Saturday, July 4, 2009


Antara yang sempat saya tangkap dalam sesi bersama Tuan Haji Fadzli Yusof lebih kurang begini;

"Jadi pendakwah bukan bermakna kita perlu menjadi orang yang hebat, dan menyuruh orang jadi hebat macam kita, ataupun menyuruh orang buat sebagaimana apa yang telah kita perbuatkan.

Tapi menjadi da'ie yang berkesan adalah dengan memberi soalan kepada orang, dan menjawabnya dengan berkesan."

[Lebih kurang begitulah kerana saya tidak dapat ingat huruf demi huruf.. Haha..]

Jadi dengar itu tuan puan. Jadi da'ie bukan bermakna menjadi orang yang hebat. Suruh orang jadi macam kita, macam bini kita, macam mak kita, macam anak-anak kita, macam jiran-jiran kita, macam.. Macam.. Entahlah..

Menyuruh orang membuat sesuatu yang (kononnya) hebat macam kita, tak bermakna mereka akan menjadi hebat semacam kita (kononnya). Tapi mendidik manusia untuk jadi hebat adalah dengan memberi satu output yang berkesan, yang mampu membuahkan impak yang mana kemudiannya menjadikannya manusa yang hebat.

Ada orang menulis blog suruh jadi macam dia. Buat buku, suruh jadi macam dia. Ceritakan pengalaman hidupnya yang hebat-hebat pada matanya, agar orang boleh mencontohkan dirinya, dan jadi sepertinya. Ini penyakit orang syok sendiri.

Dalam berlatarkan kehidupan realiti, tak perlu suruh orang jadi macam kita. Sebaliknya pandulah mereka agar mereka mampu mencari jalan mereka yang tersendiri.

Dan saya bukanlah da'ie dan tidak saya berani akui sebagainya. Saya cuma manusia biasa. Yang mana kalau ada perkataan yang mendakwahkan manusia ke jalan Allah. Itulah yang saya cuba terapkan dari sabda Nabi yakni untuk menyampaikan dari Baginda walaupun satu ayat.

P.S: Pernah dengar istilah 'camera-whore'?

Posted by Posted by Ariff Arifin at 7:18 AM
Categories: Labels:

 

4 comments:

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

"Becoming religious does not mean giving up everything on earth, but changing them to better to lead to a straight path." [Anonymous]

Seringkali ada yang khilaf dan ralat...berdakwah yang tidak bernuansakan ketuhanan...tapi yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dan generasi-generasi seterusnya adalah dakwah ilaLlah....menyeru orang lain kepada Islam, bukan yang lainnya...Wallahu a'laam.

Sekadar meminjam kata-kata dari seorang sahabat: "Hamba kepada Allah, Kuli kepada Dakwah."

Regards from Melbourne (at the time of typing)

Ariff Arifin said...

terima kasih yus atas cebisan ingatan. sungguh bermakna rasanya.

ajim said...

aku suke posting nie.. lebih nampak realiti dari teori yg bla2.. menjadi manusia yg bergerak dan berfikir atas kapasiti realiti bukan hanya teori semata..

Ariff Arifin said...

terima kasih ajim.

 
>