Saturday, May 23, 2009


Saya terdiam sejenak melihat anak-anak gelandangan di Chow Kit. Kebanyakannya melayu, ramainya melayu. Layu.

Dulu saya pernah menulis mengenai pengalaman saya di Felda. Anak-anak hidup dalam persekitaran yang tidak sihat; tunggang arak, hisap dadah, seks bebas. Kata Ustaz Rasyid, rokok itu makruh yang paling kecil bagi mereka.

Semalam melihat anak-anak gelandangan di kawasan ini, saya jadi insaf semula. Betapa bersyukurnya saya duduk di ceruk kampung walaupun tidak kaya.

Anak-anak gelandangan ini bersepah di tepi jalan. Bermain-main. Ibu atau bapa mereka? Saya tidak tahu.

Berkumpulan, bermain-main di tepi bangunan. Terbaring.

Bersekolah? Entah. Tidak tahu.

Mak dan bapak di mana? Tidak ketahuan.

Pernah menonton Majalah 3, mengenai anak-anak gelandangan hidup di jalanan. Ibu bekerja sebagai pelacur. Bapa tiada. Tidak tahu siapa.

Kesian dengan mereka.

Sekarang mana hala tuju anak bangsa kita?

Rosak, punah tidak tahu ke mana.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 3:57 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>