Friday, April 17, 2009


Atau dalam bahasa Kelantannya: Sampe..

Berbual dengan si Sai tadi. Bercerita pasal betapa ramai orang mudah hanyut. Hanyut dengan dunia...

Bukanlah bermakna bila bercakap, orang yang bercakap itu dah terlepas dari sifat hanyut itu. Kalau tanya saya, saya sendiri mengakui saya banyak kali hanyut. Hanyut macam kapal yang terputus talinya.. Errr.. Atau itu layang-layang?

Apa-apa sajalah.

Namun yang pasti, kami bercakap pasal ada sindrom di kalangan pelajar. Tak perlu bayang dalam kepala anda pelajar UIA. Mana-mana pelajar. Sindrom apa? Sindrom kejutan budaya. Atau dalam bahasa Jerman Kelate; 'ngikut ko saing'.

Kalau anda tak faham, tak mengapa. Sila cari interpreter bahasa ini yang bertebaran di seluruh KL. Nak spesifik lagi, di sekitar Greenwood.

Entahlah. Tak ingat pula bagaimana boleh terkeluar cerita tadi. Cuma si Sai ceritakan yang adik dia berkeinginan tukar kursus. Mungkin dari kejuruteraan ke arkiteksur. Tak pasal-pasal, isu kejutan budaya terkeluar.

Beliau (cewah, beliau.. kembang kempis hidung mamat tu kalau baca) kata kepada saya, ramai budak AED (ini singkatan kepada arkiteksur UIA) turn out to be a smoker. Saya membenarkan kata-katanya. Ada yang saya kenal tidak merokok pada awalnya. Akhirnya tertewas di kotak-kotak Dunhill.

Saya sambung lagi. Itu laki-laki, kalau perempuan, ramai yang bertudung labuh, elok, akhirnya bertudung singkat, berpakaian ketat. Saya bukan mengata. Ini sekadar analisis.

Apapun, saya akui ia benar-benar terjadi. Saya bercerita pasal ada seorang pelajar dari Kelantan pakai baju ketat datang ke kelas. Dia pula bagitahu saya ada kenalan adiknya dari Kelantan yang sudah tidak bertudung. Kedua-duanya bersekolah di sekolah yang berorientasikan Islam.

Kenapa kami bercerita pasal Kelantan?

A. Kami nak menjatuhkan imej Kelantan.
B. Kami benci orang Kelantan.
C. Kami mulut jahat.
D. Tuan-tuan kena tunggu sampai habis artikel.

Kalau anda jawab A, B atau C. Maka... Tidak, tidak dan tidak...

Kami bercakap pasal Kelantan sebab Sai itu orang Kelantan, manakala saya pula peminat orang Kelantan (maka dengan sendirinya menidakkan pilihan B).

Sebut pasal peminat orang Kelantan, cukuplah saya katakan dia cumalah seorang LELAKI tua yang tidak pernah kenal saya dan tinggal di Pulau Melaka. Tiada siapa yang kenenkan kami berdua. Cuma saya yang jatuh minat terhadapnya...

Kami bercerita pasal Kelantan secara kebetulan. Bukan ada motif tersembunyi. Cuma hendak cerita bagaimana orang yang ditarbiyah dengan baik pada awalnya boleh jadi hanyut sebab ajakan kawan.

Ajakan kawanlah yang paling merbahaya. Ada orang yang biasa-biasa pada awalnya, akhirnya sebab mahu blend-in (bukan blender) dengan rakan-rakan, akhirnya mengikut gaya berpakaian. Mungkin supaya bila mereka keluar berjalan sama-sama, orang tahu mereka satu kelompok.

"Biar orang tahu kami satu geng..."

Sai kata; "Susoh nok tengok hok ssaing dengan ore hok clubbing tok ikut sekali." Macam itulah lebih kurang. Oh ya double-S itu bermakna secara tajwidnya ada sabdu di situ. Bukan typo-error ya.

Terdiam jugaklah saya beberapa jenak.. Kerana sejenak seperti kurang best..

Betullah jugak kata si Sai itu. Cuma saya kata lagi bahawa ini isu individu. Macam mana mahu berdepan dengan perkara baru. Hendak ikut atau tak mahu ikut. Ada saja budak yang sama kuliyyah dengan saya dapat maintain dengan tudung labuh dan baju kurung. Termasuklah bila dia terpaksa masuk ke lab (lab di sini ala-ala bengkel). Orang Kelantan jugak.

Jadi tinggalnya sekarang adalah persoalan individu. Kalau mahu terlalu ikut mainstream persekitaran tapi tak ada pendayung yang kuat. Maka akan hanyutlah. Kalau ada pendayung yang mantap. Hanyut-hanyut pun masih boleh ditarik ke tepian. Pendayung yang dimaksudkan, tidak lain dan tidak bukan, iman dalam diri masing-masing. Bagaimana mahu kemudi pendayung, itu terpulang pada tangan yang memegang. Andai kata ke kiri, maka ke kiri sampan pergi. Takkanlah ke kanan kan?

Jadi nilai-nilaikan. Sekadar berkongsi.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:53 AM
Categories: Labels:

 

6 comments:

KIAMBANG said...

Salam~
itulah... brckp dr pngalaman la kan...
biah solehah tu sgt pntg... tp bukn la kita x boleh kawan dgn org lain.. cumanya... dgn sapa kta rapat n slalu hangout... sgt mmpngaruhi... Nk hanyut sangatttttt la senang... xkisahla apa background pun.. sek agama ka apa... peer pressure kdgkala mengatasi sgalanya... iman pula perlu dipupuk.. pengaruh kawan x payah pupuk... dtg bgaikan ombak.. oklah.. apapun.. moga sdr dan saya.. juga org-org dsekeliling kita... punya pelampung yg elok.. sbbnya, kdg2 kita hanyut, x dpt nk elak.. tp skurang2nya ada plampung dpt la berenang pulang.. lebih bk dr tengelam.. maaf, terbeleter pula~

Ariff Arifin said...

wassalam wrm wbt..

terima kasih kerana terbeleter di blog saya ini. dan saya suka isi leteran itu (ini jujur). mungkin kerana cik kiambang share the same field with me. so, you know what i'm tryin to share.

apapun betul dan benar sekali. iman kita perlu pupuk dan jaga.

ukur kira said...

Shbt kamu adalah cermin bagi kamu....
Sbb itu ana bekawan dgn saudara Ariff...

Ariff Arifin said...

nabil.. kalau ana ini cerminan orang. maka ana anggap ana cerminan yang ada angle yang rosak.. refectionnya tak begitu tepat.

maka, usah kata begitu. apa yang boleh dimanfaat dari ana, ambil lah. untuk apa yang tidak. jauhkan sejauhnya. :)

|| syazwaniadnan || said...

sampe? (susah jugak nk eja + sebut bahasa german ni)
kalau sampen? wah, mcm bm yg di-english kan. hehe.

Ariff Arifin said...

saya tengah ketawa. nanti saya cuba berbincang dengan DBP. bagaimana mahu standardkan semua bahasa Jerman itu.

 
>