Thursday, May 28, 2009


7

Mat Diman terasa keretanya makin berat sejak perempuan itu datang menumpang. Dia terfikir bahawa dia baru saja mengisi minyak sebanyak RM 100. Sekarang jarum sudah hampir mencecah huruf 'E' semula.

"Ohhh.. Bakpe pulok ni?" gerutu Mat Diman.

Dia melihat ke arah perempuan tadi. Tidur.

Mat Diman singgah ke stesyen minyak. Dia isi lagi RM 70.

Atendan pam minyak warga Bangladesh itu merenung tajam ke arah Mat Diman dan keretanya. Mat Diman pelik.

Dia teruskan perjalanan. Masih lagi terasa berat.

8

Mat Diman makin mengantuk. Dia sudah masuk ke sempadan Perlis. Jam sudah pukul 5.10 pagi.

Tiba-tiba perempuan di sebelahnya meracau.

"Hang langgaq anak aku. Bagi balik anak aku. Mana anak aku pi? Bagi balik!!"

Mat Diman terkejut. Menggelabah. Serentak itu dia teringat.

Anak babi. Gambar R&R. Kebaya merah.

Mat Diman terasa seram sejuk. Dia memandang perempuan itu. Perempuan itu tersenyum sambil menggenyeh mata.

"Awat bang? Pucat lesi? Nampak hantu ka?"

Hantu??

Mat Diman membrek keretanya.

"Saya dokleh hantor awok ke Beseri. Saya nok kena gi ke Utang Aji segera ni.."

Perempuan itu senyum.

"Takpa la bang. Abang drop saya dekat bus stop kat kuboq tu. Biasa ada teksi."

Mat Diman ketar. Tadi hantu. Sekarang kubur.

Perempuan itu mengucapkan terima kasih sambil menulis sesuatu pada kertas. Dia letakkan atas tempat duduk kereta.

Mat Diman tak berkata sepatah. Hanya pandang ke depan. Sebaik saja pintu kereta ditutup. Mat Diman memecut laju.

Hilang.

9

Deramang yang baru bangun pelik tengok Mat Diman. Pucat. Tak bermaya.

"Bakpe ni Dimang?"

Mat Diman diam. Ketar.

"Akuu.. Akkuuu.. Aku nnnnnapok atuuuu!! Kebaya meroh. Aku beri tupang kete. Dia suruh bereti kat kubo."

10

Deramang terpaksa mencari bomoh untuk berikan air penawar. Mat Diman seolah terkena pukulan. Semangat hilang.

Tok Bomoh datang mengubat Mat Diman.

Puh! Puh! Puh!

Sireh disembur ke atas badannya. Merah lekit bercampur air liur. Dilumur-lumur. Busuk. Mat Diman termuntah.

Tok Bomoh kata hantu yang sampuk Mat Diman dah keluar melalui muntah.

11

Mat Diman sudah makin pulih petang itu. Sudah boleh bercerita.

"Aku mula-mula bereti R&R. Ambik gambor. Ade bayang orang puang kebaya meroh duduk belakang. Pahtu, aku langgor anok babi. Pahtu dia ilang sediri. Pahtu pulok jupe dengang orang puang tu. Die tupang kete aku. Kete aku wase berak lepah tu. Pahtu dia cakak sorang. Mitok anok dia. Anok babi tu, anok dia lah tu..... Dia tu atu. Patut Bangla Petronas tu tengok pelek ke aku. Aku bawok atu naik kete.."

Deramang yang masih takjub dengan cerita itu diam.

"Dia ada tinggal no talipong ke aku. Aku wase jadi kaing kapang doh ketah hok dia tulih tu gamoknya."

"Mari aku nok tengok." Deramang menuju ke arah kereta.

"Dok pong. Ade molek je. Noh. Talipong die." Sambil menunjukkan kertas.

"Tak mboh aku talipong. Kang talipong, orang hok akat tu kabo dia mati doh.."

Deramang menelefon nombor itu. Sebaik saja diangkat. Deramang bertanya banyak perkara.

Deramang menghulurkan telefon kepada Mat Diman. Mat Diman menggeleng. Deramang membulatkan mata. Mat Diman ambil juga.

Terpaksa.

12

Di hujung talian. Perempuan bercakap. Mengucapkan terima kasih pada Mat Diman sebab menumpangkannya.

Mat Diman terkedu. Kalau bukan hantu, dia siapa?

Mat Diman bertanya. Perempuan itu pernah kematian anak kah? Kenapa meracau mengigau malam itu?

Rupanya janda. Anak kecil mati bersama suaminya dilanggar lori cina bawa muatan babi. Masih trauma.

Itu masih belum menjawab soalan kenapa keretanya jadi berat. Kenapa minyak banyak perlu diisi.

Mat Diman masih pelik. Terduduk.

Deramang yang duduk di luar menjerit sambil tangan menunjuk-nunjuk ke arah tayar keretanya. Pancit.

"Patot pun berak nanang." Gerutu hati Mat Diman.

Dia terpandang sesuatu pada bahagian kereta yang kemik.

Darah babi.

Dia tersenyum. "Patot Bangla tu tengok semacang ke kete aku. Ade daroh rupenye."

13

Mat Diman sudah menikah dengan perempuan kebaya merah. Bukan hantu. Tapi cikgu. Cikgu di MRSM Beseri.

Untung Mat Diman. Dapat bini cantik yang kerja cikgu, walaupun dia cuma jual kasut bundle.

Gambar bayang orang berkebaya merah itu rupanya gambar bininya. Tengah berlari mengejar bas dan lalu di belakang Mat Diman yang tengah ambik gambar.

Lega Mat Diman. Semua misteri dah terungkai.

14

Jauh di hutan sebelah lebuhraya PLUS kawasan Gurun. Seekor ibu babi sedang menangis. Anaknya mati dilanggar kereta.

Dia berazam membalas dendam. Kereta Kancil hijau gelap plat Terengganu itu takkan luput dari ingatan.

Sekian.


Moral:

1. Tak ada hantu dalam dunia ini. Yang ada cuma syaitan dan jin yang ingin menyesatkan
2. Tak perlu samak kereta kalau langgar babi.
3. Jangan jumpa bomoh. Nanti solat tidak diterima selama 40 hari.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 2:42 AM
Categories: Labels:

 

2 comments:

KIAMBANG said...

Hahahhahahahahahahha~

Ariff Arifin said...

adapun perkataan berak (berat) dalam cerpen ini perlu dibaca dengan huruf e pepet. kalau baca dengan e taling. ia akan membawa maksud membuang air besar.

*big grin*

 
>