Friday, September 25, 2009


Dalam Facebook ada bermacam-macam jenis kuiz. Teramat banyak, sehingga mungkin, ada orang boleh muntah kerana menjawab kuiz-kuiz tersebut. Muntah kerana terlalu banyak yang perlu dijawab dan diselesaikan. Atau muntah kerana geli dengan bentuk-bentuk soalannya.

Terlalu banyak, dan bermacam jenis. Daripada kuiz mengenai fantasi seks seseorang, sehinggalah kuiz berkenaan aqidah.

"Kah.. Kah.. Kah.."

Tak sangka kuiz pasal aqidah pun boleh ada dalam FB. Dan lebih melucukan lagi, bagaimana benda semacam ini boleh terjadi. Dan lebih lucu lagi, orang yang mencipta kuiz tersebut seolah-olah faham (dan sangat alim) mengenai siapa Ahlu al-Sunnah, dan siapa yang tidak.

Dan lebih melucukan lagi, apabila dijawab salah, maka keluarlah jawapan; ANDA JAHIL TENTANG SUNNAH bla.. bla.. bla.. bukakan minda anda.. nanti anda terikut ajaran sesat.. bla.. dengan buka web berikut..bla.. bla..!

Wah! Ini sangat mengejutkan. Kalau jawab salah, maka orang itu jahil lah? Apa yang buat kuiz itu rasa diri sudah terlalu pandai dan boleh beza siapa yang jahil, siapa yang tidak.

Apa yang menghairankan, soalan yang ditanya tiada kaitan sangat dengan persoalan aqidah dan sebagainya. Sebaliknya hanya persoalan fiqh dan soalan enteng-enteng yang belum tentu cukup kuat untuk dijadikan asas untuk menentukan samada orang itu Ahlu al-Sunnah atau tidak, terer pasal Sunnah, mahupun jahil murokkab.

Oh. Aku sudah jawab kuiz tersebut. Dan sebab jawapan aku banyak salah, maka aku dapat jawapan yang semacam di atas. Katanya aku jahil.

Jadi di mana nilai dakwah kalau-kalau yang menjawab itu dapat jawapan seperti di atas. Walhal, mungkin pereka kuiz tersebut berniat baik untuk menyebarkan persoalan-persoalan berkaitan al-Sunnah. Tapi kalau dijawab salah, dan akhirnya mendapat output yang sebegitu, maka orang pun akan berpaling dari untuk mengenali sesuatu yang benar dan haq.

Dan di mana beza kuiz tersebut dengan kuiz-kuiz picisan lain?

Sedangkan Salaf tidak menghukum sebegitu. Jadi di mana kedudukan kita sebagai pengikut mereka?

Yang pelik-pelik, banyak atas dunia ni....

*****

Ada orang kata FB itu proxy Yahudi..

"Kah.. Kah.. Kah.."

Ohh.. Aku bukan ketawakan teori itu. Aku ketawakan orang yang mendakwanya.

Sebab yang kata FB itu proxy Yahudi pun asyik mengadap FB.

"Kah.. Kah.. Kah.."

*****

Kawan aku dah jadi hensem. Aku tumpang gembira.

*****

Sedang menunggu jemputan-jemputan (yang mungkin banyak) ke rumah terbuka di sekitar Gombak..

Jadi perlu dirangka, bagaimana hendak menghasilkan puasa Syawal sebaik mungkin dan pada masa yang sama menyelesaikan jemputan tersebut.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:10 AM
Categories: Labels:

 

6 comments:

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

:salam

Aku dah hensem ke Arip-san

Ariff Arifin said...

hensem tuuu. pakai snow-cap.. haha~

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Hahah, aku pakai snow cap ko kata hensem. Kahkaha

Arip-san kalau bercakap 100, 99.99999 tidak boleh dipercayai, apatah lagi bila dia memuji :)

Haha ni snow cap aku zaman sekolah dulu beb. Pergi akaun pakai snow cap ni, waktu tu ku pakai seluar yang kangkang dia labuh ke bawah sikit dan kaki bawah dia kecik beb, entah apa nama seluar tu aku dah tak ingat hah.

Mak aku keluarkan snow cap ni waktu raya, dah lama aku tak ketemu snow cap ni rasa rindu pula. Kalau aku pakai snow cap ni kat UIA apa pandangan arip-san yang bijak sana dan sini?

Ariff Arifin said...

amboi. bukan main kata aku tak leh dipercayai. puji betul-betul ni beb.

nampak ganass kot pakai snow-cap. haha~

pakai la. aku pun ada. tapi mana ntah aku letak. dah sedekah kat member aku kot. haha~

Sakinah Saptu said...

=) kelakar ah

Ariff Arifin said...

kitorang memang suka buat lawak. hihi~

 
>