Sunday, March 8, 2009


رأس الأمر الإسلام وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد

Kepala (penyelesai) urusan adalah Islam, tiangnya solat, dan puncaknya jihad.


Hadith di atas adalah riwayat al-Imam Ahmad dalam Musnad, al-Imam al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah menyatakannya sahih.

Persoalannya, kenapa kita mencari yang lain? Dalam menghadapi krisis – tidak kira apa jenis – pada hari ini, kita kerap menyibukkan diri dengan mencari penyelesaian. Ramai memerah otak dan keringat dalam mencari satu jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Krisis-krisis yang beredar di sekitar kehidupan – ekonomi, politik, dan sebagainya - kadang-kadang menyeret manusia untuk berhempas pulas mencari penyelesaian. Namun ramai dari kita berkiblatkan penyelesaian dari barat, mencari titik-titik solusi dari sumber yang tidak jelas. Sedangkan bagi seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Maka tiadalah kesukaran baginya untuk menyelesaikan masalah yang mendatang.

Tidaklah al-Quran dan al-Sunnah itu datang tanpa ianya telahpun sempurna. Disempurnakan oleh Allah Azza wa Jalla sendiri. Dengan cuan yang sempurna dan begitu lengkap, sebagai panduan kepada orang Islam.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (al-Maa'idah: 3)

Tidak cukupkah lagi nikmat yang Allah berikan? Tidak lengkapkah agama yang kita anuti sehingga kita terpaksa mencari-cari yang lain dari Islam?

Kembali sahaja kepada Islam. Kerana Islam itu adalah formula kepada segala penyelesaian. Mana mungkin agama yang telah diakui oleh Allah Ta'ala itu ada kerancuan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:30 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>