Saturday, June 6, 2009


Jadi ghuraba' di akhir zaman sangat-sangat sukar. Sangat-sangat payah perjalanannya. Ada banyak susah payahnya.

Ada banyak gula-gula di kiri dan kanan. Ada banyak aiskrim di depan dan belakang.

Ada tokoh yang elok. Ada yang tidak.

Menyebut nama tokoh yang tidak elok, dan tidak ada kaitan dengan sunnah adalah dilarang sama sekali. Dan menyebut mengenai mereka, bukanlah satu ghibah.

Maka, tentu sekali memuja mereka, menjadikan satu contoh ikutan adalah sangat-sangat ditegah.

Ada orang kata, apa salahnya mencintai Maulana A, memuja as-Syahid B? Mereka hanya mengambil manfaat dari mereka. Bla.. Bla.. Bla.. Aku pun ada ambil manfaat dari tokoh. Bla.. Bla.. Bla.. Takkan aku sembah depa. Bla.. Bla.. Bla..

Dalam kitab al-Durr al-Mansur min al-Qauli al-Ma'sur, ada disebutkan bahawa; Yahya bin Abi Kasir sebagai berkata : “Kalau kamu bertemu ahli bida’ah di suatu jalan maka ambillah jalan lain.” Begitu pula kata al-Fudhail bin Iyyadh.

Aduh. Ambil jalan yang lain. Bersua pun tidak mahu. Tegas sungguh ulama' salaf. Tapi apa boleh buat. Mujtahid zaman kini, lebih mutlak dan berautoritatif dalam hal agama.

Kawan.

Itu adalah salah satu perkara yang sangat berat. Memuja tokoh yang rosak aqidahnya adalah satu cabang kemungkaran. Kerana itu dilarang untuk kita berbuat demikian.

Dalam al-Ibanah ada disebutkan bahawa, Ibnu Sirin menutup telinga apabila mendengar ucapan dari ahli bida'ah. Kan tutup telinga tu.

Namun, di kalangan kita ada yang membaca dan memuja mereka. Menyebut-nyebut nama mereka dalam setiap hal. Yang ini tokoh B kata macam ini. Yang ini pula dia kata macam itu. Apa agama itu lengkap dengan kata-kata tokoh B, A, E, atau Z?

Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Bukankah para salaf lebih berautoriti dari tokoh-tokoh ini dalam hal agama. Bukankah begitu? Bertakwalah kepada Allah wahai kawan. Bertakwalah.

Ada cerita yang sahih pernah saya sendiri dengar. Ada ustaz menyampaikan ceramah mengenai tidak boleh berhujjah dengan mimpi. Tiba-tiba seorang pendengar bertanya.

"Tapi saya dengar Maulana A itu mengatakan bahawa dia menyiapkan buku fadilatnya berdasarkan mimpi.. Bagaimana begitu ustaz?"

Ustaz tersebut dengan yakin menjawab.

"Ehhh.. Takpa. Kalau Maulana A takpa. Maulana A kita boleh terima pakai kalu dari mimpi pun.."

Bukankah itu taksub namanya beb? Habis rancu aqidah. Habis jahanam semua benda. Habis tercengang semua.

Alah kawan. Jadilah gentleman. Mentang-mentanglah yang kena perleceh budak yang kau minat. Apalah sangat...

Posted by Posted by Ariff Arifin at 11:39 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>