Ada orang dalam dunia hari ini bersikap sinis, prejudis dan menuduh tanpa arah. Seolah-olah dia kenal orang yang dituduh keseluruhannya. Ini satu sikap yang tidak elok yang dipegang setengah-setengah dari kita. Satu sikap yang kasar dan merensakan jiwa orang lain.
Contohnya;
"Hai.. Pendakwah.. Pendakwah.. Kesian..."
Atau,
"Orang-orang sunnah memang suka gosip.."
Ini jadi satu masalah juga. Tidak pasal-pasal pendakwah dan orang sunnah dituduh. Kalau benar sekalipun orang itu ada melakukan kesalahan, kenapa meletakkan kesalahan indvidu ke atas satu kelompok besar. Mungkin ada yang beralasan, "Alah. Dah kalau lembu seekor bawak tahi, habis lah calit satu kawanan."
Mungkin ya. Tapi adakah kita pernah cermin pada diri kita yang menuduh pada satu kelompok besar juga itu adalah satu sifat yang tidak elok? Ini masalah sikap. Lebih besar, masalah hati.
Dakwahilah dia, islahkanlah dia agar jadi hebat dan mantap sikapnya. Bukan main bantai sahaja. Atau sudah rasa begitu hebat dan tegar, sehingga tak terlihatkan orang lain?
Islam ajar kita untuk jadi orang yang lemah lembut. Saya pernah bercerita dalam blog saya ini bahawa dakwah itu perlu dengan lemah lembut dan berhikmah. Ini tuntutan dalam Islam. Tapi ada orang, yang lagaknya macam pendakwah, pakainya seperti pendakwah, tujuan dan niatnya adalah dakwah, maka tentu sekali dia adalah seorang pendakwah! Maka peganglah tuntutan dan tuntunan agama. Itu keperluan.
Kita usah terlalu mudah menyakiti orang. Atau menghina orang. Sambil bercakap itu ini bahawa kita lebih bagus.
"Aih. Anta ni sensitif tahap dewa lah. Saya yang perempuan pun tak macam anta. Steady je ada orang kutuk maki."
Atau,
"Anta ni memang tak boleh pakai lah. Bincang keras-keras ni biasalah bagi ana."
Aiyya.. Ini bukan masalah sensitif atau emo. Bukan masalah lelaki atau perempuan. Tapi masalahnya adalah tuntutan. Tuntutan untuk tak menghina atau memperlekehkan orang yang lain. Tuntutan untuk berlemah lembut sesama Muslim. Bukan saya suruh jadi bapuk. Tapi kita orang Islam ada guideline-nya bukan.
Kalau kita mengaku telah menyerah kepada Allah. Maka pasti kita tahu ayat ke-208 surah al-Baqarah. Jadi bila kita sudah keseluruhannya masuk Islam. Tentu sekali kita tahu bahawa ada tuntutan yang syari'e yang sangat perlu ditunaikan.
Ingatlah bahawa akhlaq itu seperti pakaian. Kalau pakaian itu tercalit najis. Belum tentu orang mahu dekat. Begitulah juga akhlaq. Namun sebagaimana pakaian yang kotor dapat dibasuh. Semacam itulah juga akhlaq dapat diubah. Pakaian akan kekal seolah baru jika dijaga dengan elok. Akhlaq juga tak ubah begitu. Tunjang akhlaq duduk pada pemakainya.
Kalau tanpa pakaian, kita telanjang. Samalah juga dengan akhlaq. Kerana ia pakaian kepada jiwa kita.
Mungkin ada yang akan kata saya menulis sebab marah. Mungkin, tapi yang lebih utama saya sakit hati. Apatah lagi bila melihat pelakunya orang yang sama aqidahnya dengan saya.
Akhir kata, penuhilah segala tuntutan dalam Islam. Jagalah akhlaq kita. Sekadar ingatan bersama.
Wednesday, April 29, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:31 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam ziarah kembali...just wondering, apa lagi satu blog yang antum ada dan menarik untuk ana baca? (refer: chatterbox dan tinggalan jejak antum di sana)
Mensikapi entri di atas, ana terpanggil untuk berkongsi satu artikel yang dirumuskan dari sebuah buku. Mungkin ada mutiara hikmah yg bisa digali darinya, meskipun tidak 100% berkaitan dgn "Pakaian Jiwa"...Allahu a'laam.
http://www.paksi.net/modules/sentuhan_jiwa/article.php?storyid=108
Selamat membaca. Sila kongsikan pandangan antum, jika berkenaan. Jazakumullahu khayran katsiran.
Regards from Queensland :)
wassalam wrm wbt.
maksud saya, blog saudari adalah satu lagi blog yang saya temui sebagai menarik untuk dibaca.
juga, terima kasih atas cadangan yang disertakan di atas.
saya tertarik pada sisipan nasyid daripada muhammad al-husayyan pada hujung artikel itu.
cuba lihat: http://ariff-arifin.blogspot.com/2008/12/usah-ditanya.html
salam ziarah...
masihkah kau ingat..
pada lewat malam kita bertiga
berbicara tentang pedang dan sarung cincinnya...
aku mengajak kita bertiga melihatnya, kamu berdua mengeleng kepala.
hingga hujung waktu tahajud kita berbicara dan terlena..
sedar2 kita di hujung lewat perang tabuk..
bangun!!!perang tabuk ..perang tabuk.
kata guru kita bukan begitu, Allah Akbar kata sayidina Umar..
masih ingatkah tahajud cinta itu...!!!
selamat datang wahai teman.. selamat siang wahai sahabat..
masakan aku boleh lupa akan waktu kita mengulit kenangan, menganyam cerita masa depan..
masakan lupa.. wajah-wajah sunnah hangat diperkatakan.. wajah sunnah jadi sasaran..
masakan lupa. kisah pedang dan sarung cincinnya! aku asyik mendengar sewaktu sahabat kita seorang menepisnya!
masakan aku boleh lupa dengan gegak gempita suara itu.. perang tabuk!! perang tabuk!! mata terpisat-pisat menahan jaga..
benar bak kata sahabat yang seorang itu; persahabatan sehari, mekar rasa bak bertahun lamanya!
Post a Comment