People tend to go down instead of going or climbing up. Maybe because going down, or falling down is so much easier compared to climb upstairs. Yes, logically (I don’t say scientifically) that human tends to feel exhausted while they are climbing the stairs, but not during they went down the stairs. Logically (and honestly), have you ever felt exhausted going down the stairs? Not as much as climbing it up right? للنار دركات كما أن للجنة درجات For the Hellfire is darakaat (descending level) as for the the Heaven darajaat (ascending level)
And people, Muslim especially, tend to choose to go downward (or backward) rather than upward. They expressed the downwardness feeling in their life, their career, study, this and that. And most of the part in their life, they are trying to carry themselves downward.
Why?
Like I said, it is far easier. A human with a sound mind – of course – will not choose for something that is hard or burdened them. Absolutely no.
But are we Muslims will always want to go downward? Just because we think that it is easier?
Going down is not all the time comfy and great. Since if you choose to always go down. You might end up going down all of your life. This life and hereafter.
And yes, since most of the Muslims felt that going down is far easier. They’ve chosen to commit sin(s). Choosing Hellfire – for them – is easier, since the Hellfire didn’t required them to climb up as the Heaven. All they need to do just go down, and down, and down until they reach the darkest bottom. It is easier. Don’t you think? Committing sin(s) is easier. Don't you think?
Yes indeed. For those who didn't have Faith in Allah, will definitely say that committing sin is easier than to avoid it.
The level of Hellfire is determined by the descending behavior, unlike the Heaven which is in ascending.
Now, still think that going down is easy and comfy?
Wednesday, February 11, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
8:34 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata,
motivasi
0
comments
Friday, February 6, 2009
Sekerat jalan bersama Syeikh Fauzy al-Audah di ADM LT2 malam semalam mengajar banyak benda. Memukul-mukul hati untuk berbicara. Betapa dakwah itu mekar dengan akhlak yang baik. Juga betapa penting dan hebatnya cengkaman akhlak dalam dakwah.
Tajuk yang berat disulami dengan gelak ketawa dan intonasi suara yang bersemangat dari Syeikh sedikit pun tidak menyebabkan mata jadi mengantuk. Bahkan jadi lebih bersemangat mendengar pengalaman first-hand dari pendakwah hebat ini dan terus melekat di tempat duduk walau perjalan pulang ke Terengganu pada jam 11. Semoga Allah memberkahi usaha dakwah Syeikh.
Bertemu mata dengan al-Fadhil Syeikh, begitu menggembirakan hati. Wajah tenang dan senyuman pendakwah hebat ini menyebabkan ketenangan. Budi pekertinya benar-benar mencerminkan usahanya yang berterusan. Semoga Allah memberkati dan menambahkan kebaikan dalam diri Syeikh.
Sesungguhnya termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih di antara engkau semua adalah orang yang terbaik budi pekertinya." [Muttafaqun ‘Alaihi]
Tersentuh pemikiran apabila al-Fadhil Syeikh menceritakan pengalamannya bermusafir dari Negara Jerman ke Michigan, Amerika Syarikat selepas peristiwa 9/11. Mengenai stigma masyarakat AS ketika itu melihat beliau sebagai Muslim. Bagaimana sepasang penumpang di sebelah beliau bercakap dengan nada menghina dan menganggap beliau sebagai pengganas. Syeikh berkata, “I just smile like an idiot and sit there pretending that I didn’t understand English. Until the flight attendant came asking if I need anything. I said; one American coffee no sugar please.” Beliau menceritakan bahawa penumpang tersebut meminta maaf atas kata-kata kasar mereka. Syeikh menyoal, apa yang menyebabkan mereka begitu fobia dengan Islam. Soalan mereka banyak berkaitan dengan keganasan. Namun siapa sangka di hujung perbualan, mereka jadi orang yang melindungi al-Fadhil Syeikh ketika solat di laluan kapal terbang. Dan siapa sangka juga, sebaik turun dari pesawat, mereka menjemput Syeikh untuk hadir ke rumah mereka. Siapa sangka?
Dalam kata-katanya, Syeikh menegaskan, pati yang paing utama dalam dakwah adalah senyuman. Bukan wang dan sebagainya. Jika duit menjadi asas utama melakukan dakwah, maka bila kehabisan duit maka terhentilah usaha dakwah. Senyuman bukanlah suatu yang memerlukan modal. Sewajarnya nasihat Syeikh dipandang berat, jika perkara material dijadikan lapik bagi dakwah. Maka tentu sekali dakwah tidak mampu berpanjangan.
Sebelum itu Syeikh memulakan kata-katanya dengan sepotong ayat dari al-Quran; “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik..” sambil tangan beliau menunjukkan kepada perkataan akhlak. Bahawa akhlak Rasululullah itu menjadi ikutan kita. Masih teringat-ingat beliau berkata, “Tomorrow, you are a da’ie. And I’m here sharing with you.” Membaca kata-kata Syeikh, tiba-tiba fikiran dipandu dengan satu semangat baru. Bahawa dakwah itu satu tugas dan tuntutan, bukan hiasan.
Bercerita mengenai pengalamannya bertemu dengan seorang Kristian dari Lubnan semasa beliau berada di Riyadh. Mereka berbual dan berdakwah. Sang Kristian punya masa 2 jam untuk mendakwahkan mengenai agamanya kepada al-Fadhil Syeikh, manakala beliau cuma 5 minit di hujung perbualan. Sang Kristian memanfaatkan masanya selama 2 jam dengan mempertikaikan mengenai ajaran Islam. Di waktu 5 minit yang terakhir, Syeikh bertanya kepada Sang Kristian. “Did you know where all the infants’ soul that died before they’ve been baptized go?” Sang Kristian menjawab tidak tahu. Seyikh menyambung, “I know. The Catholic Church in England issued that all of the soul will go to Limbo. A place that even God don’t know where it is. Are you saying that the Creator of all didn’t know about this place?” Sang Kristian terus membuka laman carian dan mencari mengenai Limbo. Siapa sangka selepas itu, Sang Kristian mengucapkan dua kalimah syahadah?
Syeikh berkata bahawa, usah hiraukan siapa mereka. Tapi cari satu titik dalam diri mereka.
Saya jadi tersentak seketika.
Sepanjang beberapa tahun duduk; samada di alam siber atau realiti. Sudah berapa kerat orang yang ditemui. Ada yang akhlaknya baik. Ada yang tidak.
Mengejar akhlak dalam berdakwah bukan suatu yang mudah. Ramai yang tewas apabila datang dalam hal berakhlak. Ramai yang mengakui beraqidahkan dengan aqidah Rasulullah dan para Sahabat. Tapi tiada berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Kerancuan adakalanya kerana terlebih lajak dari laju. Ada yang cuma ada not seringgit tapi dianggap seolah ada seribu. Ilmu sekelumit tapi cakap bertalu-talu. Tapi tiada apa untuk melapik cakap. Akhirnya cuma melaungkan perkara retorik.
Adakala mungkin kerana terlajak dalam marah. Marah yang mana jadi api yang makan diri sendiri. Berapa ramai orang yang punya ilmu, tapi sebaik marah, ilmu seolah hilang, tiada nampak apa lagi. Akibatnya orang hilang rasa hormat dan kata dia tiada akhlak.
Bercakap bukan untuk mengata.
Saya juga begitu. Adakalanya tidak salah mencermin ke muka sendiri apabila berkata sesuatu. Jika dikata bercakap kearah cermin, maka itu adalah lebih baik daripada tersilap kata kepada orang lain. Kepada mad’u khususnya.
Ramai orang bertanya. Kenapa ramai orang yang hebat dalam aqidah tiada mencirikan akhlak yang baik? Mungkin kerana mereka terlalu fokus dalam berdakwah kepada aqidah yang benar, maka tentu sekali mereka tidak akan melakukan penyimpangan dalam aqidah. Tentu sekali juga mereka telah meneliti segala-gala berkenaan aqidah agar tidak tersilap.
Maka akhlak?
Jadi mungkin selepas ini, kita bukan sahaja perlu berdakwah kepada aqidah. Tapi juga dalam akhlak!
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
11:12 PM
Categories:
Labels:
islah kata,
motivasi
0
comments
Saturday, December 20, 2008
Masih lagi keletihan sebaik sahaja tiba di Greenwood subuh tadi. Alhamdulillah, ada kawan yang sangat berjasa sudi mengambil dan menumpangkan tempat untuk berehat. Kira-kiranya, petang ini akan kembali semula ke UIAM setelah sebulan ditinggalkan.
Perasaan cuti masih berbekas di minda. Jadi tidak mustahil bahawa momentum untuk memulakan semester baru ini agak lambat dan lembap.
Melihat semula agenda yang menanti selepas ini, ada beberapa perkara yang menunggu untuk diselesaikan. Namun, apa yang paling dinantikan adalah Konvensyen Sunnah kali ke-4 yang dianjurkan oleh Institut Ibn Hajar (IBH) di UniKL kampus Melaka.
Sedang mencari medium untuk melakukan kick-start.
Buat sahabat yang sedang mengalami kesukaran, dalam dakwah, dalam kehidupan. Semoga terus tersenyum. Andaikata kita rebah, bukan bermakna kita tewas. Jika kita jatuh, bukan bermakna kita lumpuh. Namun jika kita putus harap, ketahuilah bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri dan kehidupan.
Dedikasi khas, buat teman dan rakan.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
7:51 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata,
motivasi
0
comments
Wednesday, December 17, 2008
Updated: 181208, 1240PM
Tamat sudah Daurah Musim Cuti 5 (DMC V). Banyak perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang program berlangsung. Perkongsian fikrah yang kadangkala sukar untuk diperoleh di tempat atau waktu yang lain. Suasananya berbeza.
Tidak sukar untuk membayangkan bagaimana orang yang berkongsi payung fikrah yang sama dapat duduk berbicang bersama. Namun, apa yang membuatkan jiwa tersentuh adalah kesungguhan untuk datang ke ceruk Melaka dari segenap pelusuk tempat. Ilmu merupakan sebab kaki dijejakkan di bumi Brisu, dan kerana ilmu juga yang memacu niat yang akhirnya memandu perjalanan untuk tiba ke Madrasah Darul Hadis itu.
Sebagaimana kata yang benar lagi dibenarkan, Rasulullah SAW bahawa; "Barangsiapa yang dimahukan padanya kebaikan oleh Allah, maka akan diberikan padanya kefahaman dalam agama." [Muslim]
Perjalanan kali ini, walau singkat, tapi banyak mengajar. Mengajar untuk bersabar. Mengajar untuk senantiasa waras dan tenang. Buat sahabat yang hadir, moga fikrah terus kekal dan teguh.
Moga perjuangan Sunnah akan terus malar di bumi Hang Tuah.
Kekal menyalalah lantera dengan wajah-wajah yang gigih.









Tinta Kata juga mencadangkan bacaan:
DMC 5 Dari Lensa Ibn Yusof
[SELESAI] Daurah Musim Cuti Ke 5
Daurah Musim Cuti 5
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
1:15 AM
Categories:
Labels:
motivasi,
perjalanan
0
comments
Monday, November 24, 2008
Dua hari ‘bersekolah semula’ di Wangsa Maju. Saya dapati ada satu pelajaran penting, bahawa, apa yang pada zahirnya bersih itu, tidak semestinya bersih juga pada isinya. Apa yang nampak berdebu pada luarannya. Tidak semestinya kotor di dalamnya. Benar, bahawa pengalaman mengajar kita.
Dua hari menjadi fasilitator untuk satu program motivasi di sebuah sekolah, saya mendapati, tidak semestinya apa yang kita jangka dari awal apabila melihat atau mendengar akan sesuatu, tidak semestinya tepat. Telahan mungkin meleset.
Pada hari pertama, saya dan rakan-rakan ‘disajikan’ dengan adik-adik dari tingkatan dua, 5 kelas yang pertama. Apa yang saya jangka pada awalnya – bahawa mereka akan memberikan tumpuan 100%, serta aktif dan cepat faham – rupanya sedikit meleset. Walaupun begitu, saya ucapkan syabas kepada mereka kerana berjaya menemui objektif pada penghujung program. Mereka berjaya memahami apa yang diajar dan berjaya mengaplikasikannya.
Suasana pasif hari itu buatkan saya sedikit bimbang. Apatah lagi, dimomokkan oleh guru di sekolah tersebut bahawa esok ada cabaran yang lebih berat menanti. Pelajar-pelajar dari kelas terkebelakang. Rasa risau itu ditenangkan oleh abang Razak. Katanya, agar membuang perasaan negatif, dan letakkan bahawa mereka yang kita bakal temui esok adalah yang terbaik. Cerita yang dibawa, sekurang-kurangnya buat saya bersedia.
Benar kata abang Razak, mereka adalah yang terbaik. Penerimaan serta respon yang diberi lebih memberangsangkan dari rakan-rakan mereka pada hari pertama. Alhamdulillah, mereka tidak senakal yang dijangka. Bahkan, saya berani katakan mereka tidak nakal. Mungkin mereka mahukan perhatian. Tapi tidak nakal. Tidak hanya diam dan lebih suka bertanya. Banyak bertanya. Sungguh, mereka lebih mudah didekati berbanding rakan-rakan mereka pada hari sebelumnya.“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (2:216)
Mereka 180 darjah berbeza dari apa yang saya jangka. Hidup memang tidak seperti yang dijangka. Hanya apa yang Allah taqdirkan, maka itu adalah ketentuan buat kita.“Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) Dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat Yang mengajaknya ke jalan Yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".” (6:71)
Benar sekali bahawa Allah lah yang memberikan manfaat dan yang memberikan mudharat. Jika sudah tertulis untuk kita, maka kita akan mendapatnya.
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
4:48 AM
Categories:
Labels:
motivasi,
perjalanan
0
comments