Thursday, May 14, 2009


Nak perjuangkan Islam. Nak jaga agama bukan mudah.

Kalau mudah, takkan ada orang terjun dalam lembah kemaksiatan dan kemungkaran.

Kalau mudah, takkan ada orang jadi pelacur.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi perompak.
Kalau mudah, takkan ada pembunuhan.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi student yang ponteng kelas.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi pemimpin yang korup.
Kalau mudah, takkan ada orang jadi penipu.
Kalau mudah, takkan ada orang yang menyembah manusia.

Kalau mudah.. Takkan ada orang yang berani korup dengan tuhannya sendiri.

Jadi, pertahankan agama memang bukan benda mudah. Sebab itu wajar atau lojik orang menangis sebab gagal pertahankan agama. Bukan menangis sebab putus cinta dengan marka.

Maka, wajar juga ada orang sanggup mati pertahankan agama.

Agama adalah prinsip hidup seorang manusia. Dan manusia hidup bermaruah serta mati untuk ke syurga dengan prinsip itu.

Ada kawan bererita bahawa semasa zaman Imam Ahmad, hanya beliau sahaja yang tidak mengikut permintaan pemerintah untuk kata al-Quran itu makhluk.

Semasa ulama' lain mengambil rukhsah di saat genting itu, hanya Imam Ahmad seorang yang mempertahankan prinsipnya yang mana menyebabkan beliau dipenjara serta dicambuk. Maka di sini datang kewajaran kenapa Imam Ahmad digelar sebagai Imam Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.

Antara ulama' yang mengambil rukhsah ketika itu termasuklah Yahya Ibn Ma'in, Imam Jarh wa al-Ta'dil terkemuka. Jangan pula salah faham frasa mengambil rukhsah ini sebagai melarikan diri, atau mengikut telunjuk pemerintah. Sila buka kitab tarikh untuk klarifikasi.

Jadi di sini masa untuk kita muhasabah diri bagaimana untuk kita berpegang dengan prinsip dan berperang dengan orang yang menyuruh kita melanggar prinsip.

Kawan, ini sekadar peringatan untuk diri saya sendiri. Kerana ada seorang sahabat yang tidak pernah jemu memberi saya nasihat.

"Barangsiapa yang menyebabkan Allah murka dalam meredhakan manusia, maka Allah akan murka ke atasnya, dan siapa-siapa yang diredhakannya. Dan siapa yang meredhakan Allah dalam kemarahan manusia, maka Allah akan redha ke atasnya dan ke atas orang-orang yang memarahinya, hatta menghiaskan dirinya, serta kata-katanya, harta-hartanya pada pandangan-Nya."

Hadith tersebut ada diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan disahihkan oleh Imam al-Albani dalam al-Silsilah.

Jadi, marilah muhasabah diri.

Trivia: 'Pitu get' dalam dialek Ganu bermaksud pintu pagar; diadapatasi dari 'pintu gate'.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:53 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>