1
Mat Diman terkocoh-kocoh bersiap. "Bongok sungguh saing aku sorang ni.. Ada ke suruh aku gi ke Perlih tengoh-tengoh malang..."
Tadi Deramang menelefon Mat Diman memberitahu bahawa dia perlu bergegas ke Perlis malam itu juga. Ada bisnes bagus katanya.
Mat Diman tak ada pilihan, bisnes jual kasut bundle kecilan mana mampu menanggung hidupnya yang mewah seolah-olah ada 10 orang anak walhal dia masih bujang.
2
Lebuh Raya Utara Selatan lengang malam itu. Tak ada banyak kenderaan lalu lalang. Ada lori 2-3 buah. Sesekali ada juga kereta lalu. Hari selasa barangkali. Mana sama macam hari minggu.
Mat Diman memecut laju kereta selepas membayar tol. Dia baru sahaja melepasi kawasan Bukit Beruntung.
Mat Diman penakut. Asal dari Terengganu. Rumah dalam hutan cerang. Duduk di tempat jin bertendang. Tapi masih penakut. Kena berjalan seorang diri waktu malam sudah jadi bala besar buat dirinya.
"Bongok sungguh Deramang ni.." Ngomel Mat Diman.
3
Mata semakin mengantuk. Lidah pula rasa kelat. Dah hampir 2 jam berjalan. Air mineral dah habis. Dia ternampak papan tanda 'R&R Gurun'.
Mat Diman ambil keputusan berhenti.
Mat Diman bercakap seorang diri, "Jalang jauh-jauh. Mata ngatuk. Kalu ada orang temang sedak jugok. Bile lah aku nok berbini?"
Mat Diman minum kopi seorang diri. Membelek-belek telefon yang dia baru beli. Nokia E71. Bukan pandai guna pun. Tapi mengada-ngada mahu lebih dari orang. Untung jual kasut bulan itu habis dia guna. Buat beli telefon baru.
Gatal-gatal memetik butang. Mat Diman ambil gambar sendiri.
"Hensem jugok aku.." Walaupun hakikatnya, gigi depan rongak separuh selepas ditumbuk kawan sekolah waktu kecil-kecil dahulu, dan jerawat banyak.
Mat Diman yang masih teruja melihat dalam-dalam ke arah gambar. Merenung lama. Melihat. Dia ternampak ada seolah-olah lembaga berkebaya merah berdiri di belakangnya. Dia serta merta teringat kepada laporan tabloid yang mengatakan ada hantu kebaya merah di lebuhraya PLUS.
Mat Diman pucat.
4
Mat Diman keluar dari R&R. Memecut laju. Bala apa pula kali ini katanya dalam hati.
Sedang memecut, Mat Diman terpandang ada benda warna gelap melintas.
"Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!" Mat Diman memekik.
5
Mat Diman keluar dari kereta. Bamper depan kemik di sebelah kiri. Nampak bangkai anak babi di tepi jalan.
Mat Diman menyumpah-nyumpah. "Dok pasal-pasal nok kena samok sutir kete. Bakpe la mu mari nitah waktu ni babi oi."
Mat Diman pergi mengambil lampu suluh untuk melihat bangkai anak babi hutan. Kembali semula ke tempat tadi, dia lihat anak babi itu sudah tiada.
Ke mana pula perginya, sampai Mat Diman tergaru-garu kepala.
Mat Diman pucat lagi buat kali kedua.
6
Mata terpisat-pisat.
Mat Diman nampak bayang-bayang orang jauh di hadapan. Tidak jelas. Jam kereta menunjukkan angka 3.20 pagi.
"Sape pulok bodo sangat nok jalang tepat takdok orang ni.."
Mat Diman buat bodoh. Peristiwa yang menakutkan tadi sudah hilang dari benak fikiran.
Bayang-bayang itu makin jelas pada mata Mat Diman. Menjadi seorang perempuan yang cantik, berkebaya merah.
"Wooooohhhh.. Lawonyer!" gerutu hati Mat Diman..
Perempuan itu menahan kereta Mat Diman.
Skretttttttttt!!!
Cepat saja dia menekan brek.
"Nok pergi ke mana ni cik adik? Malang-malang ni tak elok jalang sorang diri. Gelak ni. Mari abang hantar. Nok pergi mana?" Mat Diman cuba untuk kawal diri bercakap dalam dialek KL walaupun bau-bau bahasa jatinya jelas.
"Saya nak balik ke Peghelih. Saya pi jamban sat-sat tadi. Drebar baih tu tinggai saya. Tak tau nak pi mana, saya tumpang lori. Dia nak pi ke lain, saya turun berjalan la."
Mat Diman tersengih sambil hati berkata, "Ada cang aku ni..."
Perempuan berkebaya merah itu masuk dalam kereta.
"Saya nak pi Beseri. Buleh ka tulung hantaq ni? Tak susah ka?"
"Bulllllleeeehhhhhh!!" jawab Mat Diman laju-laju.
(Bersambung....)
Tuesday, May 26, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
12:56 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wahhh... tulis cerpen pula~
jin bertendang kah jin bertandang?
saja mencoba-coba.
tak sedak pung. *grin*
kalau ikut filem sang murabbi tempat jin beranak
p.s: tak tahu olahan bahasa yang tepat bagi istilah itu. oh..
Post a Comment