بسم الله الرحمن الرحيم
"ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين * الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون * أولئك عليهم صلوات من ربهم ورحمة وأولئك هم المهتدون"
انتقل إلى رحمة الله تعالى شيخنا وإمامنا ووالدنا الشيخ عبدالله بن عبدالرحمن ابن جبرين في الساعة الثانية من بعد ظهر اليوم الاثنين 20/7/1430هـ وسيصلى عليه ظهر غد الثلاثاء 21/7/1430هـ في جامع الإمام تركي بن عبدالله (الجامع الكبير) بالرياض وسيدفن في مقبرة العود .
نسأل الله أن يتغمده برحمته وأن يجزيه عن المسلمين خير الجزاء وأن يجعله مع السفرة الكرام البررة في الفردوس الأعلى من الجنة إنه ولي ذلك والقادر عليه.
وإنا لله وإنا إليه راجعون
مكتب الشيخ عبدالله الجبرين
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
Telah kembali ke rahmat Allah Ta'ala guru kita, imam kita, seorang yang kita hormati, al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibreen pada pukul dua selepas waktu Zohor pada hari isnin 20/7/1430H dan akan disolatkan jenazahnya pada waktu Zohor esok hari, selasa, 21/7/1430H di Masjid al-Imam Turki bin Abdullah, Riyadh dan akan dikebumikan di perkuburan al-'Aud.
Kita memohon kepada Allah supaya merahmati beliau dan mengurniakan kepada beliau sebaik-baik ganjaran, serta menempatkan beliau *di syurga Firdaus yang paling tinggi darjatnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan mampu untuk melakukannya.
Dan daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali.
Sumber
*************************
Ringkasan serta terjemahan berita dari islamonline oleh Ustaz Kamin.
Riyad - Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin, bekas anggota Ulama' Senior telah meninggal dunia pada hari Isnin (13 Julai 2009) di King Faizal Specialist Hospital, Riyad, setelah menghadapi sakit yang berpanjangan.
Beliau yang berumur 76 tahun telah meninggal dunia jam 2:15 petang, dan jenazahnya akan disolatkan pada hari Selasa, 14 Julai 2009 di Masjid Imam Turki bin Abdullah di Riyad.
Baru-baru ini beliau telah menjalani pembedahan jantung terbuka di Riyad dan telah di pindahkan ke Jerman, sebelum pulang ke Riyad bulan lepas bagi menghabiskan rawatannya.
Walaupun berita melaporkan keadaan kesihatan beliau yang semakin baik, namun demikian pada jam-jam terakhir menunjukkan kesihatan beliau menurun sehingga membawa kepada kematiannya.
Syiekh Ibn Jibrin merupakan ahli Senior Ulama' Saudi, ceramah beliau mendapat liputan meluas di media cetak, TV dan dikalangan akhbar-akhbar. Beliau sangat kuat mempertahankan umat Islam dan Ahli Sunnah, dan fatwa-fatwa beliau dianggap oleh setengah-setengah pihak sebagai radikal, terutamanya serangan beliau terhadap Syiah. Beliau mengajak umat Islam menyokong Ahli Sunnah di Iraq, dimana beliau mensifatkan mereka terdedah kepada serangan ganas Askar pro-Iran.
Beliau merupakan ulama Saudi yang paling menonjol didalam seruan beliau menyokong Gaza, dan mengutuk keganasan Israel, dn terakhir beliau mendapat sokongan seramai 54 ulama' Saudi, mengeluarkan fatwa pada bulan Januari yang lepas, yang diantara fatwa tersebut melarang apa-apa usaha perdamaian bertujuan menegakkan hak Yahudi di bumi Palestine, dan melarang mewujudkan hubungan dengan Israel.
Sumber
*************************
Secara jujur, sebagai orang yang membaca cebisan karya besar beliau, serta fatwa-fatwanya yang bermanfaat. Hati ini tidak dapat menahan rasa sedih bila mendapat berita kehilangan seorang masyaikh hebat dan disegani dalam dakwah manhaj salafiyyah.
Baru benar rasanya al-'Allamah al-Syeikh Bakr bin Abu Zaid meninggalkan kita. Masih terkesan dengan berita pemergian beliau. Datang pula berita perginya seorang lagi masyaikh yang hebat dan tegar namanya dalam dakwah salafiyyah; Samahatu al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibreen Rahimahullahu Ta'ala.
Nyata dan benar bahawa Allah mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama'.
إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama' sehingga jika tidak ada lagi seorang ‘alim pun maka manusia akan mengangkat juhalaa’ (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. [al-Bukhari]
Sedikit demi sedikit para ulama' penyuluh jalan pergi. Semoga Allah memberkati dan merahmati mereka.
0 comments:
Post a Comment