Monday, May 18, 2009


#1

Ada orang kata saya tidak begitu sensitif dengan persekitaran. Mungkin benar, mungkin juga tidak.

Kalau benar saya tidak sensitif, ajarkan saya untuk jadi.

#2

Ada orang tidak bosan-bosan bercakap. Hidupnya penuh dengan percakapan. Bercakap, bercakap, dan bercakap. Tapi akhirnya kita tahu, cakapnya cumalah omong kosong. Tin kosong kalau diketuk-ketuk memang berbunyi, tapi hakikat tidak dapat ditukar. Ia masih kosong.

Macam yang saya kata dahulu. Jangan terlalu pantas bercakap. Ada benda kita tahu, ada benda kita tidak. Ada orang yang tahu, tapi dia memilih untuk berdiam membisu.

Kalau dipetik api, silap petik terbakar diri.

#3

Sahabat cerminan diri, bak kata seorang teman. Memang benar saya rasa. Bukan sahaja sahabat dapat mempengaruhi diri kita. Untuk berbuat baik atau buruk. Tapi juga membawa persepsi masyarakat bersama.

Orang tidak akan mengutuk kalau sahabat kita adalah orang yang baik-baik perangainya serta lakunya.

Akan tetapi jika kawan kita itu pembawa masalah, pasti akan ada orang berkata;

"Sok sek sok sek.. Itu kawan si polan.. Sok sek.. Sok sek...."

Masalah bagi diri kita. Padahal kawan yang bawa najis, bau terlekat pada diri.

#4

Ini ada kaitan dengan yang bertanda 1. Fiqh dakwah itu luas. Ada orang kata kita tidak boleh begini dan begitu. Tidak boleh tanya soalan yang boleh merendahkan yang ditanya dan sebagainya. Orang yang ditanya pun bukan kenal sangat dengan yang bertanya dan sebagainya.

Bukan begitu kawan. Soalan yang jujur bukan untuk merendahkan. Tapi untuk kepastian. Ulama' kita zaman dahulu kala pun begitu. Dia bertanya pasal peribadi yang mendakwahkan manhaj. Orang rambutnya sama hitam, tapi dalam hati belum tentu sama merah berdarah.

#5

Paling penting untuk seorang manusia jadi jujur dengan diri sendiri. Kalau diri sendiri pun ditipu, orang lain apatah lagi.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:42 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>