Saturday, August 29, 2009


Sayap-sayap berterbangan....

Pergi jauh....

Bayangkan kalau iman keluar dari diri seperti burung keluar dari sarangnya?

Maka tinggal apalah kita untuk dijadikan bekal? Mungkin terkapai-kapai jadi orang yang hanyut, hanyut seperti batang kayu reput di kali.

*****

Keseronokan dunia tentu sahaja menggamit orang untuk tinggal lama di dalamnya.

Ironinya, semua orang akan pergi. Akan mati.

Jadi buat apa hendak susahkan diri mengejar apa yang memang akan habis dan padam? Yang penting adalah guna pada kadar yang perlu.

Sebaliknya cari dan peganglah yang kekal. Yang di sana adalah yang kekal.

*****

Prinsip menjadi ketua.

Bukan menuntut orang mengikut telunjuk kita dengan paksa. Tapi dengan rela dan senang hati.

*****

Bulan Ramadhan.....

Orang lebih sibuk jaga tangan dari menyentuh hidung - bimbang kalau-kalau terkorek - dari menjaga mata dan telinga dari benda-benda yang mungkar.

Maka di mana justifikasi yang betul dalam menjaga pahala puasa anda?

*****

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال لو أخطأتم حتى تبلغ السماء ثم تبتم لتاب الله عليكم

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW berkata; "Jikalau kamu melakukan kesalahan sehingga mencecah langit, kemudian kamu bertaubat, maka Allah akan memberi keampunan kepadamu."

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:14 PM
Categories: Labels:

 

2 comments:

ajim said...

trimass arip, posting ko dgn ayat2 yg sungguh berbisa sentiasa memecahkan dada aku.. sungguh terkesan..

Ariff Arifin said...

kalau ada orang mampu mendapatkan faedah dari posting itu. maka sekurangnya, ia jadi sedikit saham buat aku. :]

 
>