Thursday, June 11, 2009


Kabut yang mengisi ruang kosong persekitaran seolah-olah menggambarkan betapa serabutnya pemikiran Hasif. Berjalan di lorong kecil yang ramai orang itu benar-benar menyesakkan dada.

Dia teringat rakannya yang jauh. Rakan yang mungkin tidak lagi jadi rakan. Sahabat yang mungkin sahaja jadi kenangan.

Hasif diam. Terasa bahawa gigi matanya menakung bahang panas. Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa ada paksa.

"Berat benar salah aku. Harap dia memaafkan aku. Berat benar rasa rindu. Harap dia juga rindukan aku."

Monolog pendek itu sekadar cuba jadi penyedap hati. Namun Hasif tewas.

Rindunya pada sahabat yang kejauhan seolah satu beban berat yang dipikul di atas belakang. Berat yang tidak tertahan-tahan.

"Kenapa harus akhirnya begini? Kawan.. Maafkan kalau aku yang bersalah. Maafkan. Aku akui kesalahanku. Maafkan aku.."

Berat rasa makin tak tertahan. Pandangan matanya berpinar-pinar.

"Aku doakan moga Allah sejahterakan engkau walau di mana kau berada. Kaulah sahabat paling rapat pernah aku ada. Sahabat aku berkongsi duka. Sahabat aku berkongsi cerita. Tempat berkongsi ceria dan lara. Tak akan aku jumpa yang lain.. Maafkan aku atas salahku. Sayang aku pada dirimu. Sayang aku pada dirimu.. Jangan pergi dari hidupku.. Jangan pergi.."

Monolog yang menggambarkan penyesalan itu seolah-olah jadi perbualan akhir antaranya dengan diri.

Dunianya berpusing-pusing. Nafasnya makin sesak. Tersekat-sekat di halkum. Hasif tersungkur di lorong sesak itu.

Mulutnya terkumat kamit mengucapkan sesuatu. Lama-kelamaan, gerak bibir itu semakin perlahan. Hilang di sebalik kerumunan orang ramai.

Seorang tua yang memangku Hasif berkata, "Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.. Dari Allah lah kita datang, kepadanya juga kita semua pergi.."

Suasana redup berkabut itu seolah jadi saksi bahawa Hasif sudah pergi. Tiada lagi.

"Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim yang lain."

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:18 AM
Categories: Labels:

 

6 comments:

Park Chick said...

karya yg bagus...karya pakcik pun kebanyakan macam ni, karya 2alam cubalah ke blog saya.18/6 ni saya dah setkan satu karya,dah dipostkan,sampai time dia terpublished ia secara otomatik.

Channel X said...

nama hero ni, mcm nama kawan lama saya..

kenapa tak percaya ka..

Ariff Arifin said...

betui ka?

kebetulan ja tu kot nama sama.

Ariff Arifin said...

terima kasih pak cik. insya Allah.

husainibrahim said...

Ariff ada bakat, hangpa tak caya..Hehe =D =p Bagaimana kalau...

Ariff Arifin said...

bagaimana kalau anta tidak mencadangkan PTS. PTS. PTS.

wekkk..

 
>