Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya al-Fawaaid ada menyebut mengenai 4 perkara mengenai kekayaan dan harta yang diperoleh.
1) Harta yang diperoleh dengan mentaati Allah dan dibelanjakan di jalan Allah, maka itulah yang terbaik.
2) Harta yang diperoleh dengan menderhakai Allah dan dibelanjakan di jalan yang menyelisihi Allah, maka itulah yang paling buruk.
3) Harta yang diperoleh dengan mencederakan Muslim yang lain. dan dibelanjakan dengan mencederakan orang Muslim, maka itu juga paling buruk.
4) Harta yang diperoleh dengan cara yang wajar, dan dibelanjakan pada perkara yang halal, maka ia bukanlah untuknya mahupun menyelisihinya.
Jadi, berebutlah mengejar harta yang akan diperoleh KERANA Allah. Dan usahlah lokek untuk membelanjakannya ke jalan Allah.
*****
Mungkin kita akan alami sesuatu yang sukar dalam hidup kita. Mungkin sahaja kita diuji dengan pelbagai perkara, dari pelbagai sudut.
Namun satu benda yang harus kita pegang dan tampan di dalam jiwa kita. Untuk SABAR dan menyerahkan segala urusan kepada Allah Azza wa Jalla.
Setiap kebaikan yang datang. Hendaklah kita letakkan rasa syukur.
Dan bagi setiap keburukan yang menimpa. Mestilah kita hadapkan rasa sabar.
*****
Banyak perkara, banyak benda yang kita kejari dalam kehidupan di dunia ini.
Namun bukan untuk semua perkara tersebut akan kita dapati.
Barangkali, untuk perkara yang kita tidak perolehi, kita akan rasa kecewa, sedih dan berbagai-bagai rasa yang datang menikam.
Tapi ingat pesan ini; "Berpuas hati dengan apa yang kita ada. Dan untuk apa yang kita tidak peroleh. Cuba dan usaha untuk mendapatkannya."
Masih, kuncinya adalah sabar.
*****
رب إني لما أنزلت إلي من خير فقير
Sunday, January 17, 2010
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
5:03 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment