Saturday, December 20, 2008


Masih lagi keletihan sebaik sahaja tiba di Greenwood subuh tadi. Alhamdulillah, ada kawan yang sangat berjasa sudi mengambil dan menumpangkan tempat untuk berehat. Kira-kiranya, petang ini akan kembali semula ke UIAM setelah sebulan ditinggalkan.

Perasaan cuti masih berbekas di minda. Jadi tidak mustahil bahawa momentum untuk memulakan semester baru ini agak lambat dan lembap.

Melihat semula agenda yang menanti selepas ini, ada beberapa perkara yang menunggu untuk diselesaikan. Namun, apa yang paling dinantikan adalah Konvensyen Sunnah kali ke-4 yang dianjurkan oleh Institut Ibn Hajar (IBH) di UniKL kampus Melaka.

Sedang mencari medium untuk melakukan kick-start.

Buat sahabat yang sedang mengalami kesukaran, dalam dakwah, dalam kehidupan. Semoga terus tersenyum. Andaikata kita rebah, bukan bermakna kita tewas. Jika kita jatuh, bukan bermakna kita lumpuh. Namun jika kita putus harap, ketahuilah bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri dan kehidupan.

Dedikasi khas, buat teman dan rakan.


Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:51 PM
Categories: Labels: ,

 

0 comments:

 
>