Monday, May 4, 2009


Updated

Membentuk peribadi Muslim yang sempurna bukanlah satu tugas yang mudah. Namun bukan pula tugas yang sukar.

Saya kata mudah kerana orang Islam punya acuan paling sempurna. Iaitu orang yang PALING MULIA; Rasul kita, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Ini satu kelebihan yang tidak ada pada agama Kristian, yang tidak ada pada agama seorang Yahudi. Apatah lagi pada Hindu ataupun Buddha.

Namun yang paling menyedihkan, adalah hakikat bahawa kita tidak sedar akan perkara ini. Orang Islam khususnya, meminggirkan perkara ini dari skop pemikiran mereka (yang sedia ada kecil) akibat kebodohan, ataupun kesombongan.

Ketika non-Muslim sibuk mengagumi wujudnya seorang lelaki yang bernama Muhammad ini, serta mengakui bahawa Nabi kita adalah seorang figura yang paling berpengaruh pernah hidup.

Saya melihat sesuatu yang menarik di sini. Apabila orang seperti George Bernard Shaw, seorang pembikin teater prolifik keturunan Irish menyatakan bahawa;

"Orang semacam Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam kumpulan pertama. Orang semacam Gandhi dan Confucius, dan dari sudut yang lain, Alexander, Caesar, dan Hitler adalah pemimpin dalam kumpulan kedua dan mungkin pada yang ketiga. Jesus dan Buddha tergolong dalam kategori yang ketiga semata-mata. Mungkin, pemimpin terbaik sepanjang zaman adalah Muhammad, yang menggabungkan ketiga-tiga fungsi kumpulan. Musa juga melakukan yang sama, dalam kadar yang lebih rendah.

Manakala Jules Masserman, bekas presiden Pertubuhan Psikiatri Amerika pula berkata;

"(Muhammad-pent) adalah kepala negara, dan pada masa yang sama, agama. Dia adalah Caesar dan Paus dalam masa yang sama. Akan tetapi dia adalah seorang ketua agama yang tidak punya sikap semacam seorang Paus. Dan seorang Caesar yang tidak punya ketumbukan tentera semacam Caesar, tanpa ada tentera yang beratur (yang ramai-pent), tidak ada pengawal di sisi, tidak ada kuasa kepolisan, tidak mengenakan cukai yang tetap. Kalau ada seorang lelaki yang berhak mengaku bahawa ia memerintah dengan wahyu yang benar, dia adalah Muhammad, kerana dia mendapat kuasa tanpa sokongan perkara-perkara itu. Dia tidak peduli dengan luaran kuasa. Ringkas hidup peribadinya adalah sesuai dengan kehidupan publiknya."

Kita pula sibuk mengambil 'orang luar' sebagai contoh ikutan, dijadikan acuan bagi mendidik peribadi anak-anak Muslim.

Berapa ramai ibu bapa mengajar mereka untuk mengagumi seorang lelaki hebat bernama Muhammad?

Saya rasa, kalau ditanya kepada adik-adik kecil, kalau ditanya dia mahu jadi macam siapa bila sudah besar dewasa; mungkin sahaja ramai akan memberikan jawapan yang berikut;

"Saya nak jadi macam Barack Obama....."

daripada;

"Saya nak jadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang macam Nabi kita!"

Maka, pesanan hemat masyarakat saya pada kali ini adalah, pilihlah acuan yang sempurna, agar kita dapat membentuk peribadi Muslim yang sempurna juga.

Ayuh! Jadi Muslim yang peribadinya macam para Nabi kita!

Posted by Posted by Ariff Arifin at 4:50 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>