Monday, May 4, 2009


Terlalu banyak bercakap sebenarnya bukanlah satu tabiat yang bagus. Kadang-kadang boleh memualkan orang. Atau bikin orang panas. Atau mungkin saja boleh berakhir dibenci orang.

Bercakap banyak ada dua jenis.

Pertama, ramah tamah. Ini jenis yang boleh ditoleransi. Kerana memang satu fitrah yang bagus kalau kita boleh bermanis muka dengan orang, bertegur sapa, dan membuat kawan. Orang macam ini akan disenangi orang, dan ramai kawan.

Cuma yang menjadi masalah bila termasuk dalam kategori 'mesra alam' dan bawa gosip sana sini. Setiap kali jumpa kawan, anda mungkin akan mengajak mereka 'menganyam ketupat. 'Pencemaran bunyi' yang keterlaluan mungkin boleh berlaku. Natijahnya, kawan boleh lari setiap kali jumpa anda. Anda juga akan mendapat satu nama gelaran seperti 'DJ Joyah'.

Kedua, orang yang cakap banyak versi cakap besar. Suruh orang buat macam-macam, itu dan ini. Tapi sendiri tidak reti buat. Ini jadi masalah sebab dia akan menyusahkan. Akhirnya akan bikin orang susah dan rasa tidak senang. Ini berlaku di sekeliling kita.

"Pot pet pot pet.. Kau buat itu... Yang kau buat ini salah.. Kau tau apa? Aku dah lama makan garam.. Kau tu kecik lagi.."

Orang yang macam ini kata-katanya tergolong dalam kategor 'air longkang yang mengalir deras'. Bila disuruh buat, dia akan ternganga-nganga sambil berkata;

"Aku tak reti laaaaaaaa...."

Kalau dia seorang yang susah, mungkin tidak mengapa. Tapi perbuatannya akan menyusahkan orang lain.

Maka tuan puan. Pesanan hemat masyarakat saya pada kali ini adalah. Usahlah kita menyusahkan orang dengan sikap kita yang hanya tahu cakap, tapi tidak reti buat.

Hayatilah kalam dari manusia yang PALING MULIA ini kalau kita tidak mahu jadi orang yang MUFLIS.

"Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan membuat orang berpaling."

Banyak cakap pun tak bagus, sebab mulut berbau. Betul tuan-puan, saya tidak tipu. Di sini.

Adakah banyak menulis juga dikira banyak cakap? Haha.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 12:14 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

Channel X said...

Kadang-kadang orang yang nampak cerdik bila tidak hati-hati, boros kan nampak lebih pandir dari pandainya…

Ariff Arifin said...

ya. tepat sekali. dan sangat jadi masalah bila kita berhadapan dengan orang yang pandir ini.

akhirnya terpaksa bergelut antara emosi dan ketidakwarasan.

nak bergelak pun payah. nak kesian pun malas.

 
>