Friday, May 1, 2009


"Minbar Jumaat hari ini akan membincangkan mengenai amal di dunia sebagai pelaburan di akhirat..."

Saya hanyut dalam khutbah hari ini. Bukan hanyut kerana tidur! Tapi hanyut kerana terfikir bahawa ada benarnya lontaran kata-kata dari khatib hari ini.

Kalau kita teliti dalam-dalam perjalanan hidup kita, maka kita akan benar-benar tahu bahawa setiap satu perkara, samada baik atau buruk, akan dimasukkan dalam akaun akhirat. Kalau buat baik, dapat pahala. Buat jahat, tentu sekali dapat dosa. Ini semua pelaburan.

Analogi mudahnya. Kalau kita bekerja sebagai seorang buruh. Buat pekerjaan dengan cepat dan sempurna. Bos akan bagi upah lebih. Buat kerja selekeh dan lembap, maknanya anda akan berhadapan dengan potongan gaji.

Itu sekadar satu analogi ringkas. Tolong faham bahawa saya bukan memaksudkan nilai pahala itu macam gaji. Tidak sama sekali!

Tapi apa yang saya ingin khabarkan bahawa pelaburan itu hanya akan dapat keberuntungan, ataupun kerugian berdasarkan pada pelakunya. Pada 'pekerjanya' itu. Kerana nilai pekerjaan itu adalah berdasarkan pada pelaku. Kalau dia benar-benar mahu yang terbaik. Dia akan buat yang terbaik. Dan akan dapat yang terbaik pula. Kalau dia buat endah tidak endah. Maka apa lagi yang dapat dia harapkan?

Mana mungkin kita akan dapat RM 100 dari pekerjaan yang hanya RM 5 yang ciput nilainya? Begitu juga pahala. Adakah kita mengharapkan pahala yang besar jika amal yang kita lakukan adalah kecil?

Lakukan pekerjaan kita dengan ikhlas sambil mengharapkan keredhaan daripada Allah.

Kita manusia, bukan siapa-siapa. Andai ajal datang memintas, tak mampu kita berkata tidak.

Hidup ini lebih bernilai dari ASM, ASB, ASW 2020, ASDI, AK-47 dan lain-lain. Jadi manfaatkan sebaiknya medan pelaburan ini.

Maka, fikir-fikirkan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:41 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>