Thursday, July 9, 2009


Dagang di tempat sendiri. Ramai orang pandang pelik. Jelik.

Muka sama. Kulit sama. Tapi dibenci. Ini hakikat orang yang dagang.

************

Senjata diacu. Pedang dihunus. Semua sudah siap siaga ingin menyerang.

Sang ketua berhidung rompong, bermuka buruk, mula mengatur jejak.

"Mancung! Kau jaga di hadapan."

"Hitam! Kau dari belakang."

"Dan aku, si Habsyi menyerang dari atas!"

Ketawanya berdekah-dekah.

Bunyi suara kawanan haiwan yang benci kepada orang yang dagang bersahut-sahutan.

************

"Kita laporkan saja kepada raja. Baginda raja pasti mengerti Putih."

Putih cuma diam. Dalam hati mengatur langkah dengan hemah. Bagaimana hendak menepis lontaran fitnah pembenci orang dagang.

"Kita perlu bersabar Kuning. Pasti ada jalannya.."

************

"Aku sudah khabarkan kepada baginda Raja. Mereka itu orang yang sesat. Sesat lagi menyesatkan. Tunggu sahaja akibat mereka."

Sambil ketawa mengekek, Hitam memberikan lembaran bukti kesesatan orang dagang kepada Habsyi.

"Kah kah kah. Tidak sampai satu malam. Kau berjaya siapkan dalil palsu ini."

Hitam cuma tersenyum, memandang naskhah putar belit karyanya yang akan disebar kepada khalayak umum itu.

"Orang ramai semua tentu akan percaya. Bahawa mereka sesat. Sesat!!"

Mereka sambung ketawa lagi. Hingga gagak bertempiaran lari.

************

"Putih! Mereka sudah tebarkan naskhah-naskhah palsu kepada khalayak. Mengatakan kita sesat. Bagaimana?"

Putih diam. Membelek lembaran demi lembaran.

"Nampaknya. Semua kata-kata tokoh silam dicarik-carik. Habis diubah tinggal jadi tak bererti..." Gumamnya dalam hati.

"Tak mengapa. Kita sebarkan juga apa yang benar. Nama tokoh silam perlu disucikan. Kalam baginda Rasul kita pelihara."

Semua mengangguk. Tidak ada rasa lesu. Mereka tahu kebenaran pasti muncul. Dan kejahatan akan sirna.

************

Kita orang dagang. Masa yang datang dan pergi buat kita jadi orang dagang. Didik kita jadi orang dagang. Jadi dagang macam yang baginda Rasul khabarkan.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 12:25 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>