Stadium Tuanku Mizan runtuh pagi tadi.
Banyak benda yang runtuh sekarang.
Dan yang pasti selepas ini akan runtuh juga segala bajet kerajaan negeri yang lain dalam usaha membaiki semula stadium yang rosak tersebut.
Bangunan runtuh ada dua sebab (pada pandangan saya sebagai pelajar bidang berkaitan).
Pertama, struktur bangunan yang tidak elok.
Biasanya jurutera sivil akan disasar sebagai kambing hitam.
"Bakpe mung gi buat bangunang aku rutuhhhhhh?? Mung dok reti kire load ke???"
Hahaha..
Kedua, bahan yang digunakan tidak menepati piawaian.
Ini salah kontraktor yang hendak jimat bahan. Jadi ada kemungkinan mereka gunakan bahan yang berlainan dari spesifikasi jurutera. Dan mungkin QS akan turut dibalun sama sebab memberikan kelulusan.
"Bakpe? Bakpe? Kongtrakter makang rasuah ke? Mung paka barang dok molek ke?"
Atau...
"Ohhh.. Rutuh dok setarang doh! Bakpe QS gi luluh material tu?? Mung luluh U mana?"
Kah kah kah.
Yang jadi persoalan sekarang adalah, yang pertama, atau yang kedua yang bersalah sekarang ini?
Hahaha. Yang aneh adalah column stadium masih tegak berdiri.
Siapa yang salah?
Siapa?
Maaf atas repekan saya dalam bahasa jati saya.
-----------------------
Ada orang promote saya dalam blog dia. Ah..
-----------------------
Updet
Saya terlepas pandang rupanya.
Hahaha. Dalam kes ini mungkin arkitek yang akan dipersalahkan. Biasalah. Projek kerajaan. Kontraktor cuma comply dengan instruksi arkitek. Dan kalau arkitek yang meluluskan perjalanan kerja? Apa boleh buat? Dan.. Dan.. Dan.. Ah.. Anda pasti tahu siapa AR yang terlibat. Maaf Cik Kiambang. Nampaknya arkitek juga berdosa. Haha.
Tuesday, June 2, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
10:24 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
arkitek x salah! heee~
bukan tak salah, tapi malas nak sebut salah apa.
dosa (baca: kesalahan) arkitek adalah dengan buat design pelik2 tak dapat dicapai akal dan akhirnya menyusahkan enji-niar sivil nak calculate load.
pastu korang akan bergaduh dalam miting. hahaha.
Syukurlah uia tak ada sivel enjineer, kalau tak sodap berpeghang nih..hahaha
p/s: merepek di blog orang
civil engineering dekat UIA. kitoranglah yang cover. sebab basic scope civil semua diajar kat budak QS UIA. hahaha.
arkitek cuma nak menghapuskan budaya malas berfikir lebih di kalangan engineer... patutnya trima kasih la kat kami.. mcm kalau exam soklan susah.. salah cikgu ka salah budak x baca buku? lalallaa~
cik kiambang memberi alasan.
cuba melindungi profesyen yang dianuti.
hahaha..
haa.... anda gemar menuding jari.. yaa.. kalau runtuh semua mau lari.. kalau famous.. semua rebut populariti... okay.. "MUNGKINLAH" arkitek ada sedikit salah.. tp encik ariff.. saya mahu betulkan istilah.. sy tidak menganuti architecture.. tp menceburi~ '.'
Nasib baik biokemikal enjineer tak terlibat dengan bangunan, hanya bermain-main dengan haiwan, tumbuhan dan mainan-mainan mahal di makmal. =p
bukan menuding jari. buka artikel berdasarkan PWD (JKR Standard Form of Contract). Market mungkin sahaja sedang giat menyalahkan AR yang terlibat.
Baca artikel dalam PWD mengenai architect's instruction.
tak tahulah di Aussie mengguna pakai standard form of contract atau tidak.
ah. menunjuk2 dengan mainan mahal itu..
kalau pecah?
hehehe..
Bila ada something 'bad'...pasti akan ada kes menuding jari ni...itu common kot...tapi kena ada hujah/bukti sebelum nak kaitkan kesalahan itu pd sesuatu pihak....
setuju dgn Husaini...:D untung yg biomedical science student tak terlibat langsung dgn kasus stadium sultan mizan...tp alhamdulillah, sekalipun machine dlm lab terlalu mahal, blm pernah lagi dirosakkan kot...sbb kami di-train terlebih dahulu...selagi tak training...tak lulus ujian, takkan dibenarkan langsung sentuh machine....see, how strict we are.....kerabat-kerabat engineer/architect tak kena training dulu ke? (nada retoris)
My two cents~~
bila bercakap mengenai dari sudut legal. maka kita tahu bahawa bila satu pihak bersetuju untuk mengeluarkan satu arahan, atau memberikan satu kelulusan. maka dia akan bertanggungjawab penuh pada apa-apa yang mungkin berlaku hasil daripada perbuatannya itu.
terlalu sinis pertanyaan itu.
Afwan katsiran jika pertanyaan di atas dianggap terlalu sinis oleh penulis....i didn't mean it at all (sincerely, inshaAllah). Otherwise, just ignore it. Maaf atas sebarang silap faham yg mungkin timbul....SENYAP! (Mungkin itu lebih baik, Allahu a'laam) <<< untuk diri ana sendiri, tiada kaitan dgn yg lain (barangkali).
sinis. mungkin kerana terlalu yakin dengan training itu.
berapa banyak orang yang di-train buat silap.
pilot yang perlu latihan beribu-ribu jam. bila tiba waktu pesawatnya terhempas. latihan lumayan beribu jam tidak mampu menolong. yang tinggal hanyalah kematian dalam sekelip mata.
jadi samalah kita semua. cuba kalau antum orang (jangan tibai aku cceghah) buat silap di lab. maka kasusnya sama, anda yang akan didakwa bersalah.
sebabnya mudah, kerana antum orang yang dilatih dan terlatih sedang mengendalikannya. maka antum oranglah yang bersalah dan perlu bertanggung jawab.
sangat-sangat mudah.
emo! hahahaaa~
mari berlatih utk berlapang dada~ heheee
ala. cik kiambang tu lagi la emo.
pasal hello kitty pun boleh emo. (kan sinis tu)
Post a Comment