Bulan Ramadhan bukan bulan makan banyak. Bukan bulan menyumbat. Bukan bulan sental semua benda sampai licin dan habis. Bukan bulan makan sampai kenyang, sampai mata buntang, macam kena strok.
Tapi bulan untuk makan berpada-pada. Sebab Allah telah mengisyaratkannya dalam al-Quran.
Al-A'raf: 31
*****
Pengembaraan malam-malam, mencari yang lebih baik dari seribu bulan bakal bermula. Dan pengembaraan ini bukan dongengan.
Maka kalau malas-malas, wajar difikirkan cara untuk dirajinkan. Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua.
*****
Cerita dongeng ini baru saja berlaku...
Di sebuah kampung, keadaan sedang bergolak. Gara-gara penghulu menggoda anak gadis pinangan orang. Lebih merumitkan keadaan, bila bekas penghulu masuk campur. Maka keadaan berbelit-belit. Jadi caca merba.
Agaknya orang besar dalam kampung itu memang suka memikat anak gadis milik orang. Apa kes??
Biasalaaahhh.. Benda biasa dalam kampung kecil..
*****
Ini pula, cerita dongeng kedua yang aku dengar. Banyak sungguh dongengan akhir-akhir ini.
Kadang-kadang, kita terlalu mudah berkata akan apa yang kita sendiri tidak tahu.
Ada orang menyuruh dan berpesan-pesan untuk husnu zhonn, atau bersangka baik, sesama saudara. Katanya kalau tidak reti husnu zhonn, maka hubungan akan tercalar dan terbengkalai.
Benar. Dan tidak ada yang menafikannya.
Namun, kalau terjadi sesuatu kes, maka kita perlu selidik samada ianya benar atau tidak. Maka kita perlulah berlaku adil. Kalau boleh suruh orang bersangka baik, maka kenapa tidak boleh menyiasat? Kenapa tidak boleh bertanya dua-dua pihak.
Pelik.. Pelik..
Mungkin sebab yang menyuruh bersangka baik itu sebenarnya sedang bersangka buruk.
Adakah aku sedang bersangka buruk?
Wednesday, September 9, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:31 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ya tepat sekali..
periksa usul asal sebelum lemparkan tuduhan.
siasat dan tanya kedua-dua belah pihak sebelum announce kuat2.
sodaqta!
:salam
Arip-san, aku nak tulis macam ni dalam blog aku pun aku takut beb.
Aku tahu banyak benda yang orang lain tak tahu beb.
Aku jadi tempat orang mengadu arip-san, tu yang masalahnya.
Lagi masalah bila orang tak faham, aku tulis umum, orang pergi baca secara spesifik, lepas tu suruh aku jangan sangka buruk dengan manusia, suruh aku usul periksa.
Ya, ah beb. Aku sangka buruk, orang lain semua sangka baik beb. Diorang ingat aku dapat dari lidah orang agaknya, diorang tak tahu aku dapat 1st hand info beb. Aku tengok depan mata aku. DEPAN MATA AKU. BUKAN ORANG BAGITAHU.
Masalahnya beb bila orang heret kawan-kawan aku, ya heret kawan-kawan aku. Kalau tak puas hati dengan aku jangan heret kawan-kawan aku.
Aku tau hah aku dengan kawan-kawan aku tak thiqah, otak gila-gila. Aku ada pride beb, kawan-kawan aku ada pride. Dan aku pun tahu orang lain ada pride.
Aku menulis untuk sama-sama kita muhasabah, bukan suruh cari siapa pelakunya, sebab aku tahu kita semua manusia ada buat silap.
Tapi kalau orang dah faham aku tulis tu sebab nak menentang, sebab sangka buruk, sebab dah ada persepsi negatif, tu diorang punya hal lah beb.
Sorilah arip-san aku luah perasaan dekat blog ko. Aku nak tulis macam ni kat blog aku payah. Lain jadinya.
Aku cakap satu sahaja, kalau korang tau apa yang aku tau, [jangan sempitkan fikiran untuk dalam UIA sahaja], nescaya korang akan menyesal dengan apa yang berlaku beb.
Tak apalah arip-san. Aku dah jumpa member-member yang boleh terima aku. Aku suka hidup freelance. Mereka lagi baik dari aku, lagi banyak ilmu, lagi tinggi tarbiyyah, lagi thiqah, lagi kuat amal ibadah. Dan aku respek mereka beb. Dan aku tahu kau tahu siapa yang aku maksudkan wahai arip-san.
Dan aku selesa bersama mereka.
Oklah arip-san, aku chow beb, dalam 1-2 jam lagi aku nak bertolak balik kampung, aku belum decide apa-apa lagi, tunggu lah dalam seminggu ni. Kalau Allah bagi petunjuk aku bagitahu lah. Susah beb arip-san, aku dah ada keputusan aku sendiri, tapi aku masih berbelah bahagi, asyik fikir pasal orang lain sahaja.
10 Ramadhan terakhir aku dah istikharah beb, ada lah sedikit petunjuk, 1 demi 1 Allah nak tunjuk, cuma aku masih belum clear, petunjuk pun masi 50-50.
Hah arip-san kau faham ke aku cerita apa ni? Aku rasa kau faham kot. Tunggu jelah keputusan aku buat nanti.
Okey hah arip-san, gua chow dulu, chaloz.
Wassalam.
panjang woo.. luahan perasaan ni sama panjang ngan size artikel kat blog aku. kah kah kah~
aku tau ko takleh tulis. sebab tu aku tulis. bukan ada orang baca pun blog aku. kalu ada orang baca, dia nak marah? marah la kalau berani.
hehe~
tu kawan-kawan yang ko selesa bersama tu aku la kan?
kah kah kah~
takpe la masri buat keputusan terbaik. apa-apahal aku sokong.
Post a Comment