Saturday, August 15, 2009


Dulu, pemandangan orang kita mabuk-mabuk minum arak tersadai dan muntah-muntah di tepi jalan adalah satu taboo dalam kehidupan masyarakat kita.

Tapi hari ini tidak lagi. Sebab ianya sudah jadi halwa mata masyarakat.

Anak-anak muda mabuk sebab minum todi dan bir murah sudah jadi pemandangan biasa. Kalau bercakap pemandangan ini di bandar-bandar besar semacam Kuala Lumpur, itu adalah fenomena biasa. Tapi kalau sudah menjangkiti bandar-bandar kecil maca Kuala Terengganu, itu adalah satu kepelikan.

Balik ke kampung dan duduk bersama seorang rakan beberapa bulan yang lepas, rupanya bukan saya sahaja yang ada rasa sesak melihat perkara ini.

Beberapa perkara yang perlu kita teliti dalam menyelami keruntuhan akhlak remaja hari ini. Sebab yang nyatanya, moral decay yang berlaku hari ini, bukan saja menjangkiti anak-anak Melayu yang tinggal di bandar besar. Kalau kita bercakap pasal keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak bandar. Itu perkara semalam.

Saya pernah masuk ke felda-felda yang jaraknya dua tiga jam perjalanan dari bandar besar. Perkara yang sama juga terjadi. Dan hakikatnya benda ini lebih teruk berlaku.

Isu rempit? Ini cerita basi.

Usah kata minum todi sampai mabuk-mabuk. Mereka boleh buat lagi teruk dari itu. Ada yang buat hubungan dengan guru perempuan juga ada.

Kenapa saya bercakap mengenai perkara ini? Sebab kita sebenarnya terlalu hanyut dengan perkara-perkara lain sehingga kita lupa dengan halatuju anak bangsa sendiri. Kita terlalu asyik bercakap pasal orang mati terjun bangunan, pasal orang itu, pasal orang ini. Sehingga kita akhirnya terlupa maruah masyarakat kita, orang Melayu, dan orang Islam sudahnya ibarat baju lusuh yang tidak ada hendak orang pandang.

Akhirnya kita yang jadi pelik.

Berapa ramai yang sedar pasal benda-benda yang semacam ini? Adakah kita mengharapkan akhirnya fenomena buang anak, atau, beranak dalam jamban akhirnya jadi satu benda yang biasa sehingga polis pun tidak mahu buat apa?

Sudah sampai waktu untuk kita celik dan fikir.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:36 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

KIAMBANG said...

salam,
saya mahu pulang msia krn saya benci amat lihat senario begitu di sini.. saya rimas dgn org mabuk jalanan... tp kalau di msia pun begitu apa beza? mungkin hati lebih luka melihat, krn mereka org kita...
sungguh kecewa...
sungguh kecewa...

Ariff Arifin said...

wassalam..

silakan menyanyi (atau mungkin saja mendengar) lagu indonesia bertajuk 'hancur hatiku' yang ada ulang-ulang selama 3 minit kurang lebih.

p.s: ya. saya juga kecewa. namun apakan daya, anak bangsa saya lebih gemar jadi macam mat saleh (bukan soleh). harapnya tangan ini mampu mengubah anak bangsa.

 
>