Masalah dengan warga kampung saya adalah mereka tidak mahu rapatkan saf sewaktu solat berjemaah. Kadangkala ruang antara makmum terlalu besar sehingga kadang-kadang boleh memuatkan seorang lagi jemaah.
Dan yang lebih sakit hati ialah, apabila ada yang memberikan ruang untuk seorang lagi jemaah masuk ke saf. Tidak ada orang yang mahu masuk. Orang kampung saya, terutama yang sudah tua bangka, mungkin rasa 'malu' dan 'segan' untuk masuk mengisi ruang tersebut.
Bila ada ruang kosong di saf pertama. Boleh dengar orang-orang di saf kedua tolak menolak, berdebat-debat mengenai siapa yang patut pergi.
Nak isi ruang kosong dalam saf pun bergaduh. Alahai.
Padahal sudah datang dalam hadith mengenai kelebihan solat di saf yang paling awal. Dan lebih dari itu, apa pula keutamaan menutup ruang kosong pada saf. Kalau hendak selesa saja. Tidak mahu rapat dengan orang. Ke mana hikmah solat berjemaah?
Ini belum masuk kes orang-orang tua ini bersidai di luar masjid sewaktu khutbah di baca. Hisap rokok. Bersembang. Gelak-gelak.
Bila dengar sahaja khutbah sudah habis, baru masuk ke dalam masjid.
Yaaa.. Masuk ke dalam masjid dalam keadaan busuk dengan rokok. Pernah duduk solat di tepi orang yang baru sudah merokok?
Dalam hadith ada menyatakan larangan kepada orang yang makan bawang putih untuk masuk ke dalam masjid. Hikmah dari hadith ini sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama' adalah kerana bau yang kurang menyenangkan yang datang dari bawang putih tersebut dapat mengganggu fokus orang lain yang sedang bersolat.
Jadi, kalau boleh diqiyaskan [saya tak pandai bab qiyas miyas ni], kalaulah yang makan bawang putih itu [bawang putih itu halal ya teman-teman] dilarang oleh Nabi. Apatah lagi 'makan' rokok yang haram dan berbau busuk tersebut.
Di mana rasa hormat pada orang? Dan di mana rasa hormat pada Tuhan?
Friday, July 10, 2009
Posted by Posted by
Ariff Arifin
at
9:01 AM
Categories:
Labels:
cuma kata-kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
As-salam. Yoep, sbor je la. Kalo member boleh lg kata, tp kalo org tua nnti dieorg marah kite pulak kata nak ajar dieorg maka jadilah org yg asing yg Allah hadiahkan keberuntungan.
wassalam wrm wbt. itulah adanya cikgu.
bila ku nak rapatkan saf, diorg mengelak.. mungkin geli @ x bese? huhu...
Post a Comment