Wednesday, May 27, 2009


Dua kanak-kanak menarik tali layang-layang di Kabul, Afghanistan. Tahun 1978. Memusing-musing tali dengan gaya tersendiri.

Casss!!

Satu gugur ke bumi. Satu lagi masih gah terbang di udara.

"Kita menang! Kita menang!" Sorak bersahutan.

Yang putus melayang-layang entah ke mana.

"Amir Agha. Mari kita ke sana." Hasan mengajak Amir ke arah yang berlawanan dari kanak-kanak lain yang turut sama mengejar layang-layang putus tali.

"Kenapa kita datang ke sini? Layang-layang itu ke arah sana."

"Ia akan datang ke arah sini."

"Macam mana kau tahu?"

"Aku tahu." Pendek Hasan menjawab.

"Tapi bagaimana?"

"Amir Agha. Pernahkah aku menipu kau selama ini?" Hasan bertanya.

"Aku tak tahu."

"Aku lebih rela makan pasir Amir Agha."

"Betul kau sanggup buat begitu?" Amir bertanya.

"Jika kau suruh. Aku sanggup. Tapi.. Apa kau sanggup menyuruh aku berbuat begitu?" Tanya Hasan. Penuh tulus....

----------------------

Sedutan dari The Kite Runner, hasil tulisan yang mengangkat Khaled Hosseni. Dan filem yang diolah dari tajuk yang sama. Resensi ini ditulis berdasarkan itu. Latar belakang cerita di Kabul dari sudut fasa masa yang berbeza dilihat sebagai begitu menarik.

Suasana di kuburan sewaktu Amir mengukir tulisan pada pokok. "Amir dan Hasan; Sultan Kabul".

Sewaktu Amir bercerita kisah "Rostam dan Sohrab" pada Hasan.

Namun sedikit kecewa.

1. Kenapa orang Islam Afghan digambarkan suka minum arak? Dan kenapa pula diperlihatkan bahawa Baba sanggup menghina Mullah (ustaz) yang mengajar di sekolah sewaktu Amir berkata, "Minum arak itu satu dosa. Mullah di sekolah yang mengajar."

2. Adakah ada orang cuba mensinonimkan pedofilia dan homoseksualiti dengan Islam? Kenapa Assef yang suka merogol kanak-kanak lelaki diletakkan sebagai satu figur besar dalam kepimpinan Taliban?

Apa ada unsur-unsur liberalisme dan upaya memburukkan Islam secara tidak langsung?

Maaf. Saya cuma kecewa.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:50 AM
Categories: Labels:

 

5 comments:

KIAMBANG said...

Dah baca A thousand splendid suns???
Anda akan mendapati lebih banyak cerita penindasan taliban di situ... Memang.. KH agak liberal salam penulisannya... dan byk mnggambarkan the dark side of taliban... itulah.. agak kesal~

Ariff Arifin said...

belum.

masih lagi ada bibit kecewa dengan yang ini.

walaupun jalan cerita bagus dan menarik. tapi dua tiga perkara menyebabkan hati jadi tawar untuk membaca yang seterusnya..

Ariff Arifin said...

cuma saya tertanya-tanya. apakah dark side taliban yang cuba digambarkan itu benar wujud. ataupun hasil imaginasi KH sendiri.

ashraflatif said...

Dia cuma menggambarkan sebelah hitam sebuah Taliban. Ramai penjenayah berselindung di balik nama agama.

Ariff Arifin said...

ah. aku cuma takut, kalau2 difaham. ada upaya ingin memburukkan nama agama.

 
>