Sebab mulut badan binasa.
Aku bukan orang baik-baik. Kalau orang kenal, orang akan kata aku kasar. Mungkin sebab bahasa yang aku guna.
Usah jadi macam aku.
Jadi. Pedulilah orang hendak kata apa.
*****
Orang yang kuat mengeluarkan fatwa tanpa ilmu adalah seumpama orang yang tiada menjaga maruah agama yang akhirnya akan membinasakan agama mereka sendiri.
Dan orang semacam ini pantang melihat soalan berteraskan agama, kerana dia akan terusan menjawabnya walaupun dia tidaklah punya autoriti untuk menjawab soalan tersebut.
Ini kerana dia telah terkena penyakit syok sendiri dan perasan bahawa dia mampu dan berkebolehan menjawabnya, tak kira masa, tak kira ketika.
وروى أيوب عن ابن أبي مليكه قال : سئل أبو بكر الصديق رضي الله عنه عن آية ، فقال : أي أرض تقلني وأي سماء تظلني ؟ وأين أذهب ؟ وكيف أصنع إذا أنا قلت في كتاب الله بغير ما أراد الله بها ؟
Malik bin Maghul meriwayatkan daripada Abi Husoin, dari Mujahid, dari 'Aisyah, yang mana ketika 'Aisyah sakit, Abu Bakr mencium keningnya. Aku ('Aisyah) berkata; "Beritakanlah aku akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW." Abu Bakr menjawab; "Langit mana yang akan menaungiku dan bumi mana yang dapat aku pijak jika aku mengatakan sesuatu yang tidak aku ketahui?"
Abu Ayyub pula meriwatakan daripada Ibnu Abi Mulaikah bahawa dia berkata; Abu Bakr ditanya akan suatu ayat. Kemudian dia menjawab, "Di bumi mana akan aku berpijak, dan di langit mana akan aku bernaung serta ke mana aku akan pergi? Bagaimana akan aku lakukakn jika aku berkata mengenai Kitab Allah dengan suatu yang DIA tidak kehendaki?" [I'lam al-Muwaqi'in, al-Imam Ibn al-Qayyim]
Maka, binasalah kamu yang berfatwa tanpa ilmu!
*****
Ada orang, yang kononnya mempromosikan sifat adil dan insaf, secara tiba-tiba melenting bila dikatakan yang (kononnya) gurunya itu bercampur dengan orang-orang yang promosikan program dan agama yang gitu-gitu. Dia marahkan yang berkata. Katanya, "Apa perlu katakan begitu? Dia bukan pernah membantai kita semacam orang yang gitu-gitu membantai kita!!"
1. Tak pernah dikata dia membantai kita.
2. Cuma katakan dia bercampur dengan golongan yang gitu-gitu.
Jadi, mana hilang sikap adil engkau bila terkena atas batang hidung sendiri? Mentang-mentanglah kau menganggap dia sebagai guru. Adakah sampai kau pijak sikap adil sampai binasa?
Seekor lembu putih yang duduk dalam kawanan lembu yang penuh kotor, manakan mungkin tak tercalit kotor itu?
*****
Ada orang bercakap pasal label sunnah dan tidak sunnah. Apa penakrifan geng/budak/orang/bla bla bla sunnah?
Aku tak ada takrifan.
Tapi kalau setakat mahu kata orang lain kononnya separuh-separuh. Maka jangan sampai terludah ke dahi sendiri. Sebab sendiri pun banyak belakangkan dan membinasakan sunnah. Syadid tidak bertempat, taisir tidak bermasa.
*****
Ada orang bercakap pasal sunnah. Tahu hukum-hakam agama. Galak memberi fatwa. Giat membuat dakwah.
Akan tetapi, bila sampai satu tahap mereka sendiri yang membelakangkan agama. Belakangkan sunnah. Mungkin sebab sudah terlebih ilmu. Menyebabkan diri lemas.
Maka apa yang kau hendak bawa?
Akhirnya jadi lebih teruk dari Bani Israel. Mahukah jadi binasa semacam mereka?
Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? [al-Baqarah: 85]
*****
Hidayah itu mahal harganya. Jadi jangan biarkan hidayah itu binasa dan karam di lautan dosa.
0 comments:
Post a Comment