Saturday, May 16, 2009


Ada orang suka mengambil mudah dalam permasalahan agama. Hatta, pada zaman Nabi sekalipun sudah wujud orang yang sebegini.

Cerita pasal orang yang tidak mahu makan dengan tangan kanan walaupun disuruh oleh Nabi sendiri. Akhirnya orang itu langsung tidak dapat makan dengan tangan kanannya.

Ingkar kepada suruhan Nabi itu satu dosa yang besar. Para sahabat sendiri dapat melihat bagaimana balasan yang diberikan kepada lelaki yang ingkar itu dengan mata kepala mereka sendiri.

Itulah autoriti Nabi dalam agama dan kehidupan. Tanpa ada atau perlu promosi kepada daulat, tulah, dan sebagainya. Nabi sekadar seorang lelaki yang datang dari kalangan manusia biasa, hidup sebagai manusia biasa, tidak perlu pakaian atau warna kuning, hijau, merah biru sebagai lambang. Tidak perlu pengiring dalam 24-7 kehidupannya. Tidak perlu ada orang mencium tangan baginda setiap kali berjumpa. Tiada satu langsung di kalangan sahabat tunduk sujud kerana hormat di hadapan baginda.

Tiada sesuatu pun, tapi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam pada para sahabat adalah tetap seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah Azza wa Jalla.

Nabi kita juga kalau berperang, duduk di barisan hadapan. Patah gigi, cedera pipi. Bukan duduk di belakang, bersenang lenang menunggu berita barisan depan sudah mati.

Nabi sebagai pemimpin contoh dan isteri-isteri Nabi, Ummahatul Mukminin pula contoh terbaik buat wanita. Bukan contoh terburuk.

Ketaatan kepada Nabi datang melalui kesedaran. Bukan paksaan, bukan suruhan. Mana ada di kalangan sahabat taat kepada Nabi secara paksa? Tidak perlu sidang media, tidak perlu titah perintah bercop bagai, tapi para manusia terusan taat kepada Nabi. Orang yang mendapat dekri dari Tuhan sendiri.

Nabi kita tidak pernah membenarkan rakyatnya hidup susah. Sebaliknya jika ada kesusahan, bagindalah orang pertama yang merasai. Bukan baginda yang mengaut keuntungan, disuap makan. Tapi baginda yang rela tidak makan, rela kepayahan. Padahal dia keturunan pembesar dari golongan Quraisy!

Nabi adalah seorang yang patut kita hormati, kasihi, cintai, sayangi, dan paling penting adalah ikuti. Cinta dan sayang kepada Nabi perlu lebih tinggi kalau hendak dibandingkan dengan orang lain.

Maka jadilah pemimpin seperti Nabi.

Trivia: 'Hutang cerang' membawa maksud, hutan yang tebal.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:34 AM
Categories: Labels:

 

1 comments:

Ariff Arifin said...

kalau ada pemimpin yang sikapnya seperti nabi, maka sekalian manusia pasti tidak akan ragu untuk mentaati.

siapa yang berani kata; "itu nabi, kita manusia biasa?"

nabi juga manusia biasa, bahkan gaya hidup baginda lebih biasa kalau hendak dibandingkan dengan sekalian raja. tapi karisma baginda, serta sikap dan ketrampilan lebih luar biasa dibanding dengan raja dan sultan yang bertebaran.

para sahabat serta khulafa' al-rasyidin telah mengkikut jejak langkah baginda. umar abdul aziz juga tidak terkecuali.

kita bila lagi?

 
>