Pelajaran pertama yang disediakan dalam kelas System of Construction Procurement ada membentangkan satu idea yang sangat menarik. Hari ini saya belajar mengenai kepentingan membuat keputusan.
Dalam setiap projek pembangunan, pelanggan (client) merupakan satu entiti yang penting. Dan antara tugas setiap pelanggan adalah membuat apa-apa keputusan pada setiap aspek pada projek tersebut. Samada kecil mahupun besar. Kuasa memilih serta membuat keputusan adalah di tangan pelanggan.
Ketika mengulas akan hal terbabit, pengajar saya berkata; "Today, people are afraid to make decision."
Benar. Hari ini ramai orang takut untuk membuat keputusan. Ramai yang rasa gusar untuk membuat keputusan mungkin kerana akibat yang dihasilkan mungkin tidak sebagaimana apa yang diharapkan.
Membuat keputusan adalah salah satu risiko yang paling besar. Dan menunggu akibat yang akan terhasil daripada keputusan yang dibuat itu juga satu risiko.
Akan tetapi, sepatutnya, perkara terbabit tidak sepatutnya menghalang seorang yang berakal dari membuat keputusan.
Saya tertarik dengan satu lagi lontaran perkataan pengajar saya semasa mengulas tajuk Process of Procurement. Katanya lebih kurang begini; "Awak buat (proses ini) akan ada akibat yang timbul. Awak tak buat pun akan ada akibat yang timbul. Jadi kena ada pertimbangan."
Sama juga dengan membuat keputusan. Buat keputusan, tidak kira salah ataupun betul, akan ada akibat yang muncul. Tidak buat keputusan juga menyebabkan timbul akibat juga.
Jadi kalau ada orang beranggapan bahawa dengan tidak buat keputusan, dapat meloloskan diri daripada masalah. Ini fikrah yang silap. Bahkan, tidak membuat keputusan mungkin menyebabkan timbulnya masalah yang lain. Jadi perlu fikirkan dengan betul dan wajar di atas pertimbangan yang waras akan apa-apa keputusan yang dibuat.
Jadi sebagai seorang Muslim, sewajarnya, tidak perlu untuk kita gusarkan mengenai ketakutan membuat keputusan. Apa yang perlu adalah untuk kita meminta petunjuk dari Allah Azza wa Jalla dan seterusnya bertawakal kepada-Nya.
Wallahua'lam.
Monday, July 13, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
6:33 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment