Wednesday, October 14, 2009


Aku tak akan marah kalau orang pakai gam untuk tampal kertas. Atau mungkin kawan-kawan aku pelajar jurusan seni bina gunakan untuk buat mock-up board.

Tapi aku sangat-sangat hangat (dan hangit) kalau tengok anak bangsa aku terbaring di atas jalan raya sambil kepala tengah 'weng' (baca: khayal) kerana menghidu gam.

Dan yang lebih sedih lagi adalah, anak bangsa itu umurnya 10 tahun. Dan masih menunggu giliran berkhatan. Tapi sudah duduk bergelimpangan di atas jalan, dengan mata juling kesedapan.

Cerita lanjut, sila baca blog Sabja.

*****

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Jadinya, orang yang hanya tahu merungut dan mengkritik hasil kerja orang lain adalah orang yang sangat buruk akhlak dan budi bahasanya. Apatah lagi mereka saling tidak mengenali.

Cakap siang pandang, cakap malam dengar.

Ada dua zon dalam persahabatan. Pertama, sahabat. Kedua, kenalan. Dan kau kawan, tidak termasuk dalam mana-mana zon tersebut.

"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah" (Riwayat al-Tirmidzi)

*****

Kalau mereka yang bermain-main dengan tilikan itu merasakan bahawa dosa mereka akan diangkat oleh Allah Azza wa Jalla dan diselamatkan dari neraka. Mereka itu pastinya orang yang gila.

Kerana hanya yang gila antara yang diangkat dosa-dosa mereka.

Diangkat pena dari tiga golongan; Orang yang tidur sehingga mereka jaga, anak kecil hingga mereka baligh, dan orang gila sehingga mereka kembali berakal. (Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud, disahihkan oleh al-Albani dalam Misykat al-Masabih)

Maka aku tidak akan marah-marah lagi selepas ini. Kerana kamu, kamu dan kamu adalah orang yang gila.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 9:59 PM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>