan sahaja tahi orang yang perlu diuruskan. Tahi kucing pun sama kena dia yang uruskan."

Ceritanya begini.

1. Kucing-kucing banyak berkeliaran di tempat tinggal saya. Kadang kala terlepas masuk ke bilik. Dan yang paling terbaru, buang najis skala besar di tandas. Bukan di dalam mangkuk tandas. Tapi di tepinya. Manusia pula masalahnya buang najis tapi tidak reti jirus.

2. Pelajar warga asing di tempat duduk saya memasak. Saya tidak kisah. Saya sangat tidak kisah. Kawan-kawan saya juga begitu. Tapi apa yang jadi masalah adalah beliau menyepah-nyepahkan kulit bawang yang dikupas. Cabai-cabai kering dibuang merata-riti. Ada sisa makanan dalam sinki. Dan yang paling teruk adalah bau busuk yang menyebabkan kami warga penghuni tidak selesa. Tak reti buang sampah dengan betul. Macam kucing juga. Makan dan sepah-sepahkan sisa makanan di kawasan tong sampah.

3. Ada sisa-sisa rambut, atau bulu, atau apa-apa yang sangat menjijikkan di atas kabinet sinki tempat kami membasuh pinggan. Kami sangat tertekan. Mereka tak reti bahasa.

Ini sebenarnya masalah bila hidup berjiran, namun ada orang yang perasan dia tinggal seorang. Tak reti menghormati jiran. Tak reti menghormati ruang yang dikongsi bersama.

Sama juga dengan orang yang rosakkan water cooler. Atau paip di jamban. Atau rosakkan pintu bilik mandi. Atau pasang radio/mp3/komputer kuat-kuat. Atau.. Ah.. Banyak sangat benda.

Jadi solusinya dalam hidup dalam masyarakat berjiran. Yang bayar harga yuran asrama sama banyak dengan anda adalah untuk menghormati mereka. Orang Islam disuruh memuliakan jiran. Masakan tidak. Terlalu kerap Jibril berpesan mengenai jiran, sehingga Nabi sangka mereka itu akan jadi ahli waris. Dengar tu kawan, terlalu kerap berpesan.

Kalau tak tahu menghormati jiran. Apa beza anda dan kucing.

Jadilah orang yang prihatin dan cakna.

P.S: Dengar cerita di UiTM, tidak ada cleaner. Macam mana hidup mereka?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:29 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

ajim said...

'apa beza anda dgn kucing?'

-garangnya hang.. haha..

Ariff Arifin said...

ohh. itu sesangat lembut.

cuba kalau aku tanya. apa beza anda dengan lembu. itu baru garang. haha~

 
>