Friday, July 24, 2009


Seorang ustaz yang sangat saya hormati pernah berkata kepada saya; "Ikutlah resmi lebah. Dan janganlah ikut resmi langau."

Nasihat ringkas itu diiringi dengan satu perbualan yang boleh tahan panjang. Akan tetapi, disebabkan terlalu lemah hafalan, maka saya tidak ingat isi keseluruhannya. Hahaha. Tak boleh jadi perawi hadith nampaknya.

Tapi apa yang menarik, adalah ustaz mengaitkan beza lebah dan langau ini, seumpama pengikut sunnah dan pembuat bida'ah.

Lebah. Suka menghurung benda-benda manis. Apa yang baik, elok. Di situlah adanya lebah.

Dan begitulah sewajarnya orang-orang yang mencintai serta mengikuti sunnah. Mereka wajar untuk berada di atas jalan Allah dan Rasul-Nya. Dan sebagaimana lebah menghurung sesuatu yang manis-manis dan elok-elok; macam bunga. Begitulah umpamanya seorang pengikut sunnah 'menghurung' ilmu-ilmu Allah.

'Menghurung' di sini perlu di baca dalam konteks mencintai. Orang sunnah, wajar ada sifat suka, cinta, sayang, serta dekat pada ilmu.

Jadi sifirnya di sini adalah;

lebah=pengikut sunnah
debunga=ilmu

Dan lebih menarik. Resmi lebah, apabila ia mengambil ekstrak nektar/debunga/ikut sukalah nak panggil apa tersebut. Ianya diproses menjadi sesuatu yang lebih manis, bahkan, berguna kepada orang lain.

Dan begitu jugalah wajarnya orang Islam, bila mendapat sesuatu ilmu, memprosesnya, kemudian menyampaikannya kepada orang lain. Memberi kebaikan kepada orang lain adalah suatu yang baik. Bak kata sesetengah orang; "erti hidup pada memberi'. Cuma saya nak tambah, erti hidup juga adalah pada menerima dengan banyaknya. Lagi banyak kita menerima, bermakna telah banyak juga yang kita pelajari.

Langau pula, seumpama orang yang tak mahu faham agama. Suka menghurung benda-benda yang tidak elok, busuk, dan rosak.

Mana ada orang suka lalat langau ni? Ada ke yang suka?

Resmi langau juga adalah merosakkan sesuatu yang baik. Bayangkan, langau awalnya menghurung tahi, kemudian pergi hinggap ke ayam goreng kegemaran anda. Apa tuan puan akan rasa? Mungkin kalau orang yang jenis maki, akan maki langau tersebut sebelum membuang makanan itu. Yang perangai molek, dan baik, mungkin akan beristighfar dan buangkannya.

"Astagfirullah.... Dakpe... Kita buang..."

Namun impaknya tetap sama. Orang akan rasa jijik dengan apa-apa yang telah dihurung oleh langau.

"Ohhhh.. Kena hurung doh ayang goreng RFC niiiiing.. Dokleh makang doh. Berok cair (cirit birit) dok starang kang.."

Ini kerana, ia sinonim dengan penyakit serta kekotoran, menyebabkan orang rasa jijik dan tidak mahu dekat dengannya.

Samalah juga orang yang tidak mahu faham dalam hal agama, serta membuat benda-benda baru. Dia pergi mencari ilmu yang bertentangan dengan agama. Kemudian menyebarkan ilmu yang telah dicemari dengan najis-najis khurafat, syirik serta bida'ah kepada orang ramai.

Dan sebagaimana kita rasa geli dan jijik dengan langau. Semacam itu jugalah kita patut rasa jijik dengan orang-orang yang bawa fahaman salah ini.

Dan sebagaimana kita faham, bahawa makanan yang telah dihurung langau boleh tercemar dan bawa penyakit. Maka kita juga patut faham, mana-mana bahagian agama yang telah dicemari oleh perkara-perkara yang kotor, akan bawa penyakit.

Maka kita kena sucikan kotoran tersebut agar tidak bawa penyakit.

Adakah kita hendak termasuk dalam golongan orang yang bawa dan sebar penyakit kepada orang?

Analogi yang sangat mudah.

Sekarang pilih. Anda mahu jadi macam lebah, atau mahu jadi macam langau?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:16 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>