1. Kalau berdalilkan orang alim adalah orang yang membawa kepada kita kepada yakin, maka Asyaari al-Arqam juga adalah seorang ustaz.
Begitu juga geng-geng Qadiani Kampung Nakhoda di Batu Caves. Agaknya mereka juga ada ulama' rabbani. Sebab itu ramai mengangguk mengatakan Ahmadiah itu benar.
Barangkali juga Syiah ada ramai ulama' rabbani. Sebab itu mereka yakin dalam mengkafirkan para sahabat Nabi.
Maka definisi ulama' sepatutnya dikaji. Kalau diikut pada hadith, Para alim ulama' adalah pewaris para Nabi. Secara tidak langsung, dapat kita faham bahawa ulama' adalah pewaris kepada para Nabi dalam keilmuan mereka. Maka kalau ilmu mereka bercanggah dengan ilmu Nabi sebagaimana yang difahami oleh para sahabat serta orang-orang selepas mereka, maka kita perlu tanya kepada diri sendiri, ADAKAH MEREKA ITU ULAMA'?
2. Berkhilaf dituntut dalam keadaan penuh hormat. Sebab itu ada adab dalam berkhilaf.
Namun khilaf perlu ada klarifikasi. Yang mana, khilaf itu hanya ada dalam hal yang diakui syarak. Hal yang tidak ada dalam agama, macam mana hendak kata itu khilaf?
Menggerakkan badan semasa zikir bukan isu dalam agama. Tapi isu samada ia dibuat-buat dalam agama. Maka di situ perlu ada bayyinah dalam mengatakan bahawa perlu menggerakkan badan dalam berzikir.
Kaedahnya, al-bayyinatu 'ala al-mudda'i wa al-yamiinu 'ala man ankar; satu kaedah feqh yang diangkat dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan lain-lain.
Orang yang mendakwa bahawa perlu menggoyangkan badan pada waktu berzikir perlu mendatangkan bukti. Bukan orang yang mengingkarinya. Sebab agama ini datang dari nas. Maka jika dia mendakwa zikir itu perlu menggoyangkan badan, maka dia perlu membawakan nas untuk menyokong. Bukan orang yang ingkar pula yang perlu jenuh mencari bukti bahawa perbuatannya salah.
Maka sifirnya mudah, jika dia benar dalam hal yang dibawa agama, maka perlu sekali dia datangkan bukti. Bukan kita yang perlu bersusah payah mencari bukti dalam menidakkan dia.
Sunday, May 24, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
11:21 PM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment