Sambutan Hari Guru di negeri saya adalah hari di mana pelajar-pelajar sekolah mengambil kesempatan untuk merempit. Di sepanjang jalan, anda boleh melihat pelajar sekolah - samada dalam uniform atau tidak - berada di atas motor, melakukan aksi berbahaya.
Saya sudah biasa dengan fenomena ini. Hari Guru, Hari Kualiti, hari terakhir persekolahan adalah hari menerima berita mengenai kematian pelajar yang merempit. Sekurang-kurangnya akan ada seorang yang mati akibat merempit.
Saya kecewa melihat perkara ini.
Yang menariknya, ada orang buat duit dengan menjaja kerosakan moral ini kepada masyarakat. Kononnya ingin berdakwah kepada masyarakat. Orang mula menonjolkan cerita pasal bohsia, rempit, lumba jalanan, pasal pelacur, gigolo dan macam-macam cerita yang paparannya adalah akhlak yang rosak.
Oh. Saya tidak meminta penerbit filem membuat filem-filem dakwah ala-ala Ayat-Ayat Cinta (kalau boleh dikatakan filem dakwah), Sang Murabbi, Perempuan Berkalung Sorban (ada orang asyik bercerita) dan lain-lain filem macam di Indonesia.
Tapi apa kaitannya menonjolkan cerita pasal bohsia, peluk jantan, menonggeng atas motor RXZ dengan memberi kesedaran kepada masyarakat?
"Aiyya.. Itu aaa, kita mau kasi kesedaran kepada masyarakat Malaysia supaya sedar bohsia itu satu benda yang buruk..."
Encik... Tak ada kena mengena langsung. Filem dakwah sepatutnya menonjolkan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar. Bukan menonjolkan kemungkaran dan dipaparkan kepada umum. Ini tidak, ditunjuk pula anak-anak gadis pakai seluar kecik, baju kecik, peluk jantan dan bawak motor laju-laju.
Maka tidak mustahil, perkara-perkara ini yang menarik minat masyarakat untuk jatuh lebih jauh dalam lembah kerosakan. Bukan mengubat sebaliknya menyogokkan racun.
Akhirnya kita sendiri akan bertanya, di mana dan apa sebenarnya nilai dakwah?
Keadaan trafik di Kuala Terengganu semakin teruk walaupun dengan pengenalan sistem jalan sehala. Siapalah pegawai perancangnya? Sangat mengecewakan.
2 comments:
salam~
kemungkaran tidak dapt ditegah dgn kemungkaran....bukan kah begitu?
wassalam. ya benar sekali cik water lettuce. mana mungkin kemungkaran dicegah dengan mugkar juga.
Post a Comment