Tuesday, November 17, 2009


Aku rasa, dah banyak kali aku cakap pasal orang yang suka menyusahkan orang lain dalam blog ini.

Kerana aku rasa sifat orang yang suka menyusahkan orang adalah sangat-sangat menjengkelkan.

Aku tak suka menyusahkan orang. Sekurang-kurangnya, aku cuba untuk tidak menyusahkan orang.

Sebab itu kalau ada temujanji aku cuba bersiap awal-awal. Sebab mak aku selalu pesan. "Biar kita tunggu orang, tapi jangan biarkan orang tunggu kita."

Itu satu plot dari zaman persekolahan yang mana aku menumpang orang untuk ke sekolah. Jadi sebab tak mahu menyusahkan orang untuk tunggu aku gosok gigi, mandi dan juga buang air. Maka aku kena bersiap awal pagi. Dan tentunya, tiada subuh gajah, atau dinosour, atau apa sahaja yang berkaitan subuh yang lewat.

Dan bila aku melalui sendiri perasaan terpaksa menunggu orang berjam lamanya. Maka aku faham perasaan menunggu. Benci menunggu satu hal. Benci kepada orang yang ditunggu adalah satu perihal lain.

Jadi, mungkin orang yang suka menyusahkan orang ini ada satu penyakit. Iaitu, tak fikirkan pasal orang lain, ataupun pentingkan diri sendiri.

*****

Ada polemik dengan kawan-kawan pasal KAHWIN.

Jangan risau. Ini tidak ada kena mengena dengan perihal aku bakal bernikah tak lama lagi. Ya. Para pembaca Tinta Kata juga dijemput hadir memeriahkan walimah aku dan bakal isteri.

Boleh layari web ringkas itu di SINI.

*****

Cuba bayangkan satu buah yang mekar dan masak ranum, yang anda susah payah baja dan siram. Susah payah jaga.

Tapi bila gugur, jatuh ke ladang orang lain.

Itu cuma metafora.

Untuk orang yang faham.

*****

Adalah sangat-sangat dan amat-amat menyusahkan kalau ada orang menyuruh kita bertanyakan samada seseorang gadis itu sudah berpunya atau tak. Walhal bukan kita pun yang hendak.

Tapi disebabkan amanah, kadangkala kita terpaksa redah dan bertanya. Walaupun kebarangkalian hendak dimaki hamun atau paling tidak, dicemuh, bukanlah terkena kepada batang hidung empunya hati.

Dan buat si gadis. Usah perasan sebab bukan aku yang berkehendakkan.

*****

Ada orang terlalu sibuk menyibuk mengenai hal orang lain. Sehingga dia terlupa untuk sibuk dengan urusan sendiri.

Dia ada masalah mental.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:27 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

ajim said...

susahnya nak senangkan org lain..
tapi tak susah nak susahkan org lain..

 
>