Wednesday, May 27, 2009


Adakah kita orang yang berbudi bahasa?

Ada kawan saya percakapannya kasar. Tapi dia telus dalam bicara. Orang yang baru kenal mungkin tak selesa. Tapi yang dah lama mungkin tidak rasa apa.

Tapi adakah dia tidak berbudi bahasa?

Apa definisi berbudi bahasa?

Adakah bercakap menggunakan bahasa melayu tinggi, lembut tutur kata, petah dan lain-lain merupakan orang yang berbudi bahasa?

Saya pernah kenal orang yang nampak berbudi bahasa tapi mencuri.

Bukan menghukum berdasarkan satu perkara. Tapi sekadar ajak memandang ke arah isu.

Bahawa betapa terma pada sesuatu perkara itu perlu olahan yang berkesan. Baru mampu melahirkan justifikasi yang mantap.

---------------------

Kelibat seorang figur, tidak dapat tidak, akan mampu dikesan orang. Apatah lagi kalau seorang figur itu dengan bangganya mengaku bahawa dia adalah seorang ustaz.

Maka jika ustaz itu melalui tulisan-tulisannya mengaku bahawa dia pernah buat itu ini di khalayak ramai. Maka mungkin saja orang akan rasa sangsi dengan dia.

Jadi, moralnya, bila sudah dikatakan sebagai figur. Elakkan berbuat salah. Yang bukan figur, sepatutnya begitu juga. Walaupun hakikatnya manusia mana mampu sunyi dari berbuat salah.

Sekarang saya tertanya-tanya. Adakah aku seorang figur? Moga dijauhkan. Tak ingin aku membuatkan orang mengagumi diri aku. Seterusnya berbuat salah silap yang dipetakan berasaskan diri aku juga.

Mungkin figur yang bergelar ustaz tidak sehebat figura aksi Gundam.

---------------------

Eksprimentasi dengan bahasa mungkin menyebabkan anda kelihatan seolah-olah mat jiwang yang putus cinta. Atau mungkin baru hendak bercinta.

Kawan, bahasa puisi semuanya puitis.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 8:50 AM
Categories: Labels:

 

3 comments:

KIAMBANG said...

jiwang dan puitis adalah dua benda berbeza... kalau sesuatu itu dilabel jiwang.. otak si pembaca itu yg jiwang... jika dilabel puitis.. otak si pembaca itu juga yang puitis... kalau tak dapat beza.. otaknya punya masalah~
kerana tafsiran bahasa mengikut tuannya.. bukan penulisnya...
kadangkala.. lain yang ditulis.. lain yang orang faham.. itulah asam garam bermain bahasa... sekadar pdgn peribadi

Ariff Arifin said...

bagus sekali pandangan itu. etika dalam berbicara adalah kita cuba menzahirkan perasaan dengan bahasa yang paling bagus.

tidak pernah dibuat orang berpuisi dengan panggil hoi atau woi.

KIAMBANG said...

sebenarnya ada sahaja puisi yang begitu... terutamanya genre "politik ganas"... huhuuu...

 
>