Monday, April 13, 2009


Letih mata menatap warna merah jambu hari ini. Maksud saya National Land Code 1965 yang mana kedudukan-kedudukan seksyennya perlu saya hafal kesemuanya menjelang hari esok.

Sebut mengenai warna pink. Ada pula terjumpa perbahasan mengenai warna layout blog. Warna pink mengganggu lah dan sebagainya.

Barangkali mungkin yang memberi komen bermaksud sekian;

"Tukar! Orang lelaki tengok bahaya.... Nafsu orang lelaki tak boleh diduga.... Sebab dakwah jadi kita mesti kena jaga.... Ustazah yang pakai warna pink semuanya membawa bahana...."

Yang tak bersetuju pula dengan lemah lembutnya kata;

"Kalau nak jaga iman, tundukkanlah pandangan..."

Saya tersepit antara lawak jenaka dan benda serius. Alahai. Warna blog, apalah sangat mahu dikomentar. Tidak pula saya tahu blog itu dipakai di badan. Jangan beranggapan saya tidak sensitif! Apakata fokus sahaja benda pink yang dipakai oleh tuan punya badan (saya ulang: YANG DIPAKAI). Tegur sahaja. Itu kiranya lebih marabahaya.

Aiiiii... Mana ada orang teransang melihat layout blog. Saya berani kata orang yang jadi demikian sudah 'wayar'....

Barangkali suatu hari nanti, kita terjumpa sketsa berikut;

Pak Mat, orang tua hujung kampung pergi ke kenduri memakai baju warna pink. Pemuda A yang sedang 'syok' makan ternampak beliau dan menerpa ke arahnya.

Pemuda A: Pak Mat. Pak Mat tolong jangan pakai warna pink lagi.

Pak Mat: Kenapa pulak dengan kamu??

Pemuda A: Hati saya jadi berdebar-debar lihat Pak Mat dalam warna ini!

Pak Mat: ????!

Mungkin sudah kurang perkara untuk dibincangkan. Jadi warna blog juga mahu dibahaskan. Biarkan...

----------------------------------

Ini cerita pasal purdah lagi.

Purdah/niqob/cadar. Suka hatilah mahu dipanggil apa.

Ada saya ditanya tidak lama dahulu.

"Bagaimana ya jika pemakai niqob itu lebih menarik perhatian orang.. Bukan itu fitnah juga?"

Seingat saya, saya diam. Malas hendak menjawab.

Dalam hati menjawab; "Aku lebih suka pakai Rolex Warta Time yang mahal-mahal daripada Rolex celup Petaling Street.."

Siapa yang faham qiyasnya itu. Fahamlah.

Isu niqob yang saya anggap berabad lamanya dan lapuknya masih ada yang bawa ke depan. Saya ingat sudah tamat dengan keluarnya kitab 'Jilbab al-Mar'ati al-Muslimah' karangan al-Imam al-Albani (saya memang peminat Syeikh al-Albani, peduli apa jika orang panggil saya Albaniyyun). Dan saya juga ingat ia sudah tamat dengan terbitnya jawab-jawab dari Syeikh Ibn Jarullah.

Ada juga yang beri banyak komentar hasil aduan seorang saudari apabila dirinya yang pakai niqob itu ditenung oleh beberapa orang lelaki dalam-dalam.

Dan banyak pula komentar-komentar bernas keluar hasil taipan para mujtahid. Ah... Kalam fadi..

Kalau saya, ini saja jawapan yang ikhlas dari lubuk hati saya'

"Aku lebih rela jika bini aku (dalam kes ini, bakal bini) ditenung lama-lama dan dalam-dalam oleh jantan miang di luar sana dalam keadaan dia menutup wajahnya dari dia membukanya. Dan aku tidak akan rasa terkilan walau aku rasa marah!"

Sekarang yang pandai sangat mengutuk. Cuba campak isteri anda yang cantik (di mata anda) itu dalam LRT dari Terminal Putra Gombak ke KL Sentral dalam keadaan dia membuka wajahnya. Dan anda dari jauh meneropong bagaimana sekurang-kurangnya 10% dari jantan yang dalam LRT itu merenungnya. Kalau anda kata anda tidak rasa mahu tumbuk. Anda memang dayus!

Jadi, moralnya, jangan mengutuk perkara yang datang dari Sunnah. Kalaupun anda menanggapnya bukan Sunnah, maka hormatilah orang yang beranggapan sedemikian. Itu jalan selamat. Takut nanti tersembam ke depan pintu neraka. Moga dijauhkan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:56 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

Mi Ji Da said...

haha... tiba2 macam terasa.. pasal komen2 yg saya terima kat blog tntang layout tu, entahla.. betol2 tak paham..

tapi mmg saya akui pompuan nampak lebih menarik bila pakai pink. perempuan sendiri akan puji peremmpuan lain cantik masa pakai pink.

tapi kalau layout pink... entahlah. maybe ada yg sgt anti dgn warna tu n tak suka bila perempuan dikaitkan dgn pink. termasuklah blog ke... beg ke..bagi dia, akan hilang kredibiliti sbg yg blaja agama kot..

wallahua'lam...

hm... pink oh pink... susahnya bila diri ni sendiri minat warna pink....

Ariff Arifin said...

oh. dunia dah berubah.

entahlah. pink, hijau muda, biru perlahan, biru laju (kalau dah ada yang perlahan mesti ada yang laju....) kalau dimanipulasi sebaik-baiknya akan jadi pembunuh kami kaum laki-laki ini.

pink oh pink.. saya memang tidak terasa apa-apa sebab saya bukan peminat.. heh..

cuma barangkali ada sedikit risau, kalau-kalau nasib saya sama macam pak mat dalam kisah itu.. oh.. tidak mahu..

 
>