Buat teman, sahabat, saudara.. Abu Hasif..
Jika semalam kita gah dengan kegembiraan. Mana mustahil untuk kita menangis hari ini. jika semalam kita disogokkan dengan senyuman yang ceria, tidak mustahil pada esok hari kita dirundung malang kesedihan. Hidup punya cabaran dan dugaan. Tidak selamanya kita suka, adakala, memang pasti akan duka.Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? (Al-Ankabuut: 2)
Tidak ada beda kita dengan orang lain, melainkan bilamana kita ditimpakan dengan satu-satu ujian. Yang menyebabkan kita sedar bahawa kita ini bukan siapa-siapa. Dan hanya Allah lah tempat kita mengembalikan segala pengaduan dan perihal kesusahan.
Mungkin kita terleka atau alpa. Tapi akhirnya, kita sedar bahawa Allah jualah tempat kita melampiaskan rasa duka dan resah.Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya, demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau dalam apa yang mereka lakukan. (Yunus: 12)
Tidak kira berapa hebat kita cuba menyembunyikan kesedihan, duka di dalam hati, pasti Allah mengetahui. Dia lah yang mengetahui apa yang wujud di dalam dada-dada manusia. Saudaraku, khabarkanlah kesusahan itu kepada Allah. Nescaya Dia akan memberikan bantuan, kerana sesungguhnya dia tempat kembalinya segala pengaduan. Dan bertawakkallah kepadaNya. Hanya Dia sahaja yang mampu memberikan bantuan.
Usah bersedih wahai sahabat, sesungguhnya kesedihan tidak akan membawa apa-apa. Mintalah kepada Allah. Nescaya hatimu jadi tenang, dan cukuplah Dia bagimu.Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menetapkan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaaq: 3)
Sematkan azam, aku doakan kebaikan buatmu. Moga terus bangkit dari kepayahan.
Tuesday, December 2, 2008
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:44 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Terima kasih atas nasihat di atas, ana terharu membacanya..walaupun persahabtan kita sering di alam maya, namun ana dapat rasakan keikhlasan anta. jazakallah atas segala bantuan anta selama ini. Kepada Allah sahajalah ana pohon dibalas jasa anta.amin.
Post a Comment