Friday, January 15, 2010


Kata orang. Pengalaman banyak mematangkan manusia.

Kerana itu lah kita ada menyimpan rasa hormat kepada orang yang lebih tua umurnya. Bukan sahaja kerana jumlah nombor yang lebih besar. Tapi juga kerana pengalaman yang dikutipnya.

Namun apa yang mungkin menyesakkan dada kita adalah orang yang dari hari ke hari umurnya semakin bertambah, tapi perangainya tidak pula bertambah menjadi matang.

Mungkin kerana terlalu asyik dengan kerjaya mereka sebagai 'kanak-kanak', menyebabkan mereka lupa untuk jadi matang.

Matang dalam berfikir, dan matang dalam membuat tindakan.

Mereka mungkin sekadar dewasa pada fizikal. Tapi pada hakikat akal, masih lagi kurang matang.

"Harapkan janggut saja panjang. Tapi akai pendek."

*****

Menghormati manusia yang lebih dewasa adalah fitrah bagi manusia.

Hormat mereka kerana pengalaman dan umur mereka.

Ataupun sekadar hormat kerana mereka adalah lebih dewasa.

Sebab itu, bila kita menghadap orang yang lebih dewasa. Kita jadi lebih beradab cara, bertapis bahasa.

Dan, kerana itu juga lah, kita tidak sewenang-wenang berkata sesuatu tanpa budi bahasa.

*****

Kawan boleh tikam kawan.

Kawan boleh makan kawan.

Kawan boleh buat segala-gala bertiketkan 'kawan'.

Maka itu bukan kawan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 11:46 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

ukur kira said...

salam.Entry ni x berkait pada siapa2, sama ada yg masih hidup or mati ek?

Sepertinya ana berada dlm situasi yg sama..

 
>