Saya pernah berkata kepada seorang teman satu ketika dahulu. Mengenai sifat asal seorang wanita. Iaitu mereka ini asalnya semua cantik. Dan setiap perempuan itu dilahirkan sebagai seorang yang cantik.
Ironinya. Dia itu juga perempuan.
Saya ingat-ingat lupa akan sebab saya menjawab demikian. Barangkali mengenai purdah/niqob. Barangkali juga pertanyaan mengenai hukum meletakkan gambar di ruang sosial semacam friendster atau facebook. Atau boleh jadi, sebab lain. Saya lupa. Benar.
Tuan-tuan. Apakah saya jadi seorang yang gatal kerana mengatakan perempuan itu cantik? Entahlah. Yang pasti saya hanya cuba menjawab persoalan yang dilontarkan.
Dan yang pasti juga, saya cuba bercakap benar. Kerana memang pada asalnya, wanita itu adalah cantik. Dan sifat yang cantik itu jugaklah memerlukan ia dijaga sebaiknya.
Dahulu pernah ada orang bertanya kepada saya. Apa hukum perempuan pakai baju yang warnanya menarik perhatian. Dalam kata lain; striking.
Saya menjawab. Pada pandangan saya (bukan fatwa, dan saya bukan mujtahid), andaikata ianya menarik perhatian kaum adam. Hukumnya tidak boleh.
Dia tanya lagi, kalau warna hitam pun orang lelaki tertarik. Macam mana pula.
Saya termenung. Bukan sebab tak mahu jawab, atau tidak boleh. Tapi agak marah.
Gayanya, soalan ini macam-macam mahu membolehkan yang berwarna striking itu boleh dipakai. Sebab soalan nombor dua itu provokatif.
Haiiiiiii...
Bagi saya, mudah sahaja; "Berapa banyak persen orang lelaki akan tertarik kepada wanita yang pakaiannya yang berwarna hitam lagi mendung jika mahu dibandingkan dengan warna pink (pink lagi) yang menawan?"
Saya rasa sedikit sahaja. Amat-amat sedikit.
"Macam mana anta boleh tahu?? Anta bukan boleh check hati orang!"
Ya adik dan kakak. Saya bukan boleh korek hati semua orang dan tanya apa terkandung dalam hati mereka. Tapi sekurang-kurangnya, saya LELAKI. Sejenis jantina yang mana adik dan kakak sekalian bukan termasuk dalam golongannya.
Jadi saya tahu sifat dan kecenderungan orang yang sama jantinanya dengan saya ini.
Dan soalan yang provokatif tadi itu lebih kurang sama saja dengan orang yang bertanya;
"Macam mana kalau dah pakai niqob pun orang lelaki renung lagi??"
Saudari.. Kesimpulan bukan dibuat berdasarkan 1 peristiwa. Bukan juga dua. Bukan juga tiga. Sebaliknya dibuat selepas selesai menghimpunkan semua.
Jadi jika seorang yang pakai tudung labuh pernah diraba dalam LRT, tuan-tuan mahu kata apa? Yang perempuan tudung labuh itu yang salah? Makanya tidak payah pakai tudung labuhlah? Tak payah menutup aurat? Sebab orang yang tutup aurat pun kena raba, maka tak ada beza dengan perempuan seksi?
Atau nak suruh berpindah-randah ke negara lain? Nak suruh pergi KSA?
"Ini Malaysia. Kita mesti ikut 'uruf negara kita!!"
Iya la tu tuan mujtahid mutlak... Ikut antalah...
Kita menilai secara keseluruhan. Apa yang paling konsisten.
Samalah juga dengan isu baju yang menarik perhatian lelaki. Bukan sahaja warna, tapi banyak lagi yang perlu diambil kira. Dan warna adalah antara faktor penyumbang penting.
Pernah seorang kawan berkata lebih kurang begini;
"Kadang-kadang wanita yang wajahnya biasa-biasa saja, boleh menarik perhatian dengan bajunya yang warna-warni.."
Dan saya setuju dengan beliau. Jarang lelaki tidak berpaling dua kali untuk wanita yang warna bajunya menarik. Ini secara umum.
Jadi sekarang buat penilaian. Malas hendak memaksa orang berfikir. Sekadar turut mengajak.
Wednesday, April 15, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
2:00 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Uniform puteri Islam kena tukar kaler... heheee
yaa.. tepat juga barangkali cadangan itu..
tukar saja. nanti sudah besar pun ingat warna pink itu bagus-bagus dan boleh pakai.
"eh.. pink tu kan simbolik dengan islam. puteri islam.."
eh.. nk tny sket la.. mmg semua pink tu menarik ka? 1st time neh dgr spekulasi pink... ke hot pink je.. all this while, i thought attractiveness comes in a package... as in.. fashion... n bukan skadar warna, maksudku, design pakaian itu..
owh. saya tak tahu pula pink itu ada sifat-sifatnya. ada darajat dan ada darakat.
sebabnya mudah. saya memang bukan peminat pink.
yaaa.. come in package. but as i said;
Samalah juga dengan isu baju yang menarik perhatian lelaki. Bukan sahaja warna, tapi banyak lagi yang perlu diambil kira. Dan warna adalah antara faktor penyumbang penting.
apapun. ini pandangan yang subjektif...
tentu-tentunya saya bukan maksudkan pink saja. pink dalam artikel ini cumalah satu contoh. sebab ramai peminat pink barangkali.
warna juga subjektif. ada orang minat hijau. maka dia akan berpaling lebih kerap kepada pemakai warna hijau.
p.s: boleh jadi segala peminat pink akan memboikot blog saya.. atau memasukkan saya dalam hitlist. teruk.. teruk..
tinta kata boycott group officially launched now... hahaaa.... anyway, u got some good points... but yeah, its very subjective n it has geographical dependency too... klu d saudi arabia berpakaian meriah2, mmg nyata menarik... klu d msia berbaju kurung warna warni ke kenduri... sangat biasa... but i do agree... kalau terlebih striking... kdg tu, x payah lelaki, ssama prempuan pun prasan...
alamak. blog buruk ini telah di-mark oleh penggemar pink pertama..
peminat pink seterusnya.. apa kata anda..?
apapun saya juga bukan lah seratus persen menolak mengenai 'uruf malaysia mengenai sifat dan warna baju.
tetapi secara adatnya juga. pandangan mata lelaki tak boleh nak dikawal.
p.s: susahlah macam ini. teruk nanti diboikot.. heh..
fyi, i don't really fancy pink... i was just kidding... lg pun... di sini ada 1 sindrom, "architects wear black"... huhuu... ni lg satu.. yg gmbr di fb tu mcmana plak? mentioned ja tp x crita habis... maaflah byk bertny pula...
oh. di kuliah arkiteksur UIA ini tidak ada pula sindrom itu. sindrom yang mungkin ada, "architects wear tight jeans.." mahu tergelak pun ada..
aih.. malu pula hendak menjawab..
apa pun.. saya bagi pandangan padanya bahawa saya katakan tidak sepatutnya diletakkan gambar di ruang-ruang sosial. siapa pun boleh lihat. bahaya juga.. wallahua3lam..
terima kasih atas pandangan :)
Pink2....ana pn x sure.ana x minat lngsung color pink...
Berlambak lg color yg lawa..
kelabu,blue black etc.
Assalamualaikum wbt.
Panas!!!
Isu warna inilah yang sesuai dikaitkan dengan Uruf, bukan isu Niqab sebab niqab ada nasnya.
Sebab tu Shaikh al-Albani dalam bukunya Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah membawakan riwayat-riwayat yang menunjukkan wanita zaman Rasulullah saw memakai pakaian warna merah dna lain-lain.
Sebab itu dalam fatwa-fatwa yang pernah dibaca, orang bertanya hukum perempuan pakai baju fully putih. Ulama' tersebut jawab ikut negara tu lah, kalau pakaian tu biasa sahaja dan tidak pelik hingga menarik orang di negara tersebut okey, tapi kalau di Arab Saudi, masalah sikit sebab perempuan di sana biasanya pakai pakaian hitam-hitam, kalau muncul seorang pakai putih, dari 300 meter dah boleh nampak.
Macam Malaysia, baju kurung dengan corak bunga-bunga adalah benda normal, tapi kalau dihantar ke Arab Saudi, ia adalah perkara yang tidak normal. Bila benda tiada dalam nas barulah boleh dikaitkan dengan Uruf.
kalau Niqab dikaitkan dengan al-Uruf, maknanya orang yang sebut tu tak pernah baca fatwa dan hujah-hujah ulama' tentang Niqab sama ada yang menghukumnya wajib ataupun Mustahab.
nabil: yaaa.. ana pun tak minat. tapi terpaksa pula pakai NLC itu. kenapalah dia tukar kaler... hai...
mujtahid masri: terima kasih tuan atas pandangan.. besar sungguh hati saya menerima pandangan tuan.. hahahaha... jangan marah ya...
Hampeh ko panggil aku Mujtahid. Aku hanyalah hamba yang miskin di hadapan Allah.
eh.. kan sudah banyak fatwa.. kalau dibuku. mau kalah yusuf qaradawi..
siot ko
Post a Comment