Thursday, October 8, 2009


Kemuncak pada aqidah adalah apabila manusia itu mula menerima konsep al-Wala' dan al-Bara' tanpa menafikannya.

Apa itu al-Wala' dan al-Bara'? Sila tanya pada lobai Google (atau pada Lobai Tampin). Atau anda boleh rujuk di sini.

Bagaimana dan mengapa ia dikatakan sebagai kemuncak aqidah?

Ianya kerana, apabila manusia mula mencernakan prinsip al-Wala', maka mereka akan menjadi manusia yang benar-benar setia dan taat kepada Islam dan segala isinya.
Manakala al-Bara' pula mendidik mereka untuk lari jauh, serta membenci segala apa yang bertentangan dan dibenci oleh Islam.

Al-Wala' menjadikan Muslim itu mencintai Islam serta orang-orang Islam, manakala al-Bara' itu membuatkan Muslim itu berlepas diri dari segala benda yang tidak berada pada satu jalan dengan Islam.

Ini deklarasi keimanan anda kepada Tuhan. Deklarasi cinta kepada Islam.

Maka, adakah orang yang bermain kuiz-kuiz KURANG CERDIK di dalam FB, walau hanya sekadar suka-suka, sudah (atau akan) mencapai maksud sebenar al-Wala' dan al-Bara'?

Kawan. Walau hanya sekadar suka, jangan sampai cedera.

*****

Jadilah orang yang melutut kepada agama. Dari jadi orang yang melutut kepada syaitan durjana.

Kerana orang yang tunduk dan patuh adalah orang-orang yang berjaya.

(al-Hajj: 54)

*****

Usah jadi manusia yang jadi hamba kepada harta. Sekadar pesan kepada diri sendiri.

Ada manusia, terlalu sayangkan harta. Hingga digadai agama buat cagaran.

Ada manusia, terlalu dahagakan manisnya harta yang banyak, hingga lupa kepada Tuhan Yang Esa.

Ada manusia yang asyik bergelumang dengan harta, berendam dan bermandi dengan kemewahan, jadi orang yang leka.

Maka berdoalah kita dari jadi orang yang CELAKA.

Semoga jauh dari fitnah harta.

(al-Fajr: 20)

*****

Selagimana kita tidak hilang sesuatu benda. Kita rasa kurang endah. Bila kita sudah kehilangannya. Maka susah payah kita cari semula.

Apa perasaan anda kalau anda kehilangan suatu benda. Dan bila anda mencari, baru saja anda sedar, bahawa anda tidak mampu ambil ia kembali.

Bagaimana kalau yang hilang itu sahabat, dan nilai persahabatan.

Semoga Allah menjaga sahabatku walau di mana mereka berada.

Posted by Posted by Ariff Arifin at 10:56 AM
Categories: Labels:

 

0 comments:

 
>